Assalamualaikum...
Hello people. How are you? Seems like I left this blog for so long. Malas nak menaip sebenarnya ni. Tu yang sesedap rasa dan tanpa rasa bersalahnya aku tinggal je bini aku ni. Aww kesian dia. Okay abaikan scene menjengkelkan tadi tu.
Aku dah habis final exam okayy percaya atau tidak. Dan sekarang duduk rumah. Tolong ibu ayah kat kedai la ni citer dia HAHA am I too mithali? *Gigit kuku, jeling annoying* NOOO. Okayfine. Betul juga kan. Kalau betul mithali takdenya sempat aku nak hapdet belog ni weehuu. Humm, soalan-soalan final hari tu agak susah yer -..- okay tak. Soalan senang. Senang gila. Tapi jawapan dia PUN susah gila HAHAHA okay corny. Pointer turun sem ni aku gelak rai dengan bunga api merdeka 25 das je la. Tak mampu buat benda lain. Nak buat short sem bukan rajin. Besides, nak duduk mana? Rumah sewa start bayar untuk Jun. Sekarang tak boleh duduk situ lagi. Plus, I tak nak luangkan masa cuti berharga I ni untuk benda lain selain rumah olls. Aumm! Punya la pemalasss.
Before cuti hari tu ada Dinner for PIS Athletes di Amansari Hotel, Seri Alam, Johor. Okay, aku terlibat sebab dapat medal gangsa masa Kejohanan UPSI hari tu. Secara tak langsung la kan. Ehem jumpa la atlet-atlet PIS dari bermacam jenis sukan. Mendayung ada, Silat Olahraga of course la ada, Bowling, Memanah, Hoki. So dalam paksa-rela tu kena jugak la aku jumpa dengan classmates terchenta yang duorang tu -..- siapa? Siapa lagi yang main hoki kan? Tiger dan Edin. Tiger tu bakal atlet negara okay. Classmate aku tuuu. Kau hado? HAHA. Yang sukan mendayung pun, dia satu-satunya kat PIS. Rasul Zahiri. Atlet negara jugak. Sekali lagi, kau hado? Haha. Gurau-gurau yer. Sila jangan marah.
Masa dinner tu, PA kitaorang, Encik Rafiuddin ada olls -.- dia nak hamek gambar dengan aku, Edin dan Tiger. Aku dengan paksa-rela terpaksa lah jugak kan. Walaupun in that very moment jugak aku kena buli dengan Tiger due to ketinggian aku -.- memang seronok okay ada classmates suka membuli. Masa makan pulak kena buli dengan Edin. Bukan main terharu lagi aku siap meleleh air mata lagi sebab dia nak hamekkan chicken soup untuk aku. Sekali.... kau tahu dia isi hape dalam mangkuk kecik tu? Dua ketul ayam kecik, dengan jagung seketul. Mana aku tak sakit hati? Dah la jagung lagi besar dari dua ketul ayam tu walau ayam tu digabungkan. Huh! Jagung betul Edin tu. Geram je aku. Haha apa-apa pun, tu la first time makan kat hotel -..- kesian aku kan? Haha. Bertuah dapat medal gangsa masa tu :p
Okay tu selingan HAHA sorry. Tu je kut yang aku nak cakap untuk hari ni. I'm off. Assalamualaikum.