Assalamualaikum!
Wa malas sebenarnya ni der. Tapi disebabkan wa lagi malas nak hadap nota PA, wa taip jugak la entry ni muahahah. Wa jealous dengan Zhathie sebab beliau dah lama post pasal camp tu. Dia dah lama dapat gambar sebab Que bagi dia dulu memory berisi gambar. Sabar je. Kalau tak aku dapat semalam. Tapi Dila Aila nak copy dulu, so terpaksa la aku merelakan pendrive aku kat dia haha
Okay, jom mulakan Segmen Cerita dan Anda :D Last Monday, on 3rd of June, HS' upper six students held a camp under Scouts Society. Ehem sorry, broken English je heh. My English is not good as yours *heret teddy bear sorok tepi fridge dengan muka sugul* So, don't you ever ever ever dare to laugh when read my post -.- kay thanks for the cope :b LOL and we was obliged to participate the camp for three days. Am not sure if the camp was fully organised by upper six or what. But.....
Sungguh tak tipu memang TERBAIK laaa upper six xD
9.15 am lebih kurang macam tu aku dah sampai sekolah. Dengan banyak barang bagai tu. Lepas tu diaorang suruh kitaorang naik Bilik Diskusi for registration. Phone, torchlight dengan purse wallet semua barang berharga tu kena bagi diaorang simpan. Kalau tak bagi diaorang simpan, memang tanggungjawab sendiri kalau benda tu hilang. Aku tak bagi apa pun sebab aku tak bawak phone, torchlight pun tertinggal masa charge pagi tu mueheheh aku memang sangat careless sikit. Dan purse aku simpan sendiri lah der takkan beg duit pun nak kasi orang pegang. Aku dah besar okay xD hahah
Que-up for registration
Yang dah daftar duduk la
Urusetiasss aka upper sixesssss -.-
Dah daftar, acara perasmian di tepi astaka.
Kau nampak Bangunan British belakang tu?
Sekolah aku ada. Sekolah kau ada? Muahahah #Bajet
Lepas tu pergi 'check in' dorm. Ada incident yang jadi sebelum masuk. Macam takleh blah. Kalau wa cerita kat sini confirm wa rasa nak baling fridge kat kepala dia haha ada pulaaakk orang nak debat soal hukum macam kita ni bodoh doh doh dohh sesangatt. Haaa amekaw hahah panas hati I tau :* lepas tu, KAMI MENANG THE DEBATE :D yes! Hahaa perempuan dengan perempuan yang bukan Islam, auratnya sama dengan aurat apabila dengan lelaki ^_^ sekian hahaa kalau tak tahu, terjun bangunan la der hahah But how about PLKN? Haha kau sekolahkan orang yang established PLKN tu la. Yang aku tahu, kalau kita dah tahu hukum, kita tetap tayang jugak aurat, dosa yang kita tanggung tu berganda. So, kitaorang tahu hukum, takkan kitaorang nak buat jugak? Mana ada orang tidur dalam dorm pakai tudung der? -.- haha okay dah. Lepas tu, lunch. Masa lunch tu diaorang bagi puzzle untuk kita solve nanti siapa group members. Puzzle gambar segala Superhero.
Ultraman Ironman Superman Cicakman Spiderman Batman X-men Gentleman Bomberman Pandamen!
Sambung puzzle Bomberman
Sambung puzzle Ironman
Sambung puzzle Gentleman
Sambung puzzle Spiderman
Sambung puzzle Batman
Aku group Pandamen! Hehe
Mentor: Manson and Ah TianLeader: Shy Chy also know as Seventeen.
Lelaki tiga perempuan lima. Tiga je Melayu, aku, Aien and Mior. Aktiviti pertama, duduk dalam kumpulan, buat satu bendera dan cipta slogan kumpulan. Bendera setiap masa kena jaga even dalam tidur. Jangan sampai kena ambil dengan urusetia. Memang habis la. Lepas tu aktiviti reka sebuah alat lastik. Dia bagi satu botol mineral kosong, satu sudu plastik dan getah yang sangat banyak. Design Pandamen biasa je. Tapi kami lastik jauh. So we got 20 marks. Ironman also got 20 marks for the best design if I'm not mistaken.
Ultraman designing
Khusyuk Asyraf haha
Khusyuk Syahmi haha
Khusyuk betul group Ultraman xD
Lepas tu naik solat segala, game Running Scout xD kami dapat mission paper suruh pasang puzzle gambar urusetia yang kami kena kejar. Kejar upper six untuk dapat clue mission seterusnya huwahaa aku tak ingat kami kena kejar siapa. Asalnya kami nampak gambar tu muka macam Tan Jayex tapi bukan. Siapa entah. Tak ingat. Diorang posing maut cenggitu xD gilaaa haha. Dapat kejar. Lepas tu, mission seterusnya. Race selesaikan nombor dan cari mesej among the ayat panjang panjang yang dia bagi. Mesejnya Go Nirwana ="= dapat solve pergi jumpa Low-whatever nama dia aku lupa, mintak dia duit, pergi Nirwana. Jauh nak mati kau tahu pasaraya Nirwana tu!? Pergi jalan kaki! Mission, beli dinner. Beli makaroni, mushroom flavour, apendetah lagi aku lupa. Dah dapat, balik sekolah semula, masak. Solat asar. Solat maghrib. Makan.
Masak haha cuba kau tengok Syahmi tu :D Ganas amat punya prince haha
Tuang jangan tak tuaaangg Hahahah
Dah boleh makan kah?
Masak jangan tak masak haha
Eh cuba kau tengok Si Te'a tu. Sempat gwiyomi xD
Sally tak habis habis tengok Steven :D
Malam kitorang Running Scout betul betul. RUNNING SCOUT VERSUS HUNTER. Hahaa hunter ada banyak. Di mana mana jua. Macam episod Grasshopper Hunting dalam Running Man. Yang masa Jae Suk kena kejar dengan Min Soo. Boleh lari je. Tak boleh lawan T.T same goes to us masa tu. Sepanjang complete mission tu kami hanya boleh lari, protect nametag tanpa boleh melawan :( haha sebelum mula main, upper six berikrar dulu. Berikrar tidak mengambil kesempatan ke atas participant perempuan xD kalau dapat laporan ada yang ambil kesempatan, habislah dia xD semua orang takut dengan dua orang Muscle Man xD Jason Ng dan Tan Jayex huuu diaorang sexy. Pakai baju sleeveless. Nampak muscle muahahahh xD lari laju gilaaa. Serem deh gue haha.
Haha baju Running Scout nama aku :D
Mission first tu curi pest hunter kat hall underground, kitaorang amek yang "GUA TAKDE GOYANG PUNYA". JASON NG punya! Grrr masa tu Mior out kena tarik nametag. Gila. Sampai koyak baju Mior! Jason Ng tu aim yang besar besar je -.- haha kesian Mior! Lepas tu terpisah. Aku sensorang. Lepas tu jumpa Jia Hui. Dapat berita yang Seventeen pun dah kena T.T takkan kita berdua je Jia Hui? Tengah lari lari jumpa Jia Le. Ada la tiga orang survive. Dapat accomplish mission ke 4 ke yang ke 5. Tak sure. Yang kat dewan, tandatangan then sorang hunter out.
Sorok dari hunter kah? -.-
Masa tengah sorok tu terserempak pulak dengan Jason Ng and Tan Jayex! xD menggelabah aku sampai menjerit! Diaorang berdua jalan lepak je sambil berbual. Aku je over terjerit. Sampai Jason Ng kata "Woo relax.. relax.." huuu aku memang lemah semangat T.T lepas tu kena serang dengan hunter. Bersepah je kami bertiga. Aku lari ikut Jia Le. Kaki dia dah la panjang. Laju gila dia lari. Tinggal aku kat belakang. Last last aku lari masuk kelas gelap sorang sorang. Agak lima minit duduk dalam kelas tu aku pun keluar. Takde orang. Jalan sikit aku nampak ada dua orang duduk tepi pintu. Sorang lelaki sorang perempuan. Lepas tu aku buat tak tahu je. *Dalam jarak 20m lebih kurang aku berdiri dari tempat dia duduk* Jap lagi yang duduk tu bersuara.
Hunter: Ushh shuuushh! Oi! Kakaaakk! Naa pegi maannaa tuu? *dengan loghat cina siap berlagu gaya nganjing nak menakutkan aku*Aku: *pandang dia*Hunter: Naa peggi maaannaaa kaaakk? Hunter niii. You taa takut keeeee? I hunter niii *masih dengan suara berlagu dia*Aku: You hunter? *Aku datang dekat dia* You tarik la nametag I. Dah penat. Surrender! >_<'Awek sebelah hunter: Ey you ta takut kee? Ni hunter lo sebelah I. *Tunjuk hunter tu*Aku: I dah penat. You tarik la. *Sua belakang aku kat dia*Hunter: You duduk laa.Aku: *Duduk depan dia*Hunter: You selak laa tudung you. I selak kang I susah loo *gelak gelak*Aku: Hehehe lupa pulak tadi kat atas stage you semua dah berikrar *selak sikit tudung*Hunter: *Tarik nametag aku*
T.T Huuu sadis haha sejam lebih jugak aku survive. Masa jalan nak pergi penjara [kat astaka padang] Jia Le lari kat astaka so dia kena jugak kat situ. Hunter banyak kat astaka. Aien siap gelak gelakkan aku.
Najwa, terror la kau. Sejam kau survive. Lama gila kau lari. -Aien
Haha aku ikut mentor xD sebab tu survive lama. Dalam ramai ramai ahli group aku tu Jia Hui sorang je yang survive sampai habis game. Habis game, tidur.
- to be continued -
2 comments:
terbaik ! tunngu 2nd story pulak . huhu
Haha tunggu laaa. Malasnyaaa nak taipsss -.-
Post a Comment