Finally, the Final is finish!

Assalamualaikum...


Hello people. How are you? Seems like I left this blog for so long. Malas nak menaip sebenarnya ni. Tu yang sesedap rasa dan tanpa rasa bersalahnya aku tinggal je bini aku ni. Aww kesian dia. Okay abaikan scene menjengkelkan tadi tu.

Aku dah habis final exam okayy percaya atau tidak. Dan sekarang duduk rumah. Tolong ibu ayah kat kedai la ni citer dia HAHA am I too mithali? *Gigit kuku, jeling annoying* NOOO. Okayfine. Betul juga kan. Kalau betul mithali takdenya sempat aku nak hapdet belog ni weehuu. Humm, soalan-soalan final hari tu agak susah yer -..- okay tak. Soalan senang. Senang gila. Tapi jawapan dia PUN susah gila HAHAHA okay corny. Pointer turun sem ni aku gelak rai dengan bunga api merdeka 25 das je la. Tak mampu buat benda lain. Nak buat short sem bukan rajin. Besides, nak duduk mana? Rumah sewa start bayar untuk Jun. Sekarang tak boleh duduk situ lagi. Plus, I tak nak luangkan masa cuti berharga I ni untuk benda lain selain rumah olls. Aumm! Punya la pemalasss.

Before cuti hari tu ada Dinner for PIS Athletes di Amansari Hotel, Seri Alam, Johor. Okay, aku terlibat sebab dapat medal gangsa masa Kejohanan UPSI hari tu. Secara tak langsung la kan. Ehem jumpa la atlet-atlet PIS dari bermacam jenis sukan. Mendayung ada, Silat Olahraga of course la ada, Bowling, Memanah, Hoki. So dalam paksa-rela tu kena jugak la aku jumpa dengan classmates terchenta yang duorang tu -..- siapa? Siapa lagi yang main hoki kan? Tiger dan Edin. Tiger tu bakal atlet negara okay. Classmate aku tuuu. Kau hado? HAHA. Yang sukan mendayung pun, dia satu-satunya kat PIS. Rasul Zahiri. Atlet negara jugak. Sekali lagi, kau hado? Haha. Gurau-gurau yer. Sila jangan marah.

Masa dinner tu, PA kitaorang, Encik Rafiuddin ada olls -.- dia nak hamek gambar dengan aku, Edin dan Tiger. Aku dengan paksa-rela terpaksa lah jugak kan. Walaupun in that very moment jugak aku kena buli dengan Tiger due to ketinggian aku -.- memang seronok okay ada classmates suka membuli. Masa makan pulak kena buli dengan Edin. Bukan main terharu lagi aku siap meleleh air mata lagi sebab dia nak hamekkan chicken soup untuk aku. Sekali.... kau tahu dia isi hape dalam mangkuk kecik tu? Dua ketul ayam kecik, dengan jagung seketul. Mana aku tak sakit hati? Dah la jagung lagi besar dari dua ketul ayam tu walau ayam tu digabungkan. Huh! Jagung betul Edin tu. Geram je aku. Haha apa-apa pun, tu la first time makan kat hotel -..- kesian aku kan? Haha. Bertuah dapat medal gangsa masa tu :p

Um, story lain.. Uh! Rafie jadi pergi rekrut bulan ni. Sampai Jun pulak tu. Apape pun, goodluck, mate. Try hard okay working out for your body. Haha tu impian dia sejak dulu lagi. Kemain lagi sem 1 dulu suruh aku tengok perubahan dia yang masa sem 1 dengan dia yang masa sem 2. Aku tengok tak berubah pun. Makin kurus ada la. Nak aje aku tanya dia, "kau ni working out ke cubaan bunuh diri ni? Tak naik pun badan kau." HAHAHA. Tapi kang kecik hati pulak dia. Biar la dia dengan mimpi dia nak naikkan badan biar tak terlalu kurus tu. Aku kena berusaha dan teruskan impian untuk menurunkan berat badan. Nak main kelas C atau B. Kelas D... aku terlalu pendek untuk itu HAHAHAHA! Macam yang Rafie cakap, "Abes kau tak kelakar, perempuan main kelas D?" sebab aku cakap "Macam kelakar je lelaki main kelas A. HAHA". Aku rasa sebab tu kut dia nak naikkan berat badan HAHA! Jahat okay mulut aku. Takpe Rafie, we'll see. Berat kau naik ke tidak, dan berat aku turun ke tidak. Haha. Goodluck, mate. Tahun depan baru kita celebrate birthday sama-sama okay? Since tahun ni kau pergi rekrut and aku tak stay PG lama... so tak dapat la makan KFC aku tu. Hmm :) takpe. Aku tuntut okay janji kau tu. Makan KFC ^_^ dengan Farina dan Safwan. JANJI!? Dan hadiah birthday kau tu, apahal kau bukak lepas balik rekrut? Tu bulan 6! Lama gila! Aku nak kau bukak sekarang! Sebelum pergi rekrut. Ish :'I *marah ni!*

Okay tu selingan HAHA sorry. Tu je kut yang aku nak cakap untuk hari ni. I'm off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar

Kejuaraan Pencak Silat UPSI & Jemputan Antarabangsa Ke-5 2014

Assalamualaikum...


Okay lama tak buka cerita kat sini. So, mari berceghita ^_^ heee. Selasa lepas, kami berlima belas dibawa oleh Encik Apai ke Perak. Kenapa? Sebab tu la haha nampak tajuk tu? Kejuaraan Pencak Silat UPSI & Jemputan Antarabangsa Ke-5 2014. Haaa tu la citer diaa :D Kitaorang pergi dulu. Khamis baru la Encik Rafi dan Kak Aina sampai Perak. Jumaat pulak Coach Faizal sampai. Coach Irfan tak dapat pergi pulak :( haha tapi coach sentiasa tanya perkembangan okay :) kami sayang coach

Memang seronok. Tak sangka aku dapat masuk  pertandingan peringkat IPT huuhu serius teruja. Pengalaman dapat, sakit bahagia pun dapat. Kau tahu sakit bahagia macamana? Ye la, selalu gaduh dengan adik kau tak dapat pukul dia lebih-lebih kan? Dia pun tak pukul kau lebih-lebih. Tapi bila masuk petandingan ni, kau akan kena pukul betul-betul tauu. Dan kau pun boleh pukul dia betul-betul. Hehehe tu saat membahagiakan okay, dapat pukul orang kekeke takde la gurau je. Sakit beb kena pukul. Fuh!

Lepas lawan, balik rumah bukak baju lebam sana sini. Memang sedap. Haha kat sana berat aku asek turun je. Time aku nak kurus tanak pulak dia turun. Time nak lawan la dia turun. Nasib baik masih dalam kelas aku lawan. Kalau tak memang disqualified la citer dia. Jauh-jauh datang, tak dapat main. Tak sedap la beb. Kan? Okay ni kes kesian yang terjadi kat Abang Wan huuhu sedih gila muka dia tak dapat main. Kalau dia main in sya Allah menang tu. Wuwuwuu nampak hebat dia main.

Okay siapa yang enam belas yang pergi tu? Check this out:

Putera
1. Ajwad [Abang Ajwad]
2. Wan Azlan [Abang Wan/Abang Lan]
3. Farid Zamri [Abg Farid/Cucu Hitler]
4. Hazim Farhan [Hazim]
5. Wan Hariz [Hariz]
6. Syed Ikhwan [Syed]
7. Muzakerien [Abang Muja]
8. Farid Ramdan [Farid]
9. Ariff Asyraf [Acap]
10. Ruzaimi [Abang Jimie]
11. Sallehuddin [Din]

Puteri
12. Aina Syazwanie [Kak Aina]
13. Nashrah Sahar [Kak Nas]
14. Nabilatul Huda [Huda]
15. Nur Fathiah [Tia]
16. Nurul Najwa [Wawariang itu saya -.-]

Pengalaman pertama saya bermain dalam pertandingan silat olahraga peringkat IPT. Teruja beb! Asalnya saya pergi sebab nak cari pengalaman je. Masa tu la kenal erti susah senang bersama. Masa tu jugak la nak kenal erti adik-beradik. Orang-orang yang kita baru kenal tu semua dah macam adik-beradik. Entah. Semua orang baik :) okay la. Sampai sini je kut :D I'm off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar
 
This blog is fully designed by Cik Wawariang.