Camping Second Day - Night Walk!

Assalamualaikum...

- Continue from the last post -

Selamat Datang ke Hutan Lipur Soga Perdana :D

Pagi pagi sarapan. Lepas tu dapat mission paper, cari clue kat sekeliling sekolah. Mesejnya, Bukit Perdana. Jungle trekking kat Hutan Lipur Soga Perdana. Jalan kaki jugak! Macam nak pengsan aku. Mungkin sebab semalamnya tak makan nasi. Makan pun tak betul. Perut aku dah masuk angin. Nasib baik jalan tu okay lagi. Tapi sampai sana dah tak boleh naik tangga. Aku naik satu tangga je, macam melayang ke belakang. Sampai sana buat something, kitaorang kena denda. Budak chinese ajar kitaorang lagu happy birthday dalam chinese. It's "Zhu Ni Sheng Ri Kual Le" haha dapat naik.

Wey masa nyanyi tu Jason Ng tengok wa der. Malu I alls *tutup muka intai sikit celah jari* haha

Baru sampai. Penat xD









Lari sebelum naik pffft

Mendaki -.-


Naik agak jauh, kepala aku dah start berdenyut. Leher aku dah start panas. Kitaorang naik tangga yang tinggi tu. Bukan yang landai. Mission pertama aku rasa macam dah nak pengsan. Kepala aku berdenyut, aku panas, rasa nak muntah. Masa diaorang accomplish mission tu aku cakap dengan Aien aku nak muntah. Aien bagitau Mior. Lepas tu Mior pergi bagitau kat urusetia kat situ. Dah group aku semua naik, aku kena tinggal kat situ dengan urusetia. Pehh sungguh tak tipu terasa sangat bengang! Aku mintak minyak angin, diaorang kata minyak angin kat bawah. Pehh sakit kepala wa dengan rasa nak muntah tu takde pulak minyak angin. Minyak Yuyee wa tinggal pulak dalam dorm. Tapi urusetia bagi aku gambar buat kipas sebab nampak muka aku pucat mungkin haha xD

Lepas tu masa group Gentleman sampai, Sally pulak sakit. Dia punya kelengkang melecet. Okay wa tau sakit dia macam mana. Tak usah cerita okay. Lepas tu, kitaorang turun ke bawah. Sampai bawah aku mintak minyak angin, urusetia kata minyak angin kat puncak -_____- pffft yang kat atas kata kat bawah, yang kat bawah kata kat puncak haha aku cakap dengan diaorang takpe la takyah. Susahkan orang yang jaga first aid tu je nak turun dari puncak semata mata nak bagi aku minyak angin. Dan dengan baik hatinya, urusetia tu kata,

Takpe la. Itu tugas kami menjaga kepentingan kamu. Kamu duduk sana diam diam. Sekejap lagi minyak angin datang.

Haha aku pun tunggu. Lepas tu rasa macam nak baring, Sally bagi beg dia suruh buat alas kepala aku. Aku baring la. Baru pejam mata aku dengar tapak kasut macam lari datang kat aku. Nampak kelibat orang depan aku je terus aku bangun terduduk tengok urusetia depan aku. Dia tanya dengan gaya risau macam nak hape,

Eyy you okay tak? Tak okay nanti I bawak you balik *nada cemas*

Haha macam nak tergelak pun ada. Aku cakap la aku okay. Nak baring je. Dia angguk kata kejap lagi minyak angin sampai sebelum dia blah gather dengan urusetia lain. Agak lama aku baring, aku dapat minyak angin. Urusetia yang bawak minyak angin tu bagi kat aku, aku sapu kat dahi dengan tengkuk. Nyaman segar masa tu haha Sally pun mintak sikit rawatas susulan untuk jari kaki dia. Sebelum urusetia tu blah aku cakap dengan dia,

You turun dari atas ke bawah semata mata nak bagi i minyak angin? Kesiannya.

Takpe la. Tugas I. You rehat je.

Haha terharu I tau! :3 dah la handsome urusetia tu bhahaa actually aku lupa macaner rupa dia bhahaa xD aci taram kata dia handsome. Kumpulan Pandamen sampai dulu ke bawah. Diaorang sambung jalan ke tempat makan. Aku, Sally dengan... Mior naik kereta dengan urusetia haha agak pelik okay Mior tetiba naik kereta jugak. Actually dia tak sakit pun. Just penat je. So kitaorang makan bersama dengan group Pandamen. Lepas tu urusetia bagi budak Muslim solat kat masjid terdekat.

Pandamen di puncak

Dari kiri: Seventeen, Jia Hui, Mei Wen, Mior, Seng Huat, Jia Le dan Aien

Pandamen!

Aku and Sally ikut urusetia balik sekolah. Kitaorang mandi bagai, seriously no kidding kepala aku alhamdulillah okay! Haha lepas tu kitaorang solat zuhur sekali. Then, pergi ke destinasi seterusnya. Kali ni Te'a ikut. Tasik Y. Alaa depan sekolah aje hahahah kitaorang jalan kaki sekejap je. Mula mula nak pergi awal tapi urusetia yang jaga kitaorang kat sekolah tu tak bagi sebab takde orang yang dah sampai Tasik Y. Kitaorang cakap takpe la. Kitaorang sampai dulu. Dia kata nanti dia susah kalau jadi apa apa kat kitaorang. Dia kena bertanggungjawab haha so kitaorang duduk je la kat dewan bertiga. Urusetia duduk kat depan lappy tengok apentah tak tahu. Seronok bercerita, kitaorang tengok urusetia takde. Last last kitaorang blah je pergi Tasik Y haha

Makan kat sini

Jalan ke Tasek Y

Cari clue. Nak hint, mintak urusetiasss. Kena buat apa yang mereka suruh baru dapat hint. Group Pandamen dan Ultraman paling awal balik sekolah. Tasek Y dengan HS berdepan je. Tak jauh. Balik awal prepare untuk Persembahan Malam Kebudayaan.

Antara benda yang urusetias suruh buat
Snap gambar dengan mana mana budak yang ada

Persembahan

Ultraman [baju biru] vs penjahat

Superman jumpa mak cik jual underwear if I'm not mistaken -.-

Joker [kanan] arahkan budak suruhan curi barang Batman. Kut.

Gentleman -.-

Mother father gentleman! *joget*

Spiderman

Cicakman [berdiri] vs penjahat

X-man [baju hijau] vs Right-man

Panda kena buli

Menuntut dengan Tok Guru pffft sila gelak okay. Aku lah tok gurunya.
Si Gemok Pendek muahahah

Dah kuat hahaha

The Pandamen! Haha

Habis persembahan kitaorang tidur. Pukul 11 lebih. Pukul 1 pagi urusetias kejut dengan siren -.- kumpul kat dataran. Mereka cerita hantu. Dan suruh kami nightwalk. Lelaki sorang perempuan berdua. Aku tak ikut sebab aku ehem special case haha ptuih :b


Nak tahu cerita lanjut boleh tengok kat entry Zhathie yang >>INI<< sebab dia jalan.

Aku duduk kat astaka je tidur dengan lagi 8 orang budak lebih kurang. Kat astaka tu baring menghadap langit. Tapi takde bintang. Kalau ada mesti best haha dari situ dengar la suara suara sedap yang menjerit kat atas bangunan tu ==' tak senang I nak tidur alls! Ptuihh hahahah apa seh. Lima setengah pagi baru dapat balik dorm.

Dan esoknya semua bangun 7 sengah hahaha

- to be continued -

No comments:

 
This blog is fully designed by Wawariang.