Kenangan :)

Assalamualaikum..


Hari ni baru terasa macam nak buat entry setiap hari. Nak rakamkan semua yang dah jadi kat sekolah. Semua. Semuanya. Entah. Lepas ni dah habes sekolah. Dah tak jumpa kawan kawan lagi dah. Mesti rindu. So, aku nak simpan semuanya dalam blog ni. kenangan kami kat sekolah. Precious moment kat sekolah pun apabila aku dapat kenal dengan budak budak 5KAA. Sejak 4KAA kitaorang kenal. Macam macam kitaorang buat.

Kalau kena homework bergunung tinggi kalah Gunung Tahan, sama sama la kitaorang tahan. Kalau kena jemur kat tengah panas, sama sama la kitaorang kepanasan. Kalau kena marah, sama sama la kitaorang menahan telinga. Kalau kena perli dengan cikgu cikgu yang kurang faham dengan jadual kelas kitaorang, sama sama la kitaorang menahan rasa. Kalau ada cikgu yang sampai sampaikan pasal kelas kitaorang kat budak kelas lain sampai budak kelas lain pandang rendah kelas kitorang, sama sama la kitaorang tahan sabar.

5KAA, ahli ahlinya unik. Dan kitorang memang tak sama dengan budak kelas lain. Kalau tahun lepas lepas, budak 4 & 5 KAA berbeza dengan budak kelas lain, sebab biasa la. Budak kelas Arab mesti sopan. Mesti baik. Kitaorang? Lain sebab lagi terjal. HAHA! Lawak kan? Hahh! I'll miss every moment with 5KAA members!

p/s awal: nama scientific itu adalah gurauan semata mata. jadi jangan marah ye?^^,

1.Adibah Ahmad- Diba ni kecik je. Tapi ganas yang amat. Comel sangat. Suka perasan dan kuat puji diri. HAHA! AJK Fizik paling berdedikasi di abad ini. HAHA! Full time milik Kazekage Gaara.
Nama scientific- Adiekaze Daniel. Erk? HAHA!

2.Siti Aisyah Mohamad- Sam pulak biasa je. Ehem, geng tudung labuh laa. Hohoo
Nama scientific- Sammy Digit. Kembar Sammy Value. Kah kah!

3.Nurlydia Marlia Mohamad Hafiz James- Yaya ni librarian yang comel. Kecik je budaknya. Pandai pulak tu. Muka memang ice-cold-heartless la. Orang tak boleh baca riak muka dia marah ke suka ke sakit ke apa. Bila dia cakap, baru orang tau apa dia rasa. HAHA! Muka memang cold habes. Bijak lepaskan diri dari sebarang kesalahan yang dilakukan sama ada sengaja ataupun tidak. hohoo One of FourCUBEz.
Nama scientific- Witch Yayaa Jamel. Haha

4.Rasyidah Jumaini- Ehem, Cied ni librarian senget! HAHA! Dia ni macam klon aku je. Tapi dia comel la. Aku tak -,- okay abaikan~ dia ganas gila. Memang kasar habes. HAHA! Lepas tu kalau bercakap pun macam bertih jagung. Macam aku. HAHA! Bahasa dia memang best la. Aku suka. Lepas tu, dia ni suka ikot kepala dia je. Tak suka diarah arah. HAHA. Aku pun tak :D Tapi dia ni suka dengki aku -,- One of FourCUBEz jugak.
Nama scientific- Cied Jumainji hekk ;D

5.Ainun Ainuna Zakaria- IU~ haha aku tak tau apa panggilan dia yang sebenar. Selalu aku panggil Ainun je. Tapi dia baru je dapat gelaran daripada USA, sebab USA salah sebut nama dia. Ayu. So, kitorang bagi dia nama IU, artis Korea yang cute tu. hohoo. Takpe, aku panggil dia 'Ahjuma' je. HAHA! Dia ni librarian yang comel~ haha! Dan... MINI ever! HAHA! Aku suka dengki dia dengan ayat ni. Ehem, certain orang je yang tau makna MINI tu. HAHA! Ye IU ye? Hee~ Dia ni pun suka dengki aku. One of FourCUBEz jugak.
Nama scientific- Mrs.Al-Amirio Flores. Kah kahh! [sebab laki dia kacuk Melayu-Rusia kah kahh]

6.Nor Adilah Mokhtar- Adel ni lawa. Putih melepak macam kapas dan tinggi lampai [yang penting kontra dengan USA. Kah kah] Pandai dan -,- suka dengki dengan aku. HAHA! Aku dah la tak suka diri sebelah orang tinggi ni -,-' dia suka dengki la kira. hohoo One of FourCUBEz jugak. Librarian jugak.
Nama scientific- Adel De Zhouuliann. Hee~ ;D [sebab laki dia jual barang kemas kah kahh]

7.Nur Fazlin Aziz- Lin ni kecik je orangnya. Paling kecik di dalam kelas. HAHA! Kecik gila! Serius. Tengok dia je pun orang boleh kata darjah 6. HAHA! Kecik woo. Dan pandai. Hee~
Nama scientific- Mrs.G Dragon. haha

8.Nurmiza Rasid- Miza ni Ketua Pengawas sekolah kitorang. Sekali la tu. Ketua mawas. HAHA! Dulu dia PKP, sekarang dah naik pangkat jadi KP la kan. PKP tu, Cied kata, Pocong Kaki Pendek. HAHA! Siut tak Cied? Hee~ Dia ni suka menyanyi. Paling merepek la dalam kelas. Nama je Ketua Pengawas. Tapi bab propa, fuhh! Hebat. Sebab semua orang akan percaya apa yang dia cakap. Taktau ilmu apa dia pakai. Semua orang akan percaya apa pun yang dia cakap.
Nama scientific- PKP, Pelik Kaki Pendek. Haha

9.Nor Syazni Mohd Azlan- Syaz The Monitress. Tegas dan garang. HAHA! Sikit la. Ganas woo ketua tingkatan kitorang ni. Mentang mentang black belt Taekwando, tangan semua orang dia nak pulas. HAHA! Bakal marine biologist ni. Hee~ Ameen!
Nama scientific- Miss Syazzzzzyyy. Hehekk

10.Nadiha Musley- Didi, librarian yang cute. HAHA. Kuat tidur. Hee~
Nama scientific- Miss Didi. Hee :D

11.Farhana Zawawi- Nana. Seorang mawas yang cantik dan tak berapa nak rajin tapi pandai. HAHA! Memang nampak dia macam malas je. Tapi sekali keluar result, perghh jatuh rahang cecah lantai semua orang. HAHA! Tapi memang dari dulu dia pandai. UPSR straight 5, PMR pun straight 9. Insya-Allah SPM ni pun straight 11A+ bersama sama 26 ahli 5KAA yang lain. AMEEN!! Gila Korea especially SuJu. One of Vitalatte.
Nama scientific- SiwoNana / Girang. Haha [sebab laki dia, dia letak nama Si Won haha]

12.Fatimah Afiqah Jumaat- Term, juga mawas berjaya. HAHA! Lawa dan comel. Sama jugak macam deskmate dia Si Nana tu. Diam diam ubi berisi. Sekali keluar result, perghh! Menganga! Huu~ tapi diorang ni tak la senyap. Kelas kitorang ni semua banyak cakap. All 5KAA members are talkative. Takde yang senyap. 27 27 banyak cakap. HAHA! Term ni one of Vitalatte jugak.
Nama scientific- Mrs.Gikwang.

13.Nor Alia Amdan- Alia ni mawas jugak. HAHA. Kecik je budaknya. Suka senyum dan..., boleh tahan pandai. Huu~
Nama scientific- Ali Amdan. Keh kehh

14.Nurul Zakira Shamsul- Kiera aka Miss K. Pemegang black belt Taekwando -,- ganas jugak walaupun nampak lembut dan pemalu. HAHA! Pemalu tau dia ni. Kau tanya je dia pape pasal Korea. Takde yang dia tak tau. Semua dia tau. Dan dia ada belajar Bahasa Korea jugak. Tulisan hangul. Nama aku yang bunyi Arab ni pun boleh pusing pusing jadi dalam tulisan hangul. Jangan kata nama Arab, kau kau bagi nama Samad bin Sameon pun boleh jadi dalam tulisan hangul Korea tu. HAHA!
Nama scientific- TegoshirosamuSungOriYoung2Min. Haha

15.Nur Fazira Fadzil- Ira ni pun one of the mawas. HAHA! Pandai gila! Selalu yang pulun tempat 123 memang takde orang lain, pusing pusing muka diorang berempat jugak. Ira, Yaya, Nana dengan Aina. Yang lain sedang cuba memotong. Hee~ Secret Admirer Ustaz Akhdiat. HAHA! Shushh! Kantoi lah! HAHA! Dia ni gila anime. Aku dapat Gosick, Vampire Knight dengan Uta No Prince Sama daripada dia ni la. hohoo. Tapi aku tak puas hati dengan dia. Sebab dia pun suka kat Hatake Kakashi! T_T dengan Shinichi Kudo.
Nama scientific- Detective Ira. Hohoo

16.Nur Fatimah Aina Mohamad Ali- Aina ni librarian. Kuat perasan. HAHA! Suka puji diri dia comel. Naseb baik comel betol. HAHA! Ni la dia sekutu Ira, Nana dengan Yaya yang selalu bertukar tukar tempat nombor 123.
Nama scientific- Mrs.DongHae kah kahh

17.Nor Sahadah Dor Baser- Adan ni mawas jugak. hoho. Tinggi dan putih. Lawa la. Hee~ Selalu nampak dia dengan Didi la.
Nama scientific- Kaki panjang -,-'.

18.Najihah Maskor- Jiha. Manis dan lawa. hoho. Muka macam Harry Potter dan minat Harry Potter. Anime pun boleh tahan jugak budak ni.
Nama scientific- Jiha Potter.

19.Nurul Fatihah Jailan- Te'a ni pun one of the mawas jugak. Tinggi -,-' dan kreatif. Aku suka tengok dia melukis atau berseni :D huu minat Korea.
Nama scientific- Aifa haha c(:

20.Nurul Afiqah Iwana Mohd Azam- Wana. Suka kacau aku -,- haha! <-- fitnah semata mata. Hee~ minat korea jugak. One of Vitalatte jugak :D
Nama scientific- Mrs.JunSu

21.Nuresya Fitrah Hanani Adnan- Nanee :D minat Korea jugak. Pun one of Vitalatte.
Nama scientific- Mrs.Sung Min. Hakz

22.Anisaida Munira Mohd Munawar- Moon :D seorang mawas yang gila Korea. Paling gila Super junior. Suka gila kat 'mamat lembut' dalam SuJu tu, Heechul. Errhh ="= I tak minat dia youu! HAHA! One of Vitalatte.
Nama Scientific- Mrs.Heechul of coursee -,- HAHA!

23.Nurul Ain Mokhtar- Ain The Assistant Monitress :D manis orangnya. Tahi lalat tepi bibir. Huu~ Lawa tauu. Budak HOT berzaman. Kah kah. Tak percaya? Tanya dia. HAHA!
Nama scientific- Nickhun / Monyet gemoks Kah kahh :D [kenapa gemoks, aku tak tau. Orangnya kering jer. HAHA!]

24.Nor Aqila Abu Bakar- Qila si librarian yang comel dan lampai serta AJK QS paling berdedikasi di abad ini. HAHA! Jiran belakang terchenta. Sopan dan lemah lembut orangnya. Erk? HAHA! Kalau dengar dia menjerit, Aww! Penuh kewanitaan YOU! HAHA!
Nama scientific- Lensque Aqila :D [Lensque tu apa? Tanya la Qila sendiri. HAHA]

25.Nor Adilah Mohd Nazlin- Dila ni one of the mawas jugak. HAHA! Comel. Kecik je orangnya. Ayah dia member ayah aku -,- HAHA! Jiran belakang terchenta jugak. HAHA!
Nama scientific- Adilah AILA :D [tanya dia kenapa Aila. Hee]

26.Nuraishah Hamsan- Aisha senget. HAHA! Deskmate terchenta aku. Suka pukul aku yang baik ni -,- HAHA! Suka dengki dengan aku. Pandai dan suka puji diri serta comel dan MENGADA NGADA! HAHA! Kalau tak kenal dia, mesti ingat dia sombong. Sebab mata dia macam menjeling. Tapi bukan menjeling. Mata dia memang tirus -,- so, kalau dia tengok orang ikut tepi je pun orang ingat dia menjeling. HAHA! Lemah lembut orangnya. Erk? Mana besen? Aku nak muntahh! Kah kahh. Lemh lembut kerr? Penuh tanda tanya larr c(: kau suka pukul aku kan Shah?? Grrrhh! HAHA
Nama scientific- Hilman Yong's HAHA! [Apa lagi? Tanya la dia siapa Hilman Yong. Hee. Kalau dia kata tak kenal, tanya dia siapa Damien Yong hee]

27.Nurul Najwa Saharudin- Najwa yang baik dan pandai lagi rajin serta comel. HAHA! *aplause. okay, sila tepuk tangan. Kah kah* tepuk tangan pulak? Baik aminkan. Lagi bagus. Untung untung aku jadi baik dan pandai lagi rajin serta comel betol betol -,- HAHA! Insya-Allah. Ameen! :)
Nama scientific- Wawariang :)

Okay, itu jepp :D Pentel Sharplet.5 off :D assalamualaikum.

kiryuuasrar

Apabila Kami Merempit Kah Kahh

Assalamualaikum..


Sepatutnya benda ni aku story semalam. Tapi lupa pulak nak citer hehe [^_^' ]\ semalam aku buat jahat. Tapi takde la jahat sangat pun. Bila USA [Ustaz Syed Ali] cakap, baru aku ingat. Semalam kitorang merempit kat tengah jalan -,- Kah kahh.

Sepatutnya aku balik naik ayah aku. Macam biasa la. Tapi semalam Sam [Siti Aisyah Mohammad] ajak balik sama. Lepas je keluar kelas Chemistry, terus balek sebab kelas Math takde. Maklumlah, kelas 5KAA ni kan kelas terpandai dan terbaik. So, Math tu takde kelas pun, alah~ small matter. Kacang goreng jelah. Kitorang kan budak budak pandai [Kah kah! AMIN AMIN AMIN!].

So, keluar je lab Chemist, aku nak balek kelas lah. Amek beg. Baru je pijak satu anak tangga [kelas aku atas lab Chemist] nak naik kelas, Sam panggil aku. "Yep? Ada apa, der?" "Jom balek dengan aku." Acehh. Sam nak hantar~ "Dey, kau ni biar benar? Suka sangat buat kejutan." "Iye la. Cepat la amek beg kau. Aku tunggu kat motor." Cantekk! Aku pun dalam keadaan 'sarat' sakit perut rasa macam nak tercabut pinggang tuu, pergi lari naik ke kelas, capai beg yang telas siap dikemas, dan... terus pergi kat bike park.

Sampai bike park, Miza dengan Nisa datang. Sam dah janji dengan Miza nak raya sama. Nisa pulak tiba tiba nak ikot. Kot la. Tak pasti. Lepas tu, decide punya decide Miza naik Sam, aku pulak naik Nisa. Tapi takde helmet!! Macam mana? Lalu dalam la. Ala takpe. Polis mana ada waktu waktu gini -,-' kata kata dari seorang yang berlesen. Huhh! Mentang mentang aku takde!

Dan, kami pun keluar sekolah. Lalu jalan besar. Tak pakai helmet. Cehh! Terserempak pulak dua mamat Vokasional BP naik motor. Macam kitorang jugak, yang ride pakai helmet, yang belakang tak pakai. Sama la dengan kitorang. Nisa la yang ride. Motor dia kan. Takkan aku suka suka nak bawak? Helmet pun satu je. Aku tak pakai la. Dah la hujan. Gerimis. So, kalau jadi pape semalam memang aku jalan dulu laa. Kah kahh -,-' LOL lawak!

Waktu jalan tu, USA pulak potong kitorang. Si Sam dengan Miza dah laju kat depan. Kitorang kat belakang gelak gelak je. Nisa tanya aku. Aisyah tu nak lumba dengan USA ke? HAHA! Senget! Lawak gila!

Sampai rumah aku, diorang terus nak balek. Sebab hujan tak lebat sangat. So, tak singgah. Jumaat ni baru diorang raya rumah aku saing dengan Diba. Lawak arh. Tak pernah aku buat jahat depan ustaz. Sekali ustaz nampak kitorang naik motor. Tadi pun ustaz perli perli. Tapi Miza la kena c(: aku tak kena sebab ustaz tak nampak aku. Aku sorok muka sebab aku tak pakai helmet. Kah kahh!

Sejarah lagi ni. Kenangan waktu sekolah. 'Empat orang budak tudung labuh merempit'. Sorang tak pakai helmet. Kah kah. Kelas kitorang tu nama je kelas KAA. Budak baik la konon. Budak Arab kan? Kelas agama. Cehh! Ingat semua macam tu ke? Tak la. Skema skema yang spesies litar skematik letronik tu semua tak kena la dengan jiwa kitorang. Tapi memang boleh dikira dengan jari je la yang pakai tudung labuh sampai siku. Sam, Miza, Kiera, Qila dengan aku. Yang lain biasa je tudung macam budak kelas biasa. Nisa kelas 5A. Rasanya kat 5A tu, Nisa sorang je kot pakai tudung labuh. Okay, stop sampai situ.

So, memang lawak la. Dah la empat empat tudung labuh. Merempit, lawan dengan ustaz yang naik Avanza tu. HAHA! Ishh tapi memang bahaya la. Dah la aku tak berhelmet. Hujan pulak tu. Kalau jadi pape memang aku jalan dulu. Huishh. Nauzubillah.

Hari ni takde story best pun kat sekolah. Just sedih sikit sebab Ustazah Ahlam nak pindah. Beliau ajar kitorang Quran Sunnah. Takpe kot. Lagipun syllabus kitorang dah tamat bulan lima yang lalu. Cepat tak? Cepat kan? Walaupun ada berapa puluh tajuk bab dalam buku tu untuk syllabus form 5, beliau tetap habeskan sebelum beliau cuti bersalin hari tu. Beliau kata sebab beliau tanak hutang kitorang. Bagus kan?

Kay, admit ada rasa jugak ketiadaan beliau nanti. Walaupun kitorang selalu merungut pasal beliau, pasal kerja kerja yang beliau bagi, semua pasal beliau banyak yang kitorang rungutkan, tetap jugak berasa bila beliau pindah nanti. Mana ada cikgu lain kat sekolah kitorang ni bagi assignment banyak macam beliau. Hee~ Mana ada lagi cikgu kat sekolah kitorang yang galakkan kitorang buat assignment luar tajuk buku teks untuk kitorang ready macam mana life kat U nanti. Mana ada lagi cikgu lain yang selalu tahan kitorang balek lewat. Selagi tak cecah pukul 5 memang takkan sampai rumah punya kitorang ni. HAHA. Mesti rindu beliau nanti. Besok ada jamuan dengan beliau. Okay, sampai situ je untuk hari ni. Kay.

Pentel Sharplet.5 off :D assalamualaikum

kiryuuasrar

LOL -,-'

Assalamualaikum.


Hai there :) sihat? Bagus la. Me sakit perut lah -,- tak suka saat saat begini. Setiap bulan menderita dua tiga hari sakit macam ni -"- lepas tu nak mengamuk je. Lepas tu nak muntah bagai. Demand kan? LOL -,-' lawak.

Tadi kat sekolah me felt like nak tercabut tulang belakang ni -,- dan apa yang cikgu ajar tak berapa nak masuk kepala ==' okay, cukup sampai situ. Hari ni sepatutnya takde subjek science tapi tadi Puan Hanim amek masa Add Math untuk Chemistry. Aku yang baru sahaja nak bahagia bahagia ni tiba tiba punah harapan -,- aku tak suka masuk lab!! Apa jua jenis lab lah. Chem? Bio? Fizik? Semua! Pinggang dah la sakit. Lepas tu duduk kat kerusi lab Chemistry tuuu -,-' aku rasa macam nak baring kat situ jugak ="=

Haih! Dah la sakit. Sejuk pulak tu. Meremang meremang bulu roma aku -,- fine. Balek rumah terus mandi dannn apa lagi? Mestilah menghempaskan badan ke atas katil ^^ lega sikit pinggang haku! Kalau tak rasa macam nak tercabut sendi! Tadi meregang regangkan badan, keletak keletuk bunyi belakang aku -,- dah macam old folks la pulakk.

Jadual exam dah dapat. Isnin sampai Jumaat full ada exam. Bahasa Melayu, English, Syariah Islamiyah, Quran Sunnah dan Mathematics. Lepas tu sambung minggu depannya. Full Isnin sampai Khamis. Sejarah, Chemistry, Physics, Add Math. Jumaat tu takde subjek kitorang, kitorang tak amek Prinsip Akaun. So, kitorang tak exam. Then, sambung minggu depannya. Isnin cuti hari 1 Malaysia. Untung la orang tu birthday bulan September HAHA naseb baik masa tu kira rehat Sabtu Ahad. Esoknya hari 1 Malaysia. Dan lepas tu Selasa, kitorang tak amek Tasawwur Islam. Then sambung Rabu Khamis, Biolagy dan Bahasa Arab Tinggi :)

Okaylah. Pentel Sharplet.5 off :) assalamualaikum.

kiryuuasrar

Hahh!

Assalamualaikum...


Aku tengah gaduh dengan Piqa ni. Perang dunia ke 18. Fuhh! Hebat. Memang terbaik lah. Err... tu ayat Boboiboy. Pinjam ea Boboiboy :D kalau tak bagi, takpe. Fang ada. lalalala~ HAHA gila~gila~ aku gaduh dengan Piqa. Degil betul lah budak tu!

Aku dah kata, aku sayang dia lebih, nak lawan jugak kata dia sayang aku lebih. Mana boleh macam tu! Aku sayang dia lebih! Lagi lebih dari yang dia tau dan lebih dari yang aku sendiri tau hee~ aku pedulik apa? Yang penting aku bakal menang perang ni. Hee~ Aku sayang kau lebih dari kau sayang aku ye Piqa! Kau kena terima hakikat tu. Jom kita lawan lagi. Siapa lebih sayang siapa and aku akan pastikan aku menang! c(:

Tanak kalah tuu. Text dia baru je masuk inbox aku -,-

Pentel Sharplet.5 off :D assalamualaikum.

kiryuuasrar

Kebosanan Melanda Lagi -,-

Assalamualaikum...



Kebosanan melanda lagi. Haih! Semua blog yang aku minat, takde post baru -"- yang ada pun... memang dari awal lagi aku tak sepatutnya baca. Hurm. *applause* tahniah tahniah kerana telah membacanya :D okay, sila baling rose dan tulip ahhaa LOL -,- skemanya ayat. Okay abaikan~ HAHA. Awak, saya harap entry awak tu bukan pasal saya tau :D dan tak kisah lah kalau betul saya pun -"- saya harap awak sendiri kata tu bukan saya. T_T ye ye saya sangat berharap. Err kenapa awak kata saya kejam? ="= post lepas tu bukan pasal kawan awak lahh ="= saya tak cari pasal pun. urmm, saya tau bukan saya seorang je dah berpunya. dan tak sepatutnya saya berpunya pun waktu waktu sekolah gini -,- okay. Saya betul berharap that the post is not ditujukan kepada saya :)


Okay, kembali bosan lagi -,- aku dah pening dan nak muntah tengok buku Add Math tu dan tak nak tengok lagi sampai besok -,- besok baru bukak hee~ kat sekolah. Dan, revise bersama deskmate terchenta. Dan, apa lagi? Aku dah tak tahu nak bebel apa. Sangat bosan -,- ibu ayah pergi rumah kawan ayah. Dan aku tinggal sensorang kat rumah -,- ye ye aku tahu. Kenapa aku tak ikut dari awal lagi kan? Malas -,-' HAHA

Okay, kenapa setiap kali aku fikir benda ni, aku akan terasa macam... aish!! Sebelum ni aman tenteram kut hidup aku. Haa! Hati aku la punya pasal. Siapa suruh kau suka kat orang? Kan dah aku tak reti nak kawal cemburu. Kan dah aku tak reti nak jaga diri. Kan dah aku tak reti nak kawal kepala angin aku. Kan dah aku tak reti nak jaga hati orang. Lepas dah buat baru nak menyesal. Sebelum buat tanak fikir. Bodoh tak aku? Bodoh kan? Huu saya betul harap setiap orang yang saya pernah salah dengan dia, maafkan saya. Ni la aku cakap. Dah buat baru nak menyesal. Sengal kan? HAHA. Sebelum buat tanak fikir. Apa lah kau ni Wawa.

Err, jangan salah faham. Sebab tu aku buat blog baru. Tanak cari gaduh dan cari nahas lagi dahh -,- okay sekarang baru aku faham kenapa dia tak bagi aku dekat dengan mereka -,- sebab aku akan automatik menjadi 'liar' apabila dekat dengan mereka. Dan semestinya mereka mereka itu sebagai mangsa mangsa yang tidak bersalah, menjadi korbannya. Erk? Korban? Mana sampai mati. Aku buat diorang menangis ada lah. Huu, sorry lah korang -"- sangat aku mintak maaf sebab pernah buat korang menangis dan menggores hati korang D': sorry ea :D hee. Ala diorang taktau blog aku pun. Mana diorang nak tau aku mintak maaf kat diorang? -,- takpe lah. Jauh di sudut hati, setiap hari aku nak mintak maaf kat diorang. Biar la diorang tak tau. Asalkan Dia tau aku sentiasa mengharap maaf diorang walaupun diorang tak tau :) Dan aku berharap diorang tak tau blog aku ni pun -,-' lebih baik macam tu :)

Erhh bajet baik lah pulokk. HAHA. Eh, ni aku luahkan apa kat dasar hati aku ni tau :D ~poyo~poyo~ HAHA urm, sorry once again kat korang yang terlibat :D Pentel Sharplet.5 off :D assalamualaikum.

kiryuuasrar

It Is Life :)

Assalamualaikum...


As usual, balik sekolah je mandi solat makan semua. Then, tengok group kelas kat facebook. Check balik homework apa cikgu bagi tadi sebab budak kelas aku confirmkan balik homework kat dalam group. Kadang kadang ada kerja tambahan. So, memang kena jenguk group kelas kat facebook tu almost every day.

Dan semestinya akan ada je benda yang aku nak post kat blog terchenta ni. Blog baru yang mempunyai azam baru :D tanak follow sembarangan. Orang nak follow, follow lah. Aku tanak follow. Kecuali yang aku betul betul nak baca setiap ayat kat entry dia je. Setakat ni ada sorang je yang aku tak kenal, aku follow blog dia. Ayat dia memang best la. Suka betul aku ayat gila gila dia. Blog lain yang aku follow, cuma yang aku kenal dan blog tutorial je :)

So, tadi kat sekolah cikgu suruh hafal essay Biology yang gila berkajang tu -,- of course la dapat hafal beberapa soalan essay je. Dan tak lupa jugak terima kasih kepada perkataan perkataan pelik dalam essay Biology tu kerana telah berjaya membuatkan migrain aku yang telah lama tak datang menziarah tu, ziarah aku balek -,- haha serius tepu siutt kepala aku.

Dah la baru lepas pening revise Add Math. Tu baru paper 1. Belum paper 2 lagi tu -"- haishh! Dah buat Add Math, bincang benda alah Physics yang Logic Gate tu pulak. Errhh -"- gate tu logik sangat sampai kepala aku pulak yang jadi macam tak berapa nak logik -,- ngee! Ampun lah Puan Choo oii. Kepala saya dah tak boleh nak terima masuk tadi -,- hehe.

Dari hari tu aku rasa macam nak demam. Dan badan pun dah panas :D berapa kali dia suruh aku makan ubat tapi... urhh aku terpaksa jugak makan sebab ibu suruh -,- kalau tak.., -,- jangan harap aku nak makan. Dia suruh pun aku tak buat haha. Kay migrain aku datang semula. And when I arrived home just now, terasa hampir koma -,- haha. Tapi tak koma la :) hee. Banyak pulak aku merungut pasal pelajaran aku ni kan? Wahai Najwa, sila sedar bahawa SPM trial is just arround the corner -,- ouhh minggu depan ea? Ohh okay okay okay. Next week. Hah? Next week? >_<" okbye! Nak study hee :D esok ada masa aku update lagi kay? :D

Pentel Sharplet.5 off :D assalamualaikum.

kiryuuasrar

Wahai Bintangku :)

Assalamualaikum...



Saje je boring. Dah lama tak buat puisi merepek. So, dengar je lah :D

ada kala ku nanti
gurauanmu yang membuatku
tersenyum dan tertawa
setiap masa bersamamu
wahai bintang penghibur hati

ada kala ku nanti
rajukmu yang membuatku
ingin memujukmu tertawa
agar aku turut tersenyum
wahai bintang pembuli jiwa

ada kala ku nanti
bait sayang dan pujukmu
saat rajukku menyapa hati
hingga terpujuk aku tersenyum
wahai bintang penawar duka

ada kala ku nanti
kiriman sapaanmu
walaupun hanya ucapan salam
dan kata kata ringan
wahai bintang pengubat rindu

ada kala ku nanti
cemburumu terhadapku
apabila ada yang menyapaku
agar aku tahu
tahap mana sayangmu
wahai bintang kuat cemburu c(:

setiap Jumaat ku nanti kau pulang
menyempurnakan gelak tawaku
memujuk duka dan rajukku
menghilangkan cemburu hatiku
mendengar aku walau kau cemburu
menjaga hati kecilku
mengubat rindu jiwaku
wahai bintang pencuri hati :)

Nukilan Sang Hati,
- AL-ASR☆R

Jiwang? Kah kahh. Nak muntah, muntah la. Aku baca balik pun nak muntah. Idea ni keluar kat kepala, aku terus tulis. Bila dah habes, baca balek aku pun nak muntah. Kah kahh. Okay lah. Pentel Sharplet.5 off :D assalamualaikum.

kiryuuasrar

Wawariang In The house

Assalamualaikum...


Hi. Okay nampak gambar gewe atas ni? Bagus. Itu tandanya anda masih belum rabun. Yek la, aku letak gambar ni in medium size je. Kalau aku letak bagak-bagak kang kau menyampah lah pulok. Bukan lawo pun kan? Tak gitu? Okay, siapa owner blog tak berkemas ni ek? Haa ni la dia aku nak citer ni.

My name is Najwa. Kim Hye Ra in korea. Puihh ada Korean name siap kan? Haha tolong jangan percaya. Nama tu sekadar suka-suka je. Nak tahu macam mana boleh dapat nama Korea anda, KLIK SINI :3 okay, me lahir pada 11 April 1995 bersamaan 11 Zulkaedah 1415. So, am twenty one in this 2016. I stay in Johor. Study also in Johor. Memang tak berkembang kan aku ni? Hahahaha. Am also a student from Department of Mechanical Engineering at PIS. I got the nick Wawariang from a lecturer from PIS. Fav lecturer yeah -.- Penasihat Akademik. He's the first one that called me with Wawariang. Bunyi dia macam comels kan? Haha. Beliau panggil aku Wawariang sebab aku ni dalam kelas memang Riang-Ria-Raya kalau kau nak tahu. Plus, beliau ni Guru Penasihat Kelab Silat Olahraga PIS. Citer dia memang aku hampir kat semua tempat kat PIS tu, kena lekat dengan beliau. So, dah almost everyday aku hidup depan mata beliau, beliau kenal aku yang kat depan beliau tu lah kan? Haa, agaknya aku ni tersangatlah pekat ke-Ribena-annya. So, beliau pun bagi la aku nama Wawariang ni -.- I don't know why but I just like that name XD okay, aku juga merupakan pemain silat olahraga kelas D. Baru lagi, sebenarnya. Banyak yang perlu dipelajari. Pertandingan pertama aku participate, Kejohanan UPSI ke-5 on last March 2014. That was my first time meeting him, my idol in arena :3 He is ASDK, pemain kelas B. Hee (-^_^-) And my second time meeting him was on last 15th September 2014. That was my second tournament, Piala Timbalan Perdana Menteri ke-5 :) and I still making him as my idol in the arena. Hoping for another tournament so that I can meet him again and again :)

Engineer in making | Diploma Kejuruteraan Mekanikal Am | 21 in 2016 | Pemain silat olahraga kelas D | Admirer of ASDK pemain kelas B silat olahraga.. Heart owned and locked  by CEMH ^_~ heheh

Don't you EVER DARE judging me while you yourself don't really know who am I and how I am <:

Favourite quote:

- If the Earth needs the Sun for it's light, then the heart should crave for light too, that is from Quran. Allahu.
- Why worry when you can pray? And Allah says "Call upon Me, I'll respond to you" [40:60]
- Remember that the Dunya is made for you but you are made for Hereafter.
- La tahzan. Inna Allaha ma'ana :)
- "Friendship is nothing but it's everything" - ASDK :)
- "People said, "Find good people and leave the bad ones" but I say, "Find good in people and ignore the bad in them because 'No One Is Perfect'"." - ASDK :) ^_~
- "Sejauh apa engkau memandang, sebesar itulah cita-citamu. Ukurlah cita-citamu dengan pena yang tak nyata!" - ASDK :)
- "Cinta bukan sekadar saling mengasihi tapi juga yang membawa kepada manisnya Iman" - ASDK :)
- "Dalam gelanggang nanti, kalau kita takut, kita tak boleh buat apa-apa. Jadi, jangan takut." - ASDK ^_^
    kiryuuasrar
     
    This blog is fully designed by Cik Wawariang.