It's May 2020!

Assalamualaikum


Hi, I have left this blog untouched for about 4 years. Wow! Sangat lah lama yang sememangnya aku sudah bosan dengan egomu. Okay abaikan kemengarutan tadi tu. Hari ni adalah May 1st, 2020. Bulan lepas adalah bulan birthday aku yang mana pada tarikh 11 April yang mana aku sambut dekat rumah dengan family aku je (alhamdulillah), yang mana aku ada sedikit sedih gara-gara tak dapat sambut dengan housemates UTHM terchenta hm, k aku tahu takde sape nak tahu pun. Even sekarang ni aku membebel pun aku tahu takde sape yang baca. Who the hell on Earth at this time on this MCO membaca blog lagi? Tapi aku bosan maka aku nak membebel jugak kat sini. Biarlah! Blog aku kott! Ang sibuk apaa? *Muka kerek mintak kena libas sedas dengan ukulele*

Sambung balik yang tadi, hari ni dah... hm kita puasa hari apa ya hari tu? Lupa pulak aku. Jumaat rasanya ya. Disebabkan hari ni juga dah Jumaat maka hari ni adalah 8 Ramadhan 1441. Waaaaa dah 8 hari ya umat Islam sedunia berpuasa pada tahun 2020 ni. Walaupun kena duduk rumah disebabkan Covid-19 dan nampaknya raya tahun ni tak semeriah tahun-tahun sebelum ni which is sad. Tapi alhamdulillah masih di samping keluarga tersayang. Cuma belum jumpa bakal suami tersayang je ni hm sendu je aku dah 4 tahun single. Walaupun takde kaitan saje je nak cakap. *Muka tak berdosa*

Harap-harap cepat-cepat la wabak Covid-19 ni habis. Aamiin. Aku dah tak tentu hala dah duduk rumah ni menjadi-jadi malasnya. Ingatkan duduk rumah boleh la berevolusi jadi rajin. Ni aku berevolusi jadi bertambah malas. Tapi time ni la aku paling banyak masak kalau nak banding sebelum-sebelum ni *ngehngeh*. Tapi masih di peringkat malas banyak la. *Flip tudung bawal* Sesiapa yang tak sengaja terbaca ni mohon la didoakan agar Nurul Najwa berevolusi menjadi seorang yang rajin supaya cepat dapat pakwe dan kahwin. Ya aku tahu takde kaitan, sukati aku la nak cakap apa. Crush? Ada. Tapi dia tak guna. Harap hensem je tapi tak nampak aku. Tak guna! Kadang-kadang dia kutuk aku. Dua kali tak guna! Lepas tu, aku nak ws dia tapi tak tahu nak ajak borak topik apa. Tiga kali tak guna! Kesimpulannya dia tak guna, aku pun tak guna jugak. Tak guna akal kenapa nak kena suka dia. Di manakah akal fikiran yang diberikan oleh Allah swt, jika kita tidak menggunakannya? *sila baca dengan nada Sajat*

Selain Covid-19, aku harap assignment dan PSM aku pun cepat habis. Walaupun aku malas nak buat T^T sobs Ya Allah kau kurniakanlah aku kerajinan agar aku mampu menyiapkan PSM dan projek-projek yang lain. Aamiin. Dengan semua benda nak kena online ni. Aku ni pandai. Bukan tak pandai. Cuma tu lah... masuk kelas pun kadang-kadang kelam je lost in the jungle. Ini MCO kena online class KO GHASE?? Aku boleh cope!? Sakit jiwa tau! Sungguh laa menjadi-jadi aku punya masalah kelam lagi tak paham tu. Okay maaf takde niat nak marah-marah. Teremosi sikit je hehehe. Okay la aku nak blah.

Sebelum blah, aku ada upload 30 juzuk Quran, cukup 114 surah. Dibaca oleh Abdullah Matrood (My favourite Quran reciter). Sebab daripada kecik aku dengar bacaan beliau, senang nak hafal bila dengar nadanya. Jemput la join kalau sudi. Bersama-sama kita menyebarkan pahala di bulan puasa yang murni ni. Semoga kita semua diberkati. Aamiin. Link ke channel tu ada kat bawah ni. Terima kasih!

https://web.telegram.org/#/im?p=@quranabdullahmatrood

Bye, assalamualaikum.
 
This blog is fully designed by Wawariang.