Wachaa! -"-

Assalamualaikum...

Okay aku tahu aku edit tak lawa -.- ehh aku tak gemuk.
Sweater Biha tu yang gedabak.
[Najwa tak terima kenyataan yang dia gemuk HAHA]

Tajuk nak extream kaann HAHA gebang je -.- okay ni gambar masa form 3. Sememeh kan? Kami tak pandai bergaya *toya* HAHA. Tahu tak masa Nadia snap gambar ni, kami baru bangun tidur. Mamai kan? Tengok muka Tiqa HAHA alolo comel :3 aku tahu aku gemuk dan sekarang lagi gemuk -.- walaupun hari tu Mai saje nak ambil hati aku kata aku dah kurus -.- dannnn aku sebenarnya tak tahu nak letak gambar apa :D lalala okay jom cerita sebab aku rasa intro dah habis panjang dah. Tak cukup panjang? Buat intro sendiri :D

Seperti yang anda semua maklum, sekolah akan bermula pada Rabu depann :D *dengki* dan juga PLKN kaaannn -"- okaylah. Bye bye dan tahniah kepada peserta yang bertuah kerana nama anda termasuk dalam senarai ke PLKN :D Pahang yee orang tu? -.- Okay lah nanti jumpa awek lawa lawa kirim salaammm *muka ice-cold-heartless* terserlah kecemburuan anda ya Najwa *toya lepas tu juling mata ke atas*. Ehh jom makan Bueno. Tadi aku beli. *muka tak berdosa*.

Macam nak tinggal pesan kat beliau tapi aku malas nak menconteng Sketchtoy *menguap*. Terpaksalah. Lima hari je lagi -.- lepas tu tiga bulan -"- okayy tadi bukak blog orang. Tengok anniversary dia, macam mana dia handle hater. Memang best la :) tahniah awak, happy one year anniversary :D walaupun saya tahu awak takkan jejak kat blog saya ni pun :D takpe meyhh :D dan tahniah straight PMR :) lepas tu aku bukak blog Kak Maria Elena. Tengok gambar nikah beliau dengan Abang Asfirdaus, abang kepada Kak Fatin Liyana :D Tahniah :) hohoo dan biasalah blog Kak Fatin Liyana mana boleh lepas kan :D Alright! Kak Paten dah minat Kpop. Jyeahh Big Bang. Ouhh my Top >_< huuu awwsomeee lah Top. Ahh tak puas hati Kak Paten minat Top saya hehehe. Aku suka dia cute sangat :D jealous dengan Kak Fatin dapat ambil gambar kat Korea dengan gambar Top -.- HAHA gambar je pun, jealous I alls! Heee lepas tu aku melompat masuk dan stalk blog beberapa orang lagi. Yang maklum kat cbox tu kata peminat setia blog sayaaa [okay sila terasa ya Syera HAHA]

Ni baru nak sentuh lappy. Seharian aku juling on Twitter dengan fb guna phone -.- HAHA dan biasalah. Stalking mana boleh ketinggalan. Hobi aku tu. Kau takde masalah kan? Hehehe. Dan betul jugak ada orang kata,

Bile kite stalk banyak bende yang kite boleh taw.tapi dalam mase yang same ape yang kite stalk tu boleh menyebabkan kite saket hati.

Ayat ni aku copy paste je. Takde edit bagai. Ori punyaa :D hehe betul la apa dia cakap tu. Tapi sekarang dah takde sakit hati segala. Bosan kan rasa macam tu. Main Sketchtoy lepas tu hadiahkan kat orang lagi berfaedah kan? Nak bagi Syera la kejap lagi :D Nah Syera. >>KLIK SINI<< klik tau! :D okay dah :D assalamualaikum.

kiryuuasrar

Touchaholic

Assalamualaikum...


Ehh aku sakit hati la dengan budak ni. Kau tahu tak budak tu tinggal kau sebab dia dah sedar yang dia takde perasaan kat kau. Kau sendiri patut maklumlah kan yang kau ajak dia couple pun masa tu dia takde perasaan kat kau. And dia tak pernah cakap 'sayang awak' sepanjang couple dengan kau so kau faham faham sendiri dah lah kan. Ahh aku buka fb kau masa tu :) sebab kawan aku kata kau bersayang sayang dengan orang lain. Then aku pun jumpa IM kau dengan seorang girl tu. Sayang bagai. Tarikh masa tu kawan aku belum mintak putus pun. So? Apa kau nak kisah kalau kawan aku mintak putus if kau dah sayang sayangkan orang lain before? :D lepas tu kau couple dengan orang lain. Kau cakap dengan another orang lain kau single walhal kau masih couple. Kau kenapa? Kau sakit apa? Nak mati sangat sini datang. Aku dengan ex kau boleh sepak terajang kau kat situ jugak la sebab buat kawan kitaorang macam tu. Ehh sakit hati cakap dengan orang macam kau ni la :)

Heyyahow! Err.. keh kehh. Quote yang atas tu luahan ketidakpuashatian aku. Kay, malas nak fikir. And sekarang nak merepek. Hurm, betul kata Zarith Natasha. Apabila hati seseorang itu disapa touchaholic, segalanya berubah. Yang kasar jadi lembut. Yang lembut jadi kasar. Yang cool jadi banyak cakap. Yang banyak cakap jadi diam pun ada. Yang pantang nampak perempuan, jadi setia. Yang setia jadi pantang nampak perempuan, ada jugak. Yang pantang nampak lelaki, pun boleh jadi setia. Juga sebaliknya. Yang dulu steady je susah nak nangis, jadi cengeng pun ada. Yang tak pandai merajuk boleh jadi kuat merajuk. Pantang kena usik. Yang dulu tak reti pujuk boleh jadi pandai pujuk. Yang dulu tak pernah fikir perasaan chenta jiwa raga bakul segala macam orang lain pun boleh jadi lebih emo. Kuat cemburu. Yang dulu emo pun boleh jadi tak ada perasaan. Kan? Betul tak? Semua sebab hati disapa TOUCHAHOLIC.

Ahhaa. Manusia. Perasaan boleh berubah bila bila masa je. Sebab tu ada orang couple, putus. Lepas tu senang senang je couple dengan orang lain kan? Susah cari yang setia betul. Macam sorang kawan aku tu :) harap kau dapat 'raih' semula hati dia. Tapi kau takyah la jiwang sangat der -"- aku pulak yang meremang -"-  ada ke dia tanya aku macam mana perasaan orang boleh berubah daripada orang lain, pada orang lain?

Err.. der, gua rasa lu tanya pada orang yang salah. Sebab gua tak pernah betul betul suka kat orang. First couple masa zaman mentah form 1 dulu tu pun gua tak sempat nak suka dia betul betul dia dah buat perangai. So, apa apa pun yang gua suka ni yang first lah. Err tapi tak couple lah. Kah kahh.

Kenapa gua mind benda benda macam ni? Pernah dengar? Kalau kawan, TAK ADA yang namanya "BEKAS KAWAN". Tapi kalau couple, ada je kan yang namanya "BEKAS KEKASIH". Erhh. tak sedapnya bunyi kah kahh :D nak kawan balik dengan ex memang sepatutnya sangat digalakkan. Tapi nak paksa pun tak guna. Dah orang tak nak kan? Ex aku masa form 1 tu, ehehh nampak aku terus dia pusing lain. Takpe la der. Jaga lah girlfriend lu baik baik :D Haa tapi masalah jugak kan kalau macam kawan aku tu punya boy, baik sangatlah pulak. Sampai ex dia terperasan mamat tu nak balik kat dia. Lepas tu sibuk nak gaduh kata kata orang rampas lah apa lah. Sakai je -,- okies~ kawan kawan kawan. Aku nak kawan. Tak nak bekas bekas -"- apsal? Nak kata aku gila ke? Up to you lah. This is my opinion and I'm not forcing you to agree or support this statement. But I hate argument :D okay?

Nak bahas bahas lain tahun la. Tapi boleh bagi hujah yang menentang opinion aku ni ke? Nak bagi argument apa? "Habis kalau dah nikah takkan nak bercerai semata mata nak jadi kawan." Errh? ="=, apsal? Married couple tak boleh jadi kawan? Maher Zain pun kata kat wifey dia.

You're my wife and my friend and my strength and I pray we're together in Jannah.

Uwaa! >< he's so sweet. Lagu ni pun sweet :D haa tak boleh ke? Ahhaa. Kan? I hate argument sebab aku sedar aku ni panas baran and tak boleh bertikam lidah. Aku mesti nak menang. Bila nak menang jumpa nak menang baru betul tu namanya buku bertemu dengan rak buku kan? Susah la macam tu :) sebab tu ada orang tak tahan kalau gaduh dengan aku. Kah kahh.

Ehh tadi Ijat datang naik LC 135 hitam-putih-biru dia! Melt aku kat situ. Pakat je motor tu ada klac -.- kalau tak aku sapu bawak. Gear aku reti la. Klac, kalau tak tergolek sure aku terhumban dalam longkang HAHA motor dia smart! -.- motor pertama yang dia beli guna duit sendiri kan Jat? :D Hitam-putih-biru. Biru dia biru yang aqua metalik. Haa lawa kan? :D

Okaylah. I'm off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar

:D

Assalamualaikum...


Yeahh sakit perut -.- HAHA bebel Hannan aku tak makan nasi sehari semalam. Alah dia pun sama tak makan lagi nak suruh aku makan -.- sudah lah Nan! HAHA semalam dengar lagu Sayang - Shae bukak kuat kuat satu rumah dengar. Lepas habis lagu dengar ibu nyanyi :: Sayyang apa khabbar denganmu :: HAHA sekali imbas dengar macam bunyi Indon. Lawak gila! Semua gelak lepas ibu nyanyi. Hannan, Haziq dan Nabila tidur rumah aku :D

Lepas tu tiba tiba Wan bagi berita mengejut kami nak pergi Wetworld. Okaylah aku ikut. Walaupun tak sebest kat Wonderland Melaka tapi still best. Ramai orang. Crowded sangat. Dan memang boleh bertambah rabun masuk dalam situ. Semua tak tutup aurat woo! Kalau kaki tu lawa takpe! Bulu lebat macam bulu jagung -.- kalau aku spray guna Ridsect ke Shieldtox ke sure gugur kan bulu jagung kau? HAHA apa sehh muka handsome aurat tak reti tutup -.- cancel buat calon suami HAHA ada yang cukup pakej kut sekali smoking -.- memang !@#%^&* HAHA memang tak la kan.

Main air macam budak kecik HAHA Hannan pergi siram burung yang ada kat tepi kolam tu. Kesian tau. Habis terbang HAHA Sakan main air sampai selesema aku datang balik bersin bersin HAHA batuk tak payah cakap la memang tak baik punyaa :D  tapi suara aku dah okay dah. Tak cute macam hari tu :D HAHA memang satu hari dalam tu tak makan nasi -.- hari ni sakit perut pulak HAHA dah la aku p.pain -.- sakit woo! Macam nak bersalin! Hehe okay aku tipu -.- tak pernah rasa lagi sakit bersalin ngahahah! Ibu selalu paksa aku makan sayur kata kalau tak makan sayur nanti lepas bersalin sakitnya worst gila -.- ibu ni! Dah la aku bukan makan sayur sangat. Ada ke cakap macam tu. Bagi aku rasa tak nak kahwin je -.- HAHA habis lah takdenya nak calon calon anak Uncle Kamal ke Auntie Bad HAHA memang tak la aku nak tengok anak Dato' -.- Uncle Kamal tu scary la. Mesti anak dia pun scary. Casanova -.- HAHA jahat aku kutuk orang hehehe :D

Lepas tu balik. Dah penat main air, balik kedai terus ibu suruh tolong masak. Ibu masak sup ayam. Perut aku memang berkeroncong lagu rock je. Takde dah lagu Keroncong Untuk Ana HAHA aku buat sambal kicap. Maghrib ibu suruh balik. Kitaorang tak datang kedai balik then ibu pakced makanan bawak balik rumah. Tapi aku dah tertidur pukul 7.30 tu. Tak solat kan. Tapi volume ringtone phone aku bukak max sebab nanti ada text masuk kang takut aku tak sedar. Dalam pukul 9 ada text. Dia la bagi. Tengah mamai aku reply text dia memang nak taip 'hehe haha' segala. Nampak macam aku suka nampak macam aku gelak walhal aku mamai baru bangun tidur. Dia takde mood kut tu yang sakit hati aku gelak. Lepas tu aku tertidur balik lama baru aku reply.

Aku bagitahu ea. Aku paling tak suka orang tuduh benda yang aku tak buat. Aku tertidur then tuduh aku tak nak reply. Hari tu pun sama. Orang kesian dia penat suruh dia tidur then tuduh orang malas nak layan dia. Apa sehh. Ingat benda tu terus hilang lapar aku. Dah takde nafsu nak makan. Memang tak makan. Dia tanya pun aku bantai jawab dah. Aku kan penipu HAHA so, cakap la benda tipu. Sakit sakit pun gelak je. Penipu sangat kan aku ni? HAHA dah biasa dah kerja kerja tipu diri ni. Takpe. Tak kisah. Esok lusa kan? Esok lusa lah :) Ye ye esok lusa. Seminggu je lagi PLKN. Dah tak payah nak esok lusa sangat. Tunggu je lepas habis PLKN kan senang kan. Masa tu kalau aku mati pun kau tak kisah kan HAHA

Okay, aku nak baca buku. Test memandu bila bila je boleh pergi. Assalamualaikum.

kiryuuasrar

Again in 21.12.2012

Assalamualaikum.


Tadi pagi lepas buat entry, dah tutup lappy segala tiba tiba ayah keluar dari bilik. "Dah daftar. Esok mula kursus. Motor kereta tau." -.- sempat la jugak aku jatuh rahang tiga saat. Baru cakap kat ayah semalam kut setuju nak ambil license -.- tiba tiba ayah bagitahu pagi ni esok Pak Khalid ambil pukul 8 pagi kat rumah. Wha.... Okay lah. Takde la susahkan ayah kan. Ikut pakej je. Ayah dah bayar segalanya aku tinggal tunggu je sebab pergi berhantar balik pun berhantar jugak. Sekali masuk payment. So aku tak boleh nak refuse. Then, okay la. Esok aku tinggal tunggu Pak Khalid depan pintu rumah -.- kita dating kejap yea Pak Khalid yea? Hehehe nonsense -.-

Esok mati sekejap la aku kebosanan dengar ceramah 5 jam tu -.- tak kisah la tu kan. Yang aku kisah sekarang ni adalah nenek buat kenduri esok! Ibu dan adik adik semua dah balik rumah nenek tadi. Dan aku  kena tinggal kat rumah sebab esok pagi kursus. Petang baru balik dengan ayah. UNFAIRRR! :'T nak balik awal jugaaakk. Nak jumpa nenek jugaaakk. Nak jumpa Hannan! Nak jumpa Ayyad :'( *kesat air mata*.


Takpe la. Then, Giatmara aku tak dapat sebab dah full. Okay fine. Takpe. Biha pun kata dah takde rezeki nak buat macam mana kan. Uwaa! Tadi aku nampak Kawasaki hitam putih! Melting siut tengok bentuk dan colour dia! >_< sukaa! Hehehe lepas tu masa pergi BP Mall. Dengan Biha, Tiqa dan Bila. Kita orang teman Tiqa fix netbook. Masa kat motor parking lot aku nampak Suzuki. Tapi tak tahu type apa. But seriously bentuk dia macam Belang S. Tak tahu la -.- sibuk dok 'teman' Biha usha 125 hitam merah tu. Pandang sebelah 125 tu nampak 'Kepala Harimau' HAHA! Kepala Suzuki tu macam Harimau sikit. Sebab tu kut nama dia Belang HAHA kelakar bentuk dia tapi cute. Hitam merah jugak. Smart la.

Kinda macam ni la. Ada tulis Suzuki kat badan dia exactly macam dalam gambar tapi tak perasan pulak ada tak tulis Belang S kat situ hehe aku tengok depan je tak tengok belakang.

Tengok tu kepala dia macam Harimau kan? Agak la. Ke aku je yang perasan macam tu? Hehe. By the way, lawa ke motor ni? Ada la orang tuuuu.... *muncung panjang sikit* suka sangat kat motor niiiii.... *tayang taring lama sikit*. Siap suruh aku belanja kan? Ingat Belang S ni dapat macam beli gula gula kat kedai ke? Seposen dua HAHA tak pun dua singget HAHA ada suruh orang belanja benda 2000 something. Orang mintak Ace baru 700 something tau :D

HAHA banyak aku cerita hari ni kan? Ada lagi laa. Suara aku pun dah makin cute ni. Sakit tekak punya pasal. Dah lama pulak tu batuk batuk. Adui -.- hehe dengan tadi tengok Bila usha motor kat motor parking lot gaya pencuri je HAHA Biha dengan Tiqa dah sampai kat motor dah. Aku dengan Bila je masih usha usha motor. Kalah Si Biha yang minat motor tu HAHA tapi dia minat 125 je. Aku, mana yang lawa aku suka mueheheh :D then tadi beli sandal baru :D Nike. Smart *angkat kening dua kali* Hitam la. Mula mula nak pilih warna coklat. Tapi aku dah nampak hitam, memang tak pandang lain :D

Dan, Ahad ni Kak Zyan bertunang. Erk? Siapa tu? Bila aku ada kakak? HAHA kakak segera -.- acehh orang tu tah nak ke tidak jadi kakak aku HAHA Okay tu je kut :D I'm off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar

Hate it but I like it -.- ahh

Assalamualaikum...


Siapa kat sini suka warna biru sila angkat tangan. Kau? Ouh kau. Kenapa kau suka warna penipu tu? HAHA I used to like it before. Everytime when I see the blue bright sky, it makes me feel peace. Dari darjah satu sampai darjah enam aku rumah biru. Dan sepanjang tu rumah biru selalu nombor satu. Then, aku suka sangat warna biru -.- walaupun sebenarnya bukanlah aku yang menangkan pasukan biru kan keh keh.

Really. Sangat suka warna biru. Naik sekolah menengah, aku nak pilih rumah biru. Tapi cikgu yang tentukan. So, aku masuk rumah merah :) tapi aku still suka warna biru. Sebab langit is everywhere up there. Still peace. Tapi teringat USA cerita Rasulullah SAW tak suka warna biru sebab akan datang nanti, apabila Dajjal muncul, dia akan disambut oleh 70 ribu orang Yahudi yang memakai jubah biru. Kenapa biru? Entah. Dah memang itu yang diaorang pilih. Warna untuk Dajjal. Sesuailah. Penipu.



USA kata warna biru warna penipu sebab memang usually kita susah nak jumpa benda semula jadi yang biru. Paling paling pun orkid sikit. Tulip ada ke biru? Tak kisah la tu. Ada sikit sikit kat badan rama rama kat bulu burung kan. Tapi sikit. Sangat minimum. Hah? Laut? Langit? Hehh, tu lagi satu penipuan.

Apabila kita tengok laut, warna dia biru kan? Tapi kalau kita selam walau sampai dasar mana pun, ada jumpa apa yang biru? Takde kan? Penipu la tu.


Fine, maybe pantulan dari langit? Agaknya. That shows us that a lie lead to another lie :) sebab tu aku suka benda macam ni -.- trick kan? Agak la. Menipu memang best. Tapi orang yang teraniaya, kesian. Banyak jugak aku tipu orang *selamba* HAHA gomenasai :) siapa yang aku pernah tipu? Hehe siapa siapa lah. Sorry ya awak yang pernah ditipu :) tapi biasanya kalau menipu tu time nak gurau la. Hehe berdosa aku -"-, nauzubillah. Mintak dijauhkan lagi lepas ni. Rasulullah SAW dah pesan kalau nak bergurau pun biar benda yang benar. Kita zaman sekarang ni bergurau benda menipu semua. Menganjing segala. Benda kurangajar macam tu tak elok buat. Lagi lagi kat cikgu. Gelar gelar segala. Setakat ni aku tak pernah lagi kut gelar cikgu benda macam macam. Paling takut nak gelar cikgu.
Apabila kita tengok langit, warna dia biru kan? Tapi kalau kita naik ke langit tinggi walau sampai mana pun, ada jumpa apa yang biru? Takde kan? Penipu la tu.


Sila fokus pada langit :)

So, I like blue. Nope I hate it -.- haaaa *gigit bibir bawah*. Okay, I used to like it before, but then I hate it. Tapi masih jatuh cinta pada warna langit!!! ==' tapi kena tak suka jugak kan? It's sunnah buat apa yang Rasulullah SAW buat :) okay that's all.

Ehh! Aku macam dah terminat kat Mukai Osamu :D Ohkura Sho dalam Atashinchi No Danshi :D hari tu robot tu -.- hehe minat je kat yang handsome. Tu je yang mampu. Kawan aku tu sayang orang handsome hari hari makan hati ulam jantung HAHA same goes to yang sayang kat orang yang baik even dia tak lah handsome mana kan. Macam kawan aku lagi sorang tu :) APATAH LAGI yang handsome dan baik sekaligus macam cousin aku kan? HAHA untung la girlfriend dia [girlfriend dia pun cantik]. Eh, girlfriend? Macam rendah je taraf dia. Aku pasti cousin aku tak anggap dia serendah tu. Dah nak tunang kan. Tak mau la kata girlfriend. Memang gaya taraf rendah habis orang lelaki kalau anggap orang yang dia sayang tu macam girlfried atau awek. Bakal isteri sounds good :)

Mukai Osamu. Ehh! Baju dia biru hehehe

Mentang mentang cerita pasal biru, semua nak biru kan? Hehe Okay sambung balik. Dah la cousin aku tu handsome, setia pulak tu. Kalau tak silap itu la girl pertama dari sekolah sampai sekarang dah 20 tahun masih lagi dengan girl yang sama :) gaduh je putus. Tapi sambung balik HAHA! Menangis sebab that girl. Serius lawak je nampak dia menangis sebab girl :D cute gila! Muka dia ala ala Mukai Osamu jugak :) chinese look :) handsome kan? Handsome, setia dan baik. Aku jamin solat dia cukup 5 waktu :D Cayalah kat abang aku ni :D So, bakal isteri dia kena jaga dia bebetul. Kalau tak, habis dia aku belasah hehe aku yakin dia orang okay. Putus sambung putus sambung, memang jodoh kut. Tak pernahnya nak pisah betul betul.


HAHA Okaylah. Tak suka biru :) I'm off. Assalamualaikum :)

kiryuuasrar

Welcome Home :)

Assalamualaikum...


Lagu dalam Zettai Kareshi. Translation dia best. Agak la. About sadness and happiness. Kalau hari tu Piqa bagi Kiseki, aku post benda ni je boleh kan? Panjang -.-

Welcome home, sweet home
A place to go home to (yeah)
Thanks for your love

Pretending to be alright again
to paint out the color of sadness
I just laugh it off

The importance of believing
Even if I understand it
Well, there are times when I still doubt

Times when my empty body
just flows by
It makes me want to just lie down, but
I just want to hold you
These feelings stab through me so I can move on

Welcome home, I'm home
With one word my heart is satisfied
Welcome home, sweet home
A place to go home to (yeah)
Thanks for your love
Sweet home

I used to believe adults think
only of themselves and they are cunning
But there are people desperately trying to go back
Even screaming out loud
I finally realized that

There is no such thing as
one natural happiness in this world
For your sake, I was able to realize that
By carrying these feelings,
I can move on

Welcome home, I'm home
Accelerating the speed of everyday
Welcome home, Sweet home
There will always be this unchanging scenery
Sweet home

Searching for the missing
wound in my heart
The thing that made me fight and go on
Was because there was a “welcome home”

Welcome home, I'm home
With one word my heart is satisfied
Welcome home, sweet home
where love
has a place to go home to (yeah)
Thank for your love

Welcome home, I'm home
It’s alright because you are here
Welcome home, sweet home
keep waiting, because I’m arriving soon
Sweet home

Okay, I'm off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar

Ouhh license -.-

Assalamualaikum...

I wish for you ouhh driving license -.- *muka tak ikhlas*

Dah lama tak buat lebih dari satu entry satu hari kan? Actually pagi tadi ada buat :) now aku bosan so buat lagi :D haishh ibu dah bising bising suruh ambil license. Mummy! Kita tak berani lagi -.- ayah pun kata kalau nak ambil, bagitahu. And ayah bagi dua pilihan je. Sama ada ambil waktu area bulan Dec ni atau tahun depan saing angah. Okies. Tahun depan bukan dah start nak susah ke? Dan, angah tahun depan baru berapa tahun. Mana boleh ambil kereta -.- so aku kena ambil awal la kan?

Favourite car with favourite colour :3

Mula mula ayah kata better ambil dua dua. Aku pun rasa macam tu juga. Tapi ibu takut. Ibu tak bagi. Then ayah setuju dengan ibu -.- tapi betul apa kawan aku kata. In case kalau masa tu ada emergency, then masa tu ada motor je. Takkan nak tunggu kereta sampai kan? So, better dua dua kan? Plus, lebih murah. Aku memang dah boleh ride motor gear tu. Tapi nak start tak past lagi -.- HAHA selalu aku main ride je. Nadia yang start. Hee :D senget kan? Nadia dengki. Selalu kata "takpe aku faham, kaki pendek". Lepas tu dia gelak. Keji! -.- bukan pendek ye! Tak berapa nak panjang aje *muka innocent sambil makan Bueno*

Favourite colour too :3

Nak ambil? -.- takut. Tapi tengok kawan semua dah mula ambil takkan nak tunggu tahun depan kan? So, aku decide nak ambil jugak. But me belum cakap dengan ayah -.- nantilah :) Eka Eya dah test drive dah pun. Aku belum mula satu apa pun -.- takut siaaa *muka gerun* hee Mai dah buat comp driving test dan PASTT! -.- Tun tadi baru nak pergi ambil dan PAST juga! Aku pulak takut failed nak ambil nanti -.- huwaa! Terpaksa lah. Mummy! Daddy! Saya nak ambil license *kelip kelip mata* hee :D

Kawasaki! Really heart black + white :3

Doakan aku tak gigil nak cakap dengan ayah -.- I'm off. Assalamualaikum.

Again confuse -.-

Assalamualaikum...


Nak buat ke tak nak? Hahaa. Aku merasakan aku dalam keadaan kritikal apabila nampak -.- better buat la kan. Jadi benda bukan bukan ke apa aku bunuh orang ke kan haa bahaya kaan? Kut secara tak sengaja aku teraniaya orang ke kan walaupun kadang kadang berniat macam tu -.- okay the dark side of Najwa Saharudin dah keluar ^_^ better buat ek? Daripada terlaksana kerja menganiaya orang :) ehehh tahniah Fariz. Takde pun mutual -.- untung la bini kau tak suka dia. Dengar cakap kan? Okay nice. Okay feel like gua pun nak lakukannya but rasa bersalah laa -.- nanti orang fikir apa? Haishh buat salah tak buat salah -.- okaylah fine. Better buat :) *peace*.

Jom tengok Zettai Kareshi :D

01 model from Kronos Heaven. Created by Gaku Namikiri :)

Zettai Kareshi is absolute boyfriend. Dimana sebuah lover robot model 01 dicipta oleh Gaku Namiri :) untuk test kehebatan 01, dia pilih Izawa Riiko jadi girlfriend robot tu. Riiko pilih ciri ciri boyfriend yang dia nak, semua ada pada robot tu. Dia bagi nama kat robot tu, Night. Masa mula mula sampai, Riiko terkejut. Ada orang dalam kotak HAHA padahal tu robot. Nak aktifkan dia kena kiss. Then, bila dah lama lama kerja, dia dapat bos baru. Nanti dia jatuh cinta kat bos dia, Asamoto Soshi. Soshi pun suka dia. Tapi tak tahu yang Night tu robot. So, dia tak cakap dengan Riiko yang dia suka.

Gaku Namikiri [pencipta 01]

Then, kawan Riiko, Mika jealous dengan Riiko sebab ada boyfriend hebat macam Night. Dia tak tahu yang Night tu robot sebab Riiko tak boleh bagitau orang pasal robot tu. Nanti dia kena bayar pampasan. Mika tu suka suka je kiss Night. Lepas tu program Night shut down. Lepas tu reformat, dia ingat Mika girlfriend dia. Riiko dia lupa terus. Then, Riiko nak ambil balik, terpaksa la dia kiss robot tu lagi. Sebenarnya dia tak kisah sebab dia tak suka pun Night tu. Tapi memikirkan yang 100 million yen dia terbang sebab robot tu, dia kena ambil balik. Then, ada ke patut Night tak nak bergerak sebab dah janji dengan Mika yang dia akan tunggu dan takkan keluar dari restoran. Walhal restoran tu dah separuh terbakar. Mika datang lambat.

Asamoto Soshi [Mizushima Hiro]
Tenjo Night [Hayami Mokomichi]
Izawa Riiko [Aibu Saki]

So, Riiko reboot dia balik. Kena kiss la. Yang peliknya, sepatutnya lepas reformat memory Night hilang terus. Tak ingat Riiko tak ingat Mika. Tapi lepas dia bangun balik tu dia sebut nama Riiko. Namikiri sendiri terkejut yang Night ingat Riiko. Lepas tu, model 02 dicipta oleh sceintist lain dalam syarikat Kronos Heaven jugak. Musuh Namikiri tuu -.- aku pun tak suka hehe 02 diberi nama Kurosu Toshiki. Fungsi sama. Tapi more superior than 01 in every way. Lepas tu Night dengan Toshiki gaduh dapatkan Riiko. Riiko nak kena langgar dengan kereta. 02 tu power sangat so dia boleh fikir, kalau dia selamatkan Riiko, nanti dia pulak kena langgar kereta then, mati. So, dia berhenti. Night yang selamatkan Riiko. Toshiki tu bengong. Walhal dia yang cakap, robot yang tak dapat selamatkan Riiko bukan robot yang hebat -.- Then, dia dishut downkan :)

Toshiki vs Night tapi masa ni diaorang nampak kereta laju nak langgar Riiko

Night selalunya bergerak di bawah program. Tapi lately, dia dah tak langsung ikut program dia. Senyum Riiko buat dia happy. So, dia nak selalu buat Riiko happy. Badan dia panas then dia pegang dada dia masa dengar Soshi bagitau Riiko yang dia suka Riiko. Suka sama suka. Tu dia cemburu. Tapi dia ingat tu di bawah program. So, dia biar, Badan dia panas gila. Namikiri kena tangkap sebab tak report pasal perubahan 01. 01 kena tangkap untuk dihapuskan memory. Tapi dia bangun sendiri tak bagi hilang memory. Lepas tu Riiko decide nak jaga Night. Tapi Night tahu dia akan mati terus tak lama lagi.




Tinggal 50% masa dia hidup, dia dating dengan Riiko. Kumpul banyak banyak memory dengan Riiko. Riiko ada buat skarf lambang N bagi kat Night. Masa Riiko tidur, tinggal 1% je. Then, dia tinggalkan Riiko and jumpa Namikiri. Dia pesan banyak benda kat Namikiri then say thanks cipta dia. Namikiri nak fix dia sebab dia dah sayang robot tu. Tapi Night kata dah tak guna. Main chip kat kepala dia dah terbakar. Then, dia mati. Sebelum mati dia ada rakam pesanan untuk Riiko and bagi surat kat Soshi suruh jaga Riiko and laksanakan impian Riiko jadi pattisier. Then, Soshi dengan Riiko pergi Paris belajar buat pastri and jadi bakal jadi pattisier berkat pertolongan Masahi, abang Soshi yang mula mulanya sombong nak mati. Aku tak suka dia -.- HAHA.

Tenjo Night disimpan dalam kotak lepas dia mati

Biasa la, ayah lawan anak HAHA pencipta dia ni handsome jugak kan? :D

Skarf yang Riiko bagi kat Night

Sedih gila kut cerita ni. Aku pun menangis tengok :') Hee okay I'm off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar

I was wondering

Assalamualaikum...


Hey, there! I was wondering is there any thing that can turn the time to three years back. The timeturner maybe. I just want to do something before someone else did. Then I will not feel like this. Ah yes it's just a past and a memory. Hating and being hated. I really hate the hatred. Feel like I'm useless. Being hated by hater is just a disgusting matter ever happen in my life. I really don't want it to happen. It just happen :) Really really don't want the hatred. Yeah I learnt to forgive but I just forget to learn how to forget. Tadi baca blog orang.

She said "Orang cakap past is past. Past make us strong. Past tu tak perlu di ingat. Yaaa, its true. But past is what we now."

I agree with her :) Macam macam aku fikir. Benda yang dah jadi Sejarah buat apa nak diingat lagi kan? Subjek yang paling tak disukai malah dibenci. Heheh nice la Azeem :) history and we both hate that thing -.- but we have to remember this too. If there's no history, then we're not getting like this :) Hey youu! Thanks then :) but I really don't want the hatred :) macam mana ek nak buang? Nak aje aku tempah amnesia bagi tak kenal semua orang kecuali orang orang tersayang. Boleh ke? HAHA

Eh, tadi aku jumpa Mai! One of my orang tersayang :D It's been three years tau I'm longing for this time ^^, dia ambil driving test. Aku tak lama lagi :D Sangat sangat sangat tak sangka akan jumpa dia :) Huwuwuu. Miss her lot! Makin cantik dia sekarang. Dia kata aku makin kurus -.- OMG [Ouhh merepek Giler]! HAHA kau perli aku yea Mai? Aku tahu aku makin gemuk -.- dalam misi mendapatkan berat badan yang ideal -.- since aku ni pendek HAHA! Okay tu aje :)


I'm off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar

Sayangku Ainina

Assalamualaikum...


Jyeahh! Berkurun aku mencari idea nak buat cerita berkenaan Amir dan Ainun :D ngehehehh takde idea maa. Kau bayangkan dari sebelum trial aku dah terfikir nak buat tapi disebabkan kekangan masa dan tenaga [aceh ceh poyo], semalam baruku siapkan [Okay sila tepuk tangan] Terharu sangat cerita yang tak best langsung ni dapat disiapkan *kesat air mata*. Aku buat tanpa berfikir apa apa. Menaip ikut suka. Wahaha memang tak bestlah cerita ni. Tapi Ainun kata best -.- nak amek hati member HAHA dia kata geli dia baca tapi best. Senget kan Si Ainun tu.

Actually tajuknya MINI selamanya. Sebab Amir dan Ainina kan? Hehehe tapi tajuknya macam tak kena maka aku tukar on the spot semalam :) maka terciptalah Sayangku Ainina :D Lepas tu, aku terfikir balik. Aku ni sebenarnya kurang gemar tajuk yang ada unsur-unsur nama orang ni. Tukar lah. Hahaha maka terciptalah Saya Untuk Awak

Haiyoo rajin dia mencantum nama kan? Simbol Amir dan Ainina jadi MINI. Aizat dan Adilah jadi AILA. Ikhwan dan Farhana jadi WANNA. Ikhwan dan Afiqa jadi WAFI yang bermaksud setia :D [tengok la siapa yang buat] *angkat kening tiga belas kali laju laju*. Parents Piqa, dia buat jadi AIRA sebab Rahmat dan Ainon kan. Parents aku Zahar sebab Ezah dan Sahar. Maknanya bergemerlapan. Wooo bergemerlapan kasih sayang ibu ayah aku. Always. Amin hehehe :D Najwa dan A... lalalala ada apa? HAHA :b haipp budak kecik tak payah tahu. Hehehe merepek dah kaann.

So, itulah tadi cerpen baru aku :D Saya Untuk Awak :) silalah baca. Nak baca boleh klik link Sayangku Ainina tu. Saya Untuk Awak tu pun boleh. Enjoy. I'm off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar

Sketchtoy

Assalamualaikum...


Hyepp :D Harini aku dapat sketchtoy dari sorang member ask.fm :D cute tau! Hee nak tengok? Klik sini http://sketchtoy.com/6615849 haha cute je kan? Aku reply lebih kurang gitu je :D dan ada buat sketchtoy yang lain. Bagi kat orang hehe :D kejap lagi aku share :D

This is for my parents :D aku hantar kat fb ibu tak tahu lah perasan ke tak :D

http://sketchtoy.com/7051662

Kecik kecik dulu selalu tulis N terbalik macam tu Heee :D

Ini for 5KAA yang always dirindui :D


Untuk Aina dan moon, birthday diaorang harini kaan.




HAHA haishh semua buruk sehh :D ni yang aku bagi kat Eka, Eya dengan Izzul :D



Hanya kami je tau apa itu Skudey dan Buduwey HAHA!

Kacau Izzul HAHA bosan kaaannn  http://sketchtoy.com/6995092

Ni aku bagi kat Piqa, Mai dan Tun :D hee




Hee dan ini.. semalam kaann ada orang tu merajuk dengan kitaa -.- tapi tak jadi pujuk sebab dia suruh confess. Haaa takde kerja! Aku confess bahasa Dutch aje! Hee lantak la dia faham ke tak :D


Confession :D


Biar dia terbelit lidah dan otak HAHA! :b

Tu je kut :D I'm off. Assalamulaikum.

kiryuuasrar

12/12/12

Assalamualaikum...


Hey, babes HAHA now dah 3 a.m but aku still tak boleh tidur. Apa masalah mata aku? Itu jangan tanya aku sebab aku pun tak tahu apa dia jawapannya. Sekadar menghilangkan bosan. Ehh! Aku jumpa facebook dia! HAHA senget tak? First calon suami aku dari matchmaker mak dia sendiri. Memang lawak gila. Haritu main coin dengan Piqa. Godak godak segala syiling yang ada dalam mangkuk tu, pick one and tengok syiling tahun bila. Then Piqa tanya apa jadi masa zaman tu. Okies. Ini dia jawapan jawapan aku :D

1995- Aku lahir.

1996- Aku setahun dan tak ingat apa apa.

1997- Aku dua tahun tak ingat apa apa juga. Masa tu Wan lahir. Aku dapat adik baru :D

1998- Aku tiga tahun. Tak tahu apa apa juga.

1999- Aku empat tahun. Entah tak ingat apa apa.

2000- Lima tahun. Dapat adik baru apabila Aie lahir.

2001- Enam tahun, masuk tadika dan kenal Mirza Maisarah :D

2002- In standard one masuk sekolah semua perempuan dan kenal Tun Azshafarrah :D

2003- Darjah dua. Kedai ayah aku baru buka :D

2004- Arwah Tok Bah meninggal :') aku rapat dengan Tok Bah dan Ain. Aku darjah 3. Baru lepas main kat taman.

2005- Darjah 4 aku satu kelas kat sekolah agama sekali dengan Eka Eya Ijat and Zakwan. Pernah jadi kat korang tak sekali satu kelas dengan sepupu sendiri sampai 4 orang? HAHAHA tapi Zakwan tu kira kes berkecuali sebab dia dua pupu aku. Bukan sepupu :D dia one nine in 2012 ni. So atas dua tahun dari aku la ni. Dan aku dapat adik baru apabila Nana lahir :D

2006- Darjah 5 apabila ada orang jadi matchmaker [Mak Zakwan] kata aku nak dijadikan menantu -.- dan aku menangis malu masa tu. Sejak tu kalau nampak dia aku lari! Hehehe

2007- Darjah 6. Tok mak dan Atuk meninggal dalam tahun yang sama :') Dapat result UPSR dan pisah dengan kawan kawan.

2008- Form 1. Terkilan kat sekolah baru tu takde kawan dari sekolah lama langsung langsung dan aku jadi liar sekejap sebab takde orang yang nak kawan dengan aku yang tak reti bercakap ni. Aku bagi hadiah paling teruk kat ayah :( sampai sekarang I still feel like macam bodoh je aku punya tahap kemalasan dan ketakgunaan tu tinggi melangit masa tu. Pity my parents dapat anak tak guna macam aku masa tu. HAHA percaya atau tak, aku hampir dibuang sekolah :D cikgu kata nasib baik aku pandai kalau tak memang kena tendang je dari sekolah tu. Berguna ke Najwa ni? Tak kan? Itulah kenyataan. Aku takdelah baik mana. Campur lagi dengan budak lelaki. Main galah sama sama main ronderst sama sama. Fikir aku takde apa yang best je kat sekolah tu. Nothing. baik mana je Najwa ni? HAHA believe it or not aku memang tak guna masa ni dan 2008 adalah zaman gelap bagi Najwa Saharudin :) tahun kenalnya Mai dan Aime :) Kenal dan dengan bodohnya terima Acit masa dia propose :I that's it kan aku dah kata aku ni kategori bodoh lagi zaman ni. Form 1 dah gatal nak couple kann? HAHA tapi aku tak sempat nak suka dia pun and I'm glad it happened! -.-

2009- Form 2. Aku try ubah diri aku jadi lebih baik. Try to be a good girl kat sekolah tu walaupun malu nak jumpa batchmates yang tahu kes aku yang tak guna ni masa tu :) HAHA masa tu budak lagi dan baru aku perasan yang aku sangat lambat nak matang -.- HAHA tahun kenalnya Azeem dan Ifwat :) dalam waktu terdekat Acit buat hal dan kitaorang clash dengan senang hati sebab aku belum sempat pun nak betul betul suka diaa. Dan... takkan nak confess kat sini. Gila? HAHA aku mula suka orang tu tak tahu bila dan tak berani confess.

2010- Form 3. Tahun nak PMR dan masa tu tahu sesuatu dalam aku tak reti nak confess tu. HAHA best la. Nasib baik tak effect apa apa kat  result aku ke apa :)

2011- Form 4. Ehh? Kejapnya aku dah form 4? HAHA okay berlaku peristiwa kawan semulaaa dan aku confess kemudian peristiwa putus ituuuuu then terjadi juga tragedi budak bodoh [aku] cari pasal dengan orang tak pasal pasal HAHA

2012- Dan sekarang. A one seven girl yang entah bila lagi nak betul betul matang dalam buat keputusan untuk hidup dia :) hey dude. Jangan ingat senang nak tentukan hala tuju. So study hard and smart :) okayy :D

Lepas main game tu, aku capai whiteboard marker conteng nama Fariz atas meja. Dan aku tanya Piqa yang masih dengan muka innocent tu. "Kau tak cemburu ke aku quote nama Fariz banyak banyak macam ni? Kalau aku girlfriend dia, aku jealous tau orang quote nama orang yang aku suka banyak banyak macam ni even dia kawan aku sendiri. Even kau yang kakak aku ni pun." HAHA aku tahu Piqa mesti tak tahu yang aku pernah cemburu dengan kawan kawan aku :D

Piqa buat muka bodoh je. HAHA innocent betul muka dia ni. Nak lempang boleh tak? Boleh kena saman ke? Fariz nak saman aku tak kalau aku lempang bini dia ni? HAHA aku tahu dia cemburu even dia couple dengan Fariz pun boleh dikatakan dengan alasan tak sengaja. Dan dia tak nak pun mengaku yang dia suka kat Fariz even obvious aku nampak dia dah mula suka. Ingat aku tak ingat ke muka dia masa bagi aku phone yang Fariz call aku tengah nangis seru nama Fariz mintak tolong tu? HAHA muka cemburu. Tapi tak mengaku. Aku tahu dia sembunyikan feeling dia tak nak aku tahu yang dia dah suka Fariz. Tapi, nak buat macam mana kaaann. Aku dah perasan punn :b hahaha obvious tahuu? :D

Masa aku quote nama Fariz tu la Zakwan datang. Masa tu aku menjerit sebab puas hati dengan apa yang aku tulis. Nama Fariz dengan Afiqa. Terkejut muka Zakwan masa aku menjerit tu kah kahh sungguh la lawak muka dia HAHA dia tanya samada ayah atau ibu aku ada ke tak kat kedai dan memang masa tu both parents aku takde kat kedai HAHA so, okay. Masa nak blah dia kata Bye HAHA macam lawak tak aku tak pernah pun tegur dia walaupun kitaorang hampir dijodohkan. Dengan aku selalu lari kalau dia mahupun mak dia datang. Sejak mak dia jadi matchmaker aku masa darjah 5 tu aku terus tak nak jumpa family dia. HAHA impak yang sangat besar kan? Punya la aku tak nak nikah dengan dia HAHA walhal masa tu aku menangis sebab malu gila. Then sejak aku lari lari tu, memang tak nampak dia sampai la aku tak lari lari lagi dan kalau dia nampak aku mesti dia senyum angkat tangan kata Hai kat aku HAHA lawak tak? Ni hari tu dia datang kedai lepas dengar aku menjerit dan dia bagi riak muka terkejut sekali say Hai macam tu HAHA lawak. Masa nak blah dia say Bye Wa pulak. Ajaib tak? Aku tak pernah tegur dia kuttt -.- haha kes dia la ni yang aku kena sound masa darjah enam.

"Jangan ganggu Zakwan lagi." Crap! Aku tegur mamat ni pun tak pernah laa you girl! Please lah! *gaya pondan* Dia ni dua pupu aku. Dan aku tak pernah nak tegur dia, maka apakah kerelevenan kau nak sound aku macam tu? Kah kahh lawak siuutt. Dan walhal mamat tu masa tu ada girlfriend lain agaknya yangentahsiapasiapaentah masa tu boleh pulak kau suspect aku perempuan tu. Hello aku masih innocent masa darjah enam tu okayy! *sekali lagi gaya pondan* HAHA. Lawak je.

Dan harini aku jumpa facebook dia atas bantuan Jaja aka cousin terchenta. Dia memang kawan agak rapat dengan Zakwan. So dia tahu. Haa aku tak tahu punn -.- hahaha punya lah beria mintak fb Si Zakwan tu sekali dapat, tengok gambar dia memang aku terus meremang bulu roma. Fobia lama datang lagi HAHA dan akhirnya aku TAK ADD sebab aku takut lagi tak berani HAHAHA okayy sekian. Tu je cerita aku sebenarnya. Sekarang dan 4 pagi dan rasanya aku macam dah mengantuk :D I'm off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar

Confuse

Assalamualaikum...


Macam mana nak jadi baik? Aku terasa diri makin jahat. Entah la. Aku sendiri tak faham. Kadang kadang rasa macam ajal dah dekat tapi masih lagi bodoh tak perasan dosa yang hari hari dibuat. Why? How to prevent? Susahnya. Kenapa ek? Lawan ibu, lawan ayah, kacau orang, cari pasal dengan orang, fall for someone. Semua tu aku cuba nak ubah. Entah la. Tak tahu macam mana.

Ya Allah, please help this servent in finding You again. I really want You to forgive me my sins since I was born. And alhamdulillah for creating me in the form of Muslim human. Ya Allah, Kau berilah hamba-Mu kekuatan. Kau bantulah kami mencari-Mu, Ya Allah. Sedarkan kami, Ya Allah. Sedarkan dia. Sedarkan kami, Ya Allah.


kiryuuasrar
 
This blog is fully designed by Cik Wawariang.