Worst Wednesday -"-

Assalamualaikum...


Nak tahu taak? Tadi kan aku jatuh motor T-T malu gila! Bengang pun ada. Gila lah. Dah la ramai manusia kat bawah pondok tu tunggu turn nak pakai motor. Huwaaa! Macam nak sorok bawah tanah! T-T agaknya semalam aku tergelakkan sorang budak kut. Dia jatuh motor kat titi jugak. Tapi takde la aku gelakkan dia. Just kata dengan berlagaknya "Aik? Tempat senang pun boleh jatuh?" Tu kut balasan. Padan muka aku kan? HAHA jangan ikut ya anak anak? Pffft -.-

Kat atas titi tu kena 7 saat atau lebih. Procedure test memang macam tu. Pak Khalid kata JPJ tak bagi lulus kalau tak sampai 7 saat -.- selalu aku buat tak sampai 7 saat. Aku tak puas hati. Tadi aku test slowkan motor masa atas titi tu. Dah slow lepas tu nak tumbang, aku pergi tekan break lagi -.- patutnya pecut sikit motor tu kan? Aku tekan break. Bagus kan? Memang tumbang kat situ -"- and as soon as motor tu nak tumbang aku terus lompat ke tepi -,- pffft. Malu gila der gua! T-T

Tapi seriously aku rasa memang karma aku cakap macam tu la semalam. Budak tu jatuh aku rasa macam -"- aishh yang penting memang aku TERpandang rendah time tu. Karma agaknya. Tu la kan siapa suruh berlagak? Kan dah hari ni memang satu pun aku tak lepas titi. Selalu aku buat senang je. Hari ni memang satu pun tak lepas. Lepas tu siap tumbang lagi motor tu -"- kali terakhir baru lepas. Tu pun tak sampai 7 saat.

Seriously bengang ah. Masa angkat motor tu terus aku buat muka bodoh tutup penutup helmet tu. And fortunately cover helmet tu gelap luar. Tak nampak muka aku. Fuhh! Serious macam nak nangis! T-T aku tak sure budak lelaki yang satu kereta dengan aku tu nampak aku jatuh ke tak. Dia kat depan aku masa lalu titi tu. Tapi dah sampai tempat kon dah masa aku jatuh. Then dah sampai tempat kon aku buat bodoh sebab dia dah nak pergi ke tempat break emergency. Masa aku baru nak mula break mengejut tu dia dah habis. So dia berhenti. Selalu dia berhenti jap lepas tu terus jalan. Tapi tadi takde kereta pun dia berhenti -.- lepas tu dia tengok aku break mengejut. Elak aku tak langgar je belakang dia -.- agaknya dia nampak aku jatuh kut HAHA tu yang nak tengok kut kut masa break emergency aku jatuh gak ke apa ke -.- pffft perasan HAHA hari ni dia pakai baju hitam. Smart! *angkat kening dua kali* :b <--- kat Azeem HAHA :DD

Tadi belajar parking kereta. I dah okay you! Bhahaa :3 Pak Khalid tak duduk sebelah pun macam selalu hihi selalu ke? Baru dua kali belajar parking -.- haha tu je kut.

Nak tanya ni. Pernah dengar tak? Orang tak couple tapi macam rapat gitu -.- kira steady la kan. Macam cikgu aku la. Masa dia kawan dengan suami dia pun suami dia tak pernah tanya "would you be my girlfriend?" or yang seangkatan dengannya. Kawan dari form 4. Diaorang kawan macam biasa. Tapi cikgu tahu cikgu rapat dengan dia. Tak declare apa apa pun. Sampai satu tahap cikgu pasrah je kalau suami cikgu tu suka kat orang lain. Dan yang masa cikgu kawan dengan orang lain tu suami cikgu kata "Tak mau la kawan dengan dia. Nanti habis further study dan lepas dapat kerja saya pinang awak." Dan, kira jadi je. Diaorang tak pernah couple pun. Dari form 4. Cikgu akan kejut suami cikgu solat subuh tiap tiap hari. Tak pernah declare apa apa pun. Kawan macam biasa sampai suami cikgu kata "Lepas saya dapat kerja saya pinang awak." Jadi. Jadi dan sekarang cikgu dah ada dua anak dah pun. Kira couple ke tu? Tak couple tapi bercinta? Tak jugak kan? Habis tu dikira apa?

I'm off. Assalamualaikum.
 
This blog is fully designed by Cik Wawariang.