Silat Olahraga

Assalamualaikum...

Ehem ehem ehemmm. Ni lambang Silat Olahraga kami, NAGA SELATAN :)

Ehek ehemmmm. Macam dah lama je tak post. Berapa lama ek? Hurm, jap jap aku kira. Apabila ditambah ditolak didarab dibahagi, aku rasa dah hampir sebulan rasanya aku tak post. Takde la lama mana pun kan? Haha aku je yang over terasa macam lama kononnya. Hehe kau jangan percaya tu semua membongak yo. Lately ni busy sikit dengan assignment yang botingkek-tingkek tu, ko-ko lagi, silat lagi. Haaa pasal silat ni la aku nak cerita. Macam dah cukup banyak je intro kan? Okay, aku cerita.

Nak dijadikan cerita, asalnya aku ko-ko masuk Kelab Komputer. Lepas tu ada la ura-ura crush aku masuk silat walaupun sebenarnya dia daftar nama dalam Wataniah [ni skandel sem 1 yang PA, Encik Rafi kenenkan aku dengan dia tu. MR nama dia -.-]. Kira dia datang belajar silat tu suka-suka je la. Aku pun buat dono je la, biar kan dia dengan labu-labunya. Buat apa aku nak sibuk. Sekali masa tu, nak dijadikan cerita, di suatu petang Isnin yang aman lagi damai serta tenteram, lupa pulak ada ke tidak bunyi cengkerik, [mueheheee :p ada tak rasa macam nak lempang aku sekarang ni? *korek hidung sambil sengih keji*] aku teman Ieli pergi jumpa Hariz. Hariz pulak masa tu tengah cari orang, siapa nak ikut pergi Melaka, tengok friendly kat Politeknik Merlimau. Macam panjang sangat la pulak perenggan ni. Perenggan baru ah!

Dia kena cari orang sebab dia ni pengerusi Silat Olahraga. Aku memang tak la nak pergi. Tah macam mana entah tetiba boleh masuk cerita dulu aku pernah join silat masa kat sekolah, dah pengerusi silat yang mulia hati ni PAKSA aku datang belajar pada latihan akan datang sebab mereka memang nak merekrut lebih banyak ahli. Lebih-lebih lagi insan-insan tak bersalah macam aku ni, yang pernah belajar silat sebelum ni -.- Hmm, bila sangat la latihan akan datang yang dia suruh aku datang tu kaannn? Haaa, petang tu kitaorang baru jumpa, baru kenal, malamnya tu latihan silat akan datangnya. Malam tu la aku kena datang Kompleks Sukan. Takut nak masuk, aku text Encik Rafi tanya beliau datang ke tidak latihan malam tu. Beliau dengan berbesar hatinya welcome aku masuk silat sambil bertanya, "Aaaa? Kenapa datang? Tengok R****?". Brrrr ="= ha'ah Encik, saya datang nak tengok crush. Hahahahaa tak kelakar okay! Sah la aku gila kalau aku cakap macam tu! Aku cerita je la hal yang sebenarnya kat beliau. Pasal Hariz paksa aku masuk tu. Memang rezeki la agaknya Hariz ajak aku masuk silat. Alang-alang boleh asah balik ilmu silat aku yang dah berkarat ni, boleh jugak aku tambah extra masa tengok crush. Muahahaaa! Ada udang disebalik Batu Kebangkitan yang dalam cerita Harry Potter tu rupanya ye?

Haaa, macam tu la serba sedikit cerita macam mana aku boleh tercampak masuk ke dalam kancah Silat Olahraga ni. Semua gara-gara Hariz dengan housemate dia tu. Hahaha tetiba salahkan housemate Hariz ek? Ngehehehh :p lepas ni memang selain waktu bengkel, Isnin dan Rabu malam adalah hari yang membahagiakan ye :p sebab boleh tengok crush dalam waktu extra selain waktu kelas ye. Puih puih puihh hahahaha sila abaikan fasa gedik tersebut. Sekian.

Okay, latihan untuk Silat Olahraga ni setiap Isnin dan Rabu pada pukul 9 malam hingga pukul 12 tengah malam di Kompleks Sukan PIS :) sesiapa pelajar PIS yang berminat sila-sila la datang menyemakkan diri ye? Heee ni sedikit latihan sparing bersama target dan partner. Huahuaa :)

Hah! This! Credit to Encik Rafi, dia candid gambar aku masa aku khusyuk membelasah target
Masa tu aku gelak sebab target banyak sangat. Tak tau nak belasah mana dulu. Muahaha!
P/S: Baju sparing tu besar ye, aku tak gemok :p Ehhh tak mengakuu pulak muahahaaa :p

Yeah! Saya [Bertudung biru] dan sparing partner, Ruzaimi aka Jimie.
Okay kedudukan aku macam tu sebab masa tu aku nak buat tendang depan okay.
Jangan salah paham. Bukan aku nak lari hahahaha

Wawa vs Safuan hahahaa battle of classmates :D

Safuan lagi :D err, yg enterframe depan camera ni,
Jimie dan Ina haha :p untung orang tu kaann
partner dengan crush tergedik :p

Okay, memang yang snap pic ni adalah Encik Rafi so that
apabila kami battle of classmates, beliau snap lebih hahahaha
Beliau kan PA kami :D

Jimie memang partner yang best. Dia orang first yang seru nama aku
selepas coach dan of course classmates :) Masa ni dia ajar aku blocking :D

Latihan intensif. Latihan dia SAKIT beb! -.- ni tekan tubi
P/S: Eh crush saya kat situ muehehee :p

Sepak layang pada target :)

Latihan intensif. Sit-up. Apa Ina sempat buat peace hahaha
Huda bersemangat ye partner dengan Mimi :)


P/S: Dia housemate Hariz -.- haha sempat. Lalalaaa sekian. I'm off. Assalamualaikum.

No comments:

 
This blog is fully designed by Wawariang.