Cara dapat topup free :D

Assalamualaikum...


Cara nak topup free. Aku dapat daripada member yang kerja kat kedai phone kat area area sekitar sini. Duduk berborak dengan dia aku pun korek lah rahsia pasal handphone ni. Last last cair jugak dia *gelak keji*. Dia pun bagi tahu lah aku cara cara nak mereload prepaid ni secara percuma. Okay, cukup panjang intro kan? Sila baca keterangan dibawah ni untuk kegunaan sendiri.

Untuk semua talian 012, 013, 016, 017 dan 019, anda semua selepas ini tak payahlah pergi ke kedai handphone lagi untuk mereload prepaid anda. Di sini ada cara untuk mereload handphone dengan cara yang quite illegal. But this way to reload topup hanya boleh digunakan pada 20 hingga 30 haribulan pada setiap bulan. Sebab setiap talian ini upgraded pada masa masa macam ni.

Kay, kepada pengguna talian 012, 013,016, 017, 019, dail 1415007 and tunggu dalam 5 saat. Kauorang akan dengar seperti bunyi bising, tunggu sehingga bunyi tu hilang then dail 9151. Kauorang kena tunggu 3 saat dan tekan nombor telefon kauorang . Anda akan dengar dia cakap "please insert your pin number". So, masukkan nombor ni.

011785 45227 00734

Tunggu selepas dia kata nombor pin diterima, lepas tu kauorang dail 0405 untuk KL dan Selangor , 0406 untuk kawasan semenanjung lain dan 0409 untuk Sabah Sarawak. Nanti kauorang akan dengar "for airtime topup press 1723". Lepas dail nombor, kauorang kena tekan nombor telefon kauorang sekali lagi. Tunggu lepas bunyi bising tu habis, dail 4455147 diikuti 146 selepas 5 saat. Dah? Okay, lepas beberapa saat, kauorang akan dengar "your pin number is accepted". Kauorang terus dail 1007 and kauorang akan dengar "your key number is accept". Terus dail 4566 dan kauorang akan dengar "your password is accept". Lepas tu terus dail nombor phone kauorang dan kauorang akan dengar "kepala hotak kau berjambul! Kat dalam dunia ni mana ada benda yang free. Zaman sekarang ni masuk toilet pun kena bayar 20 sen tau. Dahlah pulak minyak dah naik 30 sen. Banyaklah kau punya FREE!!"

Lepas tu kauorang pun terus matikan handphone kauorang dan akan kata "jahanam punya orang yang post entry ni!". Kah kahh! Sudah lah pi balik buat kerja masing masing. Aku pun terkena jugak -,-' LOL *sengih geram*. Nasiblah ye? Kah kahh.

kiryuuasrar

Bilik ouh bilik

Assalamualaikum...

Mangai punya gila Korea tuan punya bilik nih -,- kah kahh

Hari ni sepupu aku yang kuat nag lagi demand dan fussy soal kerja kerja perempuan nak tumpang tidur rumah aku -,-' masaklah gua kena bebel hari ni -"- bilik gua tu dah sebulan kot tak berkemas *ahak ahak* amboi banyaknya habuk dalam bilik aku ni! Fuhahaha! Malasnya nak kemas *muka toya* karang aku kemas lawa lawa, adik aku Si Nana tu dengan baik hatinya tolong kembur balik dan -"-, aku lagilah yang kena kemas! Takkan ibu aku? Ayah aku? Bilik sendiri pun ibu aku yang kemas. Adik adik aku? Lagi tak boleh harap. Hampeh derr.. Kah kahh *geram*.

So, saje je update pasal benda ni. Kah kahh. Aku nak kemas sikit lagi. Teddy aku yang comel tu dah tertonggeng dah adik aku buat grrrhhh ="=, kesian dia dan aku telah balas balik dengan mentertonggengkan teddy dia yang tak comel tu pulak *muka* kah kahh. Okaylah! :D assalamualaikum.

p/s: sangatlah lawak bila spect bingkai penuh lekat kat muka aku -,-' siapalah suruh tak jaga baik baik spect lama tu? Yang pergi kasi patah buat apa? -,-' Kah kahh terpaksalah pakai spect bingkai penuh yang ayah pilih ni. Maklumlah aku nak pilih design tak nampak masa tu. Kah kahh last last ayah pilih dua dua bingkai penuh. Yang ni okaylah jugak jenis biasa. Dapat yang satu lagi, skema habis tebal nak mati bingkainya -..-' untunglah wa kau ada ayah yang trendy :) tapi tak nak pulak kan beliau belanja aku Galaksi ="=, *kembali merajuk* haha merepek. I'm off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar

Ketidakpuashatian

Assalamualaikum...


Erk? Haha! Kau jangan salah faham. Bukan aku nak kawen! Ni dah desperate takde gambar lain yang lawa.  Lama lagi kot aku nak kawen! Lagipun takkan nak nikah kat sini? Laki aku kot nanti yang jumpa ayah aku. Aku takde kena mengena pun! Lagipun biasanya duduk bersila kan? Bukan berdiri tepi pantai kan? Kah kahh. Okay, abaikan :D Cukup panjang kan intro tu walaupun sebenarnya intro ni takde kena mengena langsung dengan tajuk aku tu... kahh dan ada tak sekarang kauorang pulak yang ada rasa tak puas hati dengan aku? Kekeke :D

Okay, ada sedikit ketidakpuashatian di sini. Kepada awak yang terasa tu sorry lah yea. Tapi tak kot sebab saya rasa awak sendiri tak tahu tentang kewujudan blog saya ni melainkan classmates saya bagitahu kat awak. Awak, meniru dalam exam tu salah wak. Saya rasa lebih baik awak hentikan kerja macam tu wak. Awak lulus subjek tu dapat A1 pun bukan berkat wak. Cikgu percaya awak, awak jangan musnahkan kepercayaan cikgu, wak :D kita kawan kan wak? Kawan kawan awak yang lain yang sekepala dengan awak pun tak meniru kenapa awak berani sangat? Saya tahulah awak GreatTroublemaker alaf baru but cuba kita 5 KAA sama sama jadi GreatTroublemaker yang membawa berkat sikit. Paling paling nak buat dajal kat sekolah pun biar la buat trouble yang bermaruah sikit kan? Bak kata Hlovate...

Don't trouble the trouble if you don't want the trouble to trouble you :D

Orang lain pun tahu soalan tapi takde la sampai bawak jawapan masuk dewan exam wak. Saya ngaku saya dapat hint soalan yang tepat tapi takde la sampai saya bawak benda alah jawapan tu masuk dewan exam wak :D berubah ea wak? :D semua orang tak puas hati awak buat macam tu. So, awak kenalah ambil hati kami semua ni balik :D kita belajar sama sama. Kita lulus sama sama. Kita jaga kepercayaan cikgu sama sama. Kita dapat keberkatan sama sama. Kita dapat straight-A1 sama sama. Kita berjaya dunia akhirat sama sama wak :) 

Jujur ea wak? Saya rasa lebih baik tak lulus tak meniru daripada A1 meniru. Kan? Kita sama sama jujur kita sama sama jaga semuanya dan jaga nama baik Great Troublemaker from 5 KAA :) sama sama ea wak? Saya sayang semua kawan kawan saya. Saya takde bestfriend yang rapat. Yang rapat dengan saya saya tak panggil friend, saya panggil sister :D dan saya takde bestfriends :) so, saya sayang semua kawan kawan saya :D we all live in 5 KAA with Allah's blessings kan? Kita semua harap macam tu kan? So, change for your own good and ours too :D

Sometimes we should change for our own and other's good. May Allah bless you and all 5 KAA members always :D

kiryuuasrar

Kehh Dengar Jelah lagi :D

Assalamualaikum...


Blog aku semakin lama semakin jiwang. Kah kahh. Lagu ni sedap. Aku peduli apa orang nak kata apa kan? Hehe. Lagu je. Takde kena mengena dengan hidup aku. So, lagu ni.... memang best kan? Ngeh ngehh. Dengar jelah :D I'm off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar

Jyeah!

Assalamualaikum...


Annyeong haseyo, minna! v[^o^']\ haha jangan ikut tabiat ini ye. Merosak bahasa namanya. Greeting pakai Korea bahasakan Jepun. Hee~ entry ni pendek aje.

Nak update tapi tak tau pasal apa. Aku cerita pasal ni je la ea. Aku stalk result Mr.Starish tadi. Lalala~ haha. Gila kejam tak? Serius boring. Waktu tengah hari gini kalau belajar memang dah tak masuk la. Membazir masa je belajar. Pukul 4 nanti baru sambung balik. So, now boredom is in the air~ [sempat pulak kau nak boring boring Najwa? SPM 6 minggu lagi!] Lalala~ haha.

Dah tu je la aku nak citer. Haha! Tapi aku dah warn dia awal awal lah. Kalau tengok result aku jangan gelak. Haha. Nasib lah dia kat hostel lagi. Tapi masa aku warn tadi dia dah gelak dulu. Keji gila weh. Macam ni "heheheee~" siut tak? Haha. Nasib baik aku suka kau kalau tak dahku post kasut B.U.M lawaku ke hostel sekolahmu. Hahaa.


Ahhaa. Free aku kena gelar penceroboh hari ni. Cehh! Dia ceroboh aku punya boleh. Aku tak boleh. Mana aci kan? Haha. Okaylah. Pentel sharplet.5 off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar

Nothing

Assalamualaikum...


Hari ni ada sekolah ganti but 5KAA yang ada hanya 8 orang termasuk aku. Yang lain pergi seminar kat Hotel D'Impian Parit Raja tu. Then kami satu harilah tak belajar. Hahaa. Mula mula PJ. Puan Choo ajak main kejap je. Lepas tu angin kuat. Tak dapat main so kitaorang duduk kat seats penonton. Bual bual lepaskan tension habis trial sambil ambil angin. Gila kuat woo angin sampai sejuk tangan aku.

Lepas tu tiba tiba bila angin kuat gini Puan Choo nak tanya kitaorang pasal application Bernoulli's Principal. Kenapa kalau angin kuat boleh menyebabkan bumbung atau payung terbang? Ngaa! Nasib baik aku ingat. Kyahaha. Bila velocity increase pressure decrease. Angin kuat atas bumbung, so pressure rendah. Bila ada perbezaan pressure, force akan terhasil. So, dari pressure tinggi ke pressure rendah kan? Bumbung terbang la. Haha. Tapi dalam exam kalau jawab pakai bahasa aku ni, cerahlah masa depan. Bhahahh.

Then Kimia, Puan Hanim tak ada. Pergi seminar jugak. Kitaorang lepak padang sampai rehat dengan angin kuat kuat tuu. Lepas tu story lah macam macam. Ada budak sound aiEn kat blog dia. Alah maklumlah. Budak hot. Memanglah macam tu. Budak hot versus budak hot. Haha aku tak jumpa pulak blog budak tu. Tengah cari ni. Facebook dia pun tak jumpa lagi -,- haha. aiEn lah tak pulak dia nak share. Nanti aku cari ea aiEn ea? ^^,

Lepas tu rehat. Kantin macam biasalah. Langsung langsung LANGSUNG TAK MEMUASKAN HATI. Dah lah makanan sikit. Tak ada apebende pun. Memang kebulur aku kat kelas tu. Then dah habis rehat, buat latihan sikit, duduk sebelah Dila bawah kipas kat tempat Syaz [mentang mentang orangnya tak ada haha]. Lepas tu main lappy. Hee :D mintak Poseidon dengan Running Man dari Moon. Moon pun bagi. Wana dengan Nanee dah hanyut dah. Sampai balik kitaorang bercerita itu ini. Puan Nik pun buat dono je kitaorang pun bermaharajalela lah. Kah kahh tapi still behave okay! Kelas lain belajar macam biasa. So, respect should be the first in 5KAA. Then, baliklah.

Sampai sekarang aku tunggu something but something tu tak sampai sampai lagi. Dah rasa macam nak swing aje ni. But, senyum itu sedekah kan. Tunggu je. Kalau tak petang malam mesti sampai punya. Insya-Allah. Tu pun kalau dia masih sedar aku ni wujudlah. Kot kalau dah jumpa duyung yang lain mana nak nampak aku yang bilis ni kan. Okaylah. Pentel sharplet.5 off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar

The Friday -,-

Assalamualaikum...


Pagi tadi masa Program Budayakan Al-Quran, kitaorang baca yaasin untuk arwah isteri USA [Al-fatihah]. Meninggalnya semalam kat hospital. Kesiannya. Dah la ustaz pening dengan kerenah kitaorang, markah exam lagi, alhamdulillah anak ustaz yang baya kitaorang tu habis exam semalam jugak. Kalau tak macam mana ek? Kuasa Allah kita tak boleh pertikaikan. Subhanallah. Allahuakbar. Cantik perancangan Allah.

So, hari ni takde apa yang best. Cuma dah dapat BM. Hoo teruk loh aku -,- terlupa buat penutup rumusan. Lalala. Haha. Lepas tu aku punya tatabahasa semua lingkup. Peribahasa aku terbalik. Then, aku dapat B -,- kah kahhh tepuk tangan sikit! *applause* jyeahh! Haha.

Math, aku target 70 sebab banyak aci taram aje -,- haha dapat 82 je. Kah kah kalau aku tahu, target 88, dapat 100 ehkeke. Sejarah belum dapat tapi..... hee :D tapi hari tu cikgu kesayangan aku personally jumpa aku, beliau kata...

"Sejarah awak meningkat dengan baik."

Lalala~ haha! Sambil tersenyum comel Puan Adibah berkata :D Bagi budak yang buta Sejarah macam aku ni haruslah happy gila! Kah kahh. Dulu markah aku standard 50 je. Lalala~ pandailah katakan. Yang ini mungkin meningkat kut tinggi sikit. Haha. Mungkin sebab aku sayang cikgu Sejarah aku ni lebih kut. Hee :D serius dalam banyak banyak cikgu kat sekolah tu beliau je yang aku masih sayang gila sampai sekarang dari form 3 beliau ajar kitaorang BI. Hee :D so, tu kot faktornya. Dan yang lebih penting, FOR THE FIRST TIME sepanjang aku pernah belajar Sejarah dari form 1 sampai sekarang, ni lah FIRST TIME aku baca buku Sejarah betul betul. Haha! Parah tak? Aku memang mindset kat kepala,

Sejarah... fakta... ngantuk... tidur... result hancussss. Haha!

It's Najwa *buat kening double-jerk*. Paling benci benda fakta dan subjek yang mesti membaca. Lalala~ haha. Okay kecuali Bio. Aku tak suka baca macam mana pun aku tetap suka subjek tu tak tahu kenapa. Haha. Okaylah. Chow. Pentel sharplet.5 off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar

Rubbish mumbling

Assalamualaikum...


Minna! *senyum bersinar* haha dah macam artis pulak. Erkk? Bhuurrr *vomit* kah kahh. Ni entry KETIGA hari ni :) Entry ni paling panjang kut. Haha. Okay, this entry is just a rubbish mumbling whereas boredom is in the air *juling mata ke atas*. Trial just passed just now and I'm getting even more scared to think how the results soon. Ouhh dah la trial tu penting. Tahapehape je yang aku buat. Apahal hah? Apa yang tak cukup lagi ni, Najwa? Parents kau bagi segalanya tak cukup apa lagi? Tak reti reti nak balas jasa?

Erhh -"-, aku target matriks je aku peduli hape. Orang nak kata matriks tu tempat buangan pelajar pelajar lepasan SPM pun aku peduli hape? Kalau amek medic PALING PALING pun 4 flat apa tak kita kena belajar macam nak mati jugak ke? Dah la aku ni spesies orang yang tak reti nak bukak buku bila dah kat rumah -,- tapi bidang tu jugak yang aku nampak aku minat -"-, [macam ni punya jenis orang pun ada ke?] Peduli hape aku dah beli borang mohon dan dah isi borang mohon pun dan... tunggu final resultlah. Thought I won't choose that course -,- bikin mati brain cell gua aje [hee cerita tipu ni. Mana ada orang mati sel otak sebab belajar.] Tapi gua minat course tu. Cane? Erk, Bio sahaja ye! Chem tak berapa! -,-' and Bio and Chem mana boleh dipisahkan? Jadi doc kalau tak expert Kimia nak bagi patient makan ubat apa? Mati kang anak orang. Hooo.

Okies sambung balik. Rela aku jadi pelajar SPM terbuang kat Matriks kut than masuk form 6. Sekolah aku tak ada form 6. Then? Masuk sebelah? *jatuh rahang cecah lantai* Ngee tak mau hakuh! Then? High School BP? *sekali lagi nganga cecah lantai* Ngee lagi tak boleh masuk kepala ikut logik. Aku yang dari darjah 1 sampai tingkatan 5 ni sekolah semua perempuan tiba tiba nak masuk sekolah SEMUA LELAKI? *muka tak percaya* Yihh! Tak sanggup den! Lagipun science course form 6 cikgu aku kata membunuh. Nak amek sastera? Aku bidang tu pun tak pernah terjerumus kut. [Hee novel tu kes lain!] Dengan buku Sejarah tebal Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka baik la aku tak menjerumuskan diri dalam form form lagi -,-' tak rela sudah.

So, nak tak nak apabila fikir fikirkan yang trial ni aku buat dengan main main dan tak bersungguh sungguh *muka merah malu* maka aku kenalah berusaha overdose terlebih masa SPM nanti *aura kecut*. Math mode dah dapat tadi -,- aku target 70 je sebab aku banyak hentam. Alaa A- cukuplah. Hee~ dapat laa 82, A :D kalau tahu aku target A+, 88 gerenti dapat 100. Kah kahh! *kesengalan telah datang* okay abaikan apa aku mereek tuu -,-'

Tu Math Mode aje. Add Math aku tak tahulah apa story. Hadeh! Fizik? Kimia? Bio? Huwaaa! *jerit sampai keluar air mata* memang daebak lah siapa straight-A ="=, aku punya paper Science cuma paper 3 je kut yang membantu. Yang lagi 2 paper tu 50-50 errhh -"- untunglah siapa tak amek science stream -,-

Wei kauorang jangan ingat budak budak yang amek science stream ni pandai sangat ea. Bergantung pada minat jugak. Dah kalau minat kau pada sastera, kau masuk kelas amek Bio yang ayat dia berbelit habis tu, hancussslah masa depan kau. Ingat sikit. Jangan ingat budak science stream macam aku ni pandai sangat. Aku bukannya pandai sangat [eh nauzbillah!] dah la malas belajar kan. Aku memang paling menyampah la yang namanya bukak buku kat rumah. Tunggu nak exam je la aku bukak. Tu pun kalau rajin. Erk tapi kalau SPM aku buat macam ni memang cerahlah masa depan -,- kah kahh [Ya Allah, mintak dijauhkan benda tu!] So, apa apa pun kena tengok minat kau dulu. Kalau kau tak minat Math pun tak payahlah nak berangan nak amek science stream weh. Apoptosis [mati] tengah jalan je la jalan kau tu nanti. Fikir fikirkan ye. Math dengan Science adalah dua benda yang tak boleh nak dipisahkan. Dua dua boleh guna logik sebenarnya kalau nampak dari sudut mana logiknya :)

Erk, tu je kot. Okaylah. Pentel sharplet.5 off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar

Entry kedua untuk hari ini :)

Assalamualaikum...


Jyeah! Mentang mentang exam dah habis asek nak buat entry aje kan? Lalala~ aku gila boring dan sedang mengelakkan kepala dari memikirkan pasal result trial aku yang bakal macam !@#$%^&. So, aku nak update blog je. Hee. Ni dah entry KEDUA tau! Kah kahh. Rajin tak aku? Rajin kan? Entry tadi biasalah pasal subject yang aku exam tu :D

Sekarang nak mumbling again. Lalala~ semalam kan tak sempat nak update panjang panjang. Aku just suruh dengar lagu blog aku ni je. Ni aku nak cerita yang semalam aku terkena dengan adik aku Si Aie tu. Kurang asam gelugur punya budak!

Ada ke patut dia kenakan aku? Balik sekolah penat penat tu, aku nampak dia tengah makan muruku dengan kawan dia, Ayul. Penat ni! Baru lepas curahkan segala idea kat essay Bio tu semalam *muka kerek*. Tiba tiba aku nampak ada air colour cantik kat sebelah dia. Kemain! Ni mesti buat Ribena ni. Sedapnya~ aku pun dengan muka simpati mintaklah dia air lawa tu sikit. Dia pun bagi. Aku tengok dia tahan tahan gelak dengan Ayul. Tapi tak tahu la apa sebab.

Maka aku yang naif lagi baik hati ni pun mula meneguk air lawa tu. Bhuurr *tersembur* kepala hangguk kau! Masin siuttt! Binawe punya adik! *sepak sepak dia dengan muka garang mata bersinar* Kau letak garam dalam Ribena?? Cuma sebab kau dah terkena dengan kawan kau, kau kenakan aku pulak? Aku sepak sepak kau kangg! ="=, grrrh geram aku! Hee~

So, moral of the story is:
Don't judge a drink by it's yummy colour

Tak faham? Alah sama angkatanlah dengan pepatah yang ini:
Don't judge a book by it's cover

Tak faham jugak? Pergi bunuh diri. Cikgu kat sekolah ajar kau buat apa? Main guli? Kah kahh. Eh jangan ikut pulak! Kalau tak tahu tanyalah. Apalah! :D Okaylah. Pentel sharplet.5 off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar

Minggu ketiga trial

Assalamualaikum..


Rabu
19 September 2012
Wallawey! Biology memang subject kesukaan gua. Cayalah! Soalan gila senang! Macam nak tercabut kepala gua buat tadi. Senang gila! Bhuurr *vomit* err... excuse me. Mabuk pulak buat essay banyak sangat hari ni. Kah kahh.

Boleh la. Essay yang macam mana anak boleh masuk dalam kumpulan darah O sedangkan ayah punya darah A, ibu punya darah B. Lalala benda ni aku suka so masa cikgu ajar tu aku terus ingat sampai sekarang. So aku tak baca pun boleh jawab. Tapi variation gua tak ingat -,- gua tak dapat buat. Lalala 8 markah hilang terbang begitu sahaja. Ye ye tahu. Babai~ hahaa dan lagi dua essay tu memang membunuh la. Baik gua pilih yang ada jugak yang gua tahu kan? Hahaa daripada tak tahu langsung.

So, finelah. Tengok je apa cerita benda tu nanti -,-

Khamis
20 September 2012
Jyeah! Soalan Bahasa Arab SENANG membunuh! -,- menganga aku tengok essay yang panjang 150 patah perkataan tu. Hek eleh. 150 patah je. Tu pun tak boleh buat. Ha'ah! 150 patah JE pulak kau kan? Sini aku nak tengok kau buat karangan Arab 30 patah. Ada kau dapat? Tak ada kan? Hurhh. Jangan ingat 150 patah tu ciput. Tegang sel otak aku fikir nak guna perkataan apa lagi tahu tak?

Lepas tu aku boleh lupa 'alaqah tasrihiyyah. Wallawey. Yang tasrihiyyah aku buat kat majaz mursal. Sengal tak? Paper 2 aku memang hancuslah. Tapi soalan ucapan 30 patah perkataan tu aku dapat buat :) ucap birthday. Okaylah. Gua chow dulu. Nak buat entry lain :) Pentel sharplet.5 off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar

Tips nak jadi kurus

Assalamualaikum...


Erk? Apahal tajuk tu? Kah kahh. Eh ni aku copy paste entry lama Kak Fatin Liyana alias honeykoyuki :) so, credit to her :) aku memerlukan tips ni sebab aku merasakan yang berat badan aku semakin bertambah bertambah dan bertambah :) mana tak weh! Aku mana boleh tension. Kalau tension aku wajib makan coklat. Rasa macam kalau nak nangis tu terus tak jadi aku nak nangis bila dapat makan coklat atau aiskrim. Mostly vanilla flavour la. Coklat, yang manis :D

Dan apabila SPM semakin hampir, aku semakin tension. Maka semakin banyak aku memakan coklat dan aiskrim *toya* okay abaikan bahasa yang balik tertunggang ni. Rasanya berat badan aku dah meningkat sampai ke 70 kg [okay yang ni aku betul betul tipu! Segemuk gemuk dan sekurang kurang ketinggian aku tak pernah cecah berat 60 kg okay! Erk yeke? Pernah kot masa form 3. Tu pun 61 ke 62 gitu. Pasal tension exam jugak tu. PMR. Hee sekali seumur hidup dan aku takmau lagi berat tu! Hee aci kompiden! Karang kau putus cinta makan aiskrim dengan coklat tu sampai deabetes. Ish nauzubillah].

So, aku selongkar lagi blog Kak Doktor Fatin Liyana [one of my idol jugak ni :)]. Jumpa entry ni masa aku tengok post post lama dia. Serius dia termasuk dalam senarai blogger blogger yang aku berminat nak intai entry lama lama dia. Alah aku je kot yang baca. Bukan siapa siapa pun. Kalau aku tak baca pun tak matilah dia. Bahagia sentiasa kot. Hee :D ramai lagi admirer dia. so, takde kesan apa pun kalau aku tak baca. Tapi aku suka semua entry bakal doktor ni :D or perhaps should I just call her doctor? Hee cantik pulak tu orangnya :) model dan doktor ^^,

Okay jom tengok tips. Ni aku copy 100% ayat dia ea. Maknanya 'aku' yang dalam ayat dan perenggan yang bernombor, tu refer to Doktor Fatin. Bukan aku. Okay? ^^ kecuali yang dalam kurungan :)


1. JANGAN CRASH DIET
crash diet tu ialah diet secara mengejut. ramai ja awek2 yang buat lagu ni. aku cukup marah aih. sebabnya bila ang crash diet, memangla berat ang turun secara mendadak. yelah ang tak makan 2 hari pastu turun 3kg, ang gembira bukan main kepalang. Padahal berat ang turun sebab water volume dalam badan ang yang reduce bukan fat. Pastu kalau ang crash diet, metabolism badan akan rendah sebabnya badan ang pikiaq ang tgh starvation. Pastu satgi bila ang dah tak pat tahan nafsu, ang makan macam biasa balik, badan ang akan store as much fat as possible. maka berat ang yang bertambah akan lebih dari yang ang ilang. rugi tak?
[Aku tak pernah buat la crash diet ni. Betul cakap Doktor ni. Buat lapar perut je. Baik melantak kan? Hee]

2. JANGAN SKIP MEAL. JUST REDUCE PORTION
'I don't take lunch & dinner, i'm on diet'. Podah. Ni sorang lagi nak kena sekeh ngan aku ni. Sapa ngaja ang skip-skip meals ni. Kalau ang skip meals, ang mula la lapa nak mampos meroyan tak tentu pasal. Skali bila rasa macam dah nazak, sikit lagi nak mati, ang melantak makan megi/biskut tengah-tengah malam. Pastu mengantuk sebab perut kenyang. Apa lagi, suma yang ang makan tu badan ang store jadi fat lah. Bila badan ang perlukan energy pada siang hari, ang tak makan. Bila badan ang tak perlukan energy ang makan pulak. The key is, moderate je. Makan setiap waktu makan tapi kurangkan porsi.
[Erk? Yang ini selalu aku buat. Sebab tengoklah jadual kelas aku macam mana. Biasa balik rumah pukul 4 lah kelas habis pukul 3 lebih. Dah balik pukul 4 apa tak lunch aku dah jadi minum petang?]

3. HAPUSKAN MAKANAN RINGAN DI DUNIA INI
'I tak makan nasi, I take biscuit only'. Gila. Calories dalam biskut lagi tinggi dari nasi ang tau dak? Dah la tak kenyang pastu kasi tambah gemok lagi. Awek la ni suka salah anggap, depa rasa makan nasi tu menggemokkan, makan twisties, biskut & air coke suma takpa. Sebab tu depa tak makan nasi tapi makan makanan ringan. Tipah tertipu la bro. Nama ja makanan ringan tapi sebenarnya kalori tinggi. Aku habaq ngan ang, aku dulu berat turun sampai 9kg sebab aku tak makan titbits langsung. aku just makan breakfast, lunch & dinner. Kalo aku lapar, aku minum milo & makan roti. Memang berkesan. Percayalah cakap aku.
[Okay, aku memang jarang makan biskut sebab aku ni jenis yang kuat makan. Lalala~ bagilah apa pun yang boleh dimakan dan halal, aku makan punya. Err kecuali ubat dan benda yang pahit pahit :) so aku tak berapa refer ke biskut sangat.]

4. GET ACTIVE
satu-satunya benda kat dalam dunia ini yang boleh menyembuhkan apa-apa penyakit ialah exercise ataupon orang melayu kata bersenam. Kalau angpa bz mengalahkan menteri, ang tak pat jogging tiap-tiap petang takpa. Cari jalan untuk something yang practical. Contohnya park keta jauh-jauh dan jalan laju2. Pilih tangga daripada berebut-rebut nak naik escalator macam kat KL sentral tu. Pilih untuk main game Dance dance revolution daripada DOTA. Kacau anjing yang tengah tidur.
[Adoi ="=, yang ini gua lemah ni. Paling tak suka latihan sukan! Selalu gua lari daripada lari. Erk? Faham tak? Kah kahh. Gua cabut la bila tiba giliran kitaorang. Biasa aku buat kerja keji ni dengan Cied la. Kah kahh :D gua tak suka latihan sukan tapi gua gilakan latihan silat. So, exercise jugak la kan? :)]
5. JANGAN BUAT STRENUOUS EXERCISE KALAU TAK MAMPU, JUST SLOW-JOG/WALK.
kadang-kadang tu aku tengok kan, ada awek2 ni jogging bagai nak gila. berpeluh sakan toksah nak cita. hari-hari dia jogging secara melampau sampai nak semput-semput dah. tuptup seminggu ja tahan. pastu balik jogging, sebab rasa macam dah kuruih sikit, depa dok melantak nasi goreng ayam, sate kambing, milo ais, puding caramel, lepat pisang, zombie kampung pisang suma lah yang ada depan mata. Mana tak nya kan. aku ada satu interesting fact, kalau ang exercise secara strenous, nanti yang banyak terbakar adelah glucose. Glucose metabolism ni perlukan oxygen, bila ang exercise melampau, oxygen kan kurang, jadi dia convert metabolism tu jadi anaerobic (tak pakai oxygen). Bila anerobic metabolism berlaku makanya, acid lactic akan terkumpul. Lepas tu merana la badan ang sakit sakit. Lagi satu bila glucose yang terbakar, dia akan stimulate otak ang supaya rasa lapar lapar lapar lapar. Pastu konfem ang akan makan dengan banyak sebabnya glucose metabolism ni boleh buat ang lapaq nak mampos.
[Belum pernah try lagi ni :) selalu aku melenggang. Kah kahh. Melenggang ke? Kawan aku kata aku jalan takde rupa perempuan -,- kah kahh]

Baru-baru ni, professor ada habaq kat aku. The latest research cakap, kalau nak kuruihkan badan secara consistant & tanpa rasa letih, ang just jalan ja. tapi syarat dia mesti kena lebih dari 1 jam. Sebab pa meh aku habaq mai kat angpa suma, kalau angpa jalan lebih dari 1 jam, yang terbakar adelah fat, kiranya metabolism yang berlaku adelah fat metabolism. Kenapa kena lebih dari 1 jam? sebabnya hormon adrenaline tengah peak masa ni. hormon adrenaline ni akan stimulate enzyme lipase dalam badan ang untuk memecahkan segala lemak-lemak yang ada. Professor aku ni dia buat kajian kat adik laki dia, memang berkesan. Adik dia hari-hari jalan 4jam tanpa henti dalam masa sebulan, pastu berat dia dah kurang 15kg. Hebatkan? Pasni aku nasihatkan, petang2 tu ajak la roomate pegi jalan-jalan keliling kolej usha laki hensem. Badan pon kurus, hati pon girang. Tapi janganlah jalan lenggang kangkung. Takdo makno eh jang.

p/s: perenggan di atas juga merupakan ayat Doktor Fatin Liyana :D

Haa, nak baca lagi pengalaman dia pasal kurus kurus ni? >>KLIK SINI<< Okaylah. Pentel sharplet.5 off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar

Cuba dengar :)

Assalamualaikum...


Aku ni tengah tengah trial tak habis lagi, esok ada paper Arab boleh pulak nak mengupdate blog lagi kan? Hee. Takde la. Saje je aku nak suruh kau orang dengar lagu blog aku yang sedap ni. Lagunya memang sedap. Tapi lagu sedih la. Macam tak kena je dengan aku. Haha.

Lagu ni lagu orang putus cinta. Haha. Don't get wrong okay! Aku tak putus cinta. Hahaa. Aku letak lagu ni sebab aku suka music dia. Lagunya sedap. Tak percaya? Dengarlah :D sedih la jugak liriknya :) But best *angguk pasti* dengarlah :)

Ni lirik :)


You were there to light my day
you were there to guide me through
from my days down and on
I'll never stop thinking of you
How can I forget all that
when you're the one who make me smile
you'll always be apart of me
how I wish you were still mine
Never will forget the day
how we've met and came this far
we all know we got this feeling
but somehow it has to end up here
I know it's me who said goodbye
and that's the hardest thing to do
cause you mean so much to me
and giude the truth from me to you
For all the things I've done and said
for all the hurt that I've cause you
I hope you will forgive me baby
cause that wasn't what I mean to do
You were there to light my day
you were there to guide me through
from my days down and on
I'll never stop thinking of you
How can I forget all that
when you're the one whomake me smile
you'll always be a part of me
how I wish you were still mine


Okaylah chow! Aku sekejap aje ni! Nak hafal karangan Arab ni. Okay dhaa~ Pentel sharplet.5 off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar

Today

Assalamualaikum...


Hari ni tak call ayah aku mintak amek kat sekolah. Balik naik Sam. Tadi lalu sebelah bus stop terasa macam ouhh lama gila kot aku tak naik bas -,- hahaa malas nanti campur dengan budak sekolah sebelah -,- yihh! Kah kahh. Tara mess sebenarnya but dah lama tak naik bas kan. Tiba tiba naik sorang sorang terasa macam king kong masuk bandarlah pulak *gelak yang dibuat buat*. Tak naklah aku. So aku terus sahaja bersetuju sejurus selepas dia mempelawa aku *muka tak malu*. Kah kahh. Ada susahkan kau ke aku muka tak malu? Bertempat kot aku tak malu. Dengan orang yang aku kenal dan... perempuan. Kau? Tak payah sibuk hal aku kalau diri sendiri punya malu pun tak terjaga ye, CIK HATER. Hehh. Bhuurrr *vomit*. Eh aku tak boleh sebut nama kaulah. Fikir kau je dah muntah. Okbye, miss!

Then hari ni one whole day study Biology. Cuma lebih kurang sejam lebih plus minus lah study BA sekejap *kelip kelip mata*. Then balik rumah hadap Bio lagi. Haih. Untung aku suka subject ni. Hee kalau tidak, dahku derma sebagai bahan bakar kepada Pengerusi Persatuan Pengakap untuk unggun api bila diaorang camp nanti *toya*. Esok exam Bio. Then gua update benda ni kejap je. Sekarang gua nak sambung hafal koleksi essay yang tak terkira tu. Adui, experiment yang gila berjela berkajang tu pun belum start hafal lagi. Kay dhaa~

To hater: better kau takpayah nak fikir fikir pasal aku lagilah. Buat sakit hati sendiri je kan? Aku dah tak ada rasa apa dah bila tengok kau. So, apa kata kau maafkan aku sebab aku pun dah lama maafkan kau dan aku tenang sekarang tak ada fikir mess dengan kau. Cuba kau buat. Gerenti tenang hidup kau. Dan tenang jugak kau nak jawab exam nanti :) jangan sampai kau tak dapat apa yang kau nak cuma sebab fikir pasal aku :) aku tak nak jadi sebab and aku tak suka spesies stalker yang jarang ditemui macam kau dengan angkatan kau tu. Kau ingat aku tak nampak kaulah? Just forget these things. I hate it when you pura pura baik sedang kau nak stalk but ada aku kisah? Hidup aku tenang lepas aku maafkan kau so aku dah maafkan kau dan sekarang I beg you to forgive me too. Sebab apa? Sebab aku tak nak kebencian kau jadi penyebab hati kau tak tenang then result exam kau semua ke longkang. Get me? Okay good. Sekian. Bhuurrr *vomit lagi*.

To that one: untunglah kawan celebrate birthday ramai ramai kat hotel :D pentel sharplet.5 off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar

Versus

Assalamualaikum...


Differences between me before and me now :D can you list them? Banyak. Sangat banyak. Err? Sangat ke? *juling mata* paling paling pun the main thing is from ganas to become girly again *buat kening double-jerk* cara tak? Haha. Dia kot the main cause.

Dia? *angkat kening sebelah* The main cause? *angkat dua dua kening* Haha Encik Azeem lah. Mana ada orang lain. Tak tahulah kan. But seriously memang aku change more than 50% [walaupun sedikit demi sedikit] after I knew him when I was forteen in 2009. Awal tahun, in February. Fuyoo ingat tuu *juling mata* entah dia ingat ke tidak. Tapi rasanya dia pernah cakap pasal ni dan dia ingat we knew each other in February masa form 2. Haha dia ingat *angguk pasti* hahaa through Myspace. But the real specific date, I can't successfully recall it. Just in February 2009. Normal is it? Almost three years kut benda berlalu and never thought langsung langsung pun nak kena ingat the date mula mula aku kenal budak yang gila Naruto ni masa tu :D

But the only 14 Julai 2012 tu aku ingat! Hee :D beli air dengan gula gula ye Inche Abang berdua? Kahh. Ingat lagi selisih sebelah dia. Adoi. Revive dengan Pepsi. Selamba je kan muka dia aku dah aura nak bunuh dia time tu jugak! Grrrhh *gigit wire mouse* Datang tak bagitahu. Kalau tak boleh aku cabut awal awal! Hee *gelak keji* dan paling ingat muka confuse Ikram time melilau mata terpusing pusing cari benda nak dibeli last last gula gula menjadi pilihan kah kahh *gelak guling guling*. HAAAAAA! Tahu pun membazir! Datang jauh jauh beli gula gula dengan air je. Stok gula gula, Pepsi dengan Revive kat Bakri dah habis ea sampai nak kena cari kat BP? Haha. Lawak lah korang ni *gelak yang dibuat buat* grrhh *kepal penumbuk* kalau korang buat lagi, siaplah korang!! *senyum manis tumbuk keyboard*

Kembali pada main title. Dulu aku ganas sekarang aku dah girly look. Sikit la *juling mata* sungguh huduh. Haha sebab tu aku tak berkeyakinan nak bagi orang suka kat aku. Biarlah aku yang suka orang. Hee but dah dia kata tak kisah. So, we'll see lah nanti.

Dulu tak minat pink langsung kut sekarang dah tara hal walaupun bukannya aku suka sangat but better than dululah langsung tak boleh nak tengok. Sekarang biasa biasa je *senyum manis*.

Dulu aku rimas rambut panjang. Panjang sikit je potong panjang sikit je potong. Maklumlah memang malas nak jaga kan. Memang masalah kalau jadi orang yang tak prihatin ni *muka kerek*. Sekarang, PUN rimas lagi. Tapi tak tahu kenapa aku tak ada rasa excited macam dulu bila nak potong rambut. Sekarang dah lepas bahu. Selama ni aku tak pernah simpan rambut sepanjang ni -,- ni first time. Last aku potong boycut lepas PMR dulu. Sebelum pergi Cameron :D and until now belum potong lagi dengan rambut ikal-layer-takrata ni -,- sungguhlah huduh *juling mata*. So, imej dah berkeperempuanan sikit kan dengan rambut macam ni -,- dulu aku pun tak tahu rupa aku ni rupa lelaki ke perempuan. Kah kahh!

Dulu aku kawan dengan budak lelaki. Lepak main ronders main galah panjang semua dengan budak lelaki. Biasa perempuan, kitaorang bertiga jelah. Lagi lima belas orang lelaki termasuk adik adik aku. Ramai tak kawan lelaki aku? Sekarang tinggal tiga orang jelah nombor telefon dalam contact list phone aku. Dia, Ifat and Ikram. Aku dah tak ada contact budak lelaki lain selain diaorang bertiga. Haha baik tak -,-

Dulu kalau gaduh pun gaduh dengan budak lelaki. Haha. Ganas tak gua? Sekarang dah tak ada gaduh dengan lelaki. Ada pun Si Epat je hahaa. Kawan pun dah dengan perempuan je. Gaduh pun dengan perempuan la. Lepas tu nangis. Alaahh. Menyampah siut. Malas aku nak gaduh. Bab gaduh memang zaman dulu lagi bestlah. Sepak terajang benda biasa kot. Tak ada pulak nak nangis nangis. Lepak je lepas gaduh sambung main game sama sama lagi. Sorry sorry mana ada. Sekarang rasa lain pulak bila gaduh dengan perempuan tak say sorry. Hahaa

Dulu aku tak reti nak bersaya awak. Nak berkita awak. Nak bernama bagai. Biasa aci redah aku kau aje. Sekarang kira ampunlah aku yang perempuan ni dah bersopan sikit bak kata Ikram yea? *glance* kah kahh. Si dia lelaki pertama yang aku bahaskan diri guna nama. Kedua Ikramlah. Err, dia 'berjiwa lembut' kut -,- nak beraku kau pun aku tak sampai hati kah kahh. Tapi kalau Epat memang siaplah. Peduli hape aku? Kalau cakap dengan aku asyik nak gaduh je. Selalu dengki dengan aku. Hahaa memang beraku kau la. Dan memang dia dengar cakap aku since aku cakap "treat aku macam kawan, jangan treat aku macam perempuan." Then aku kawan dia sampai sekarang :D

Dulu aku susah kot nak nangis. Jatuh berdarah kaki? Peduli hape aku. Sepak terajang dengan budak ronders? Kisah pulak haku. Gaduh? Tak heran. Couple pun aku tak mindlah. Siap anti cinta tuu. Sekarang lain dah. Sikit je dia buat aku. Tak ada lain lepas gelak sampai aku puas leleh la lepas tu. Macam hape *gelak kuat kuat* dalam bab ni, lembiknya lah kau Najwa lepas kenal dia. Ehehh. Betul jiwa aku jadi perempuan lemah habisan bila hadap dia ==, *ouhh merepek!* aku tak suka perubahan yang ini -,- terasa lembik gila.

Itu je la kot. Kalau ada lagi aku update lain kali. Hee :D I'm off. Pentel sharplet.5 off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar

Watch? Chain? ILY :D

Assalamualaikum...


Tak apa kan bagi salam lagi walaupun entry mula mula tadi dah bagi salam? Hee :D err o"o, what is that? :D nothing. Haha I'm just mumbling -,- okay stop nagging :) Dah lama dan bertahun dah aku nak buat entry ni. Tapi tak tahu nak susun ayat macam mana. Hee maklumlah kat sekolah selalunya subjek bahasa aku markahnya 200% hee :D

Okay, ada someone special ni ><, dia bagi jam dengan phone chain kat aku :D ahhaa cutee! <3 Erm, you! Thanks for the pink-four-love-petals-flower-chain! ><, really really love it! Hee :D Jam Diesel dia bagi aku. Serius lawa! Mahal pulak tu. Membazir je tau. I nak bayar balik, you tak bagi :I umm nakal you ni tauu. Kah kahh! Sejak bila sehh aku gedik? Haha, okay. Thanks tau! :D

Jam Diesel biasa memang lawa dan mahal ><, and thanks to that special one :) the chain! Saya tak letak kat phone sebab tak suka semak semak kat phone. Tapi saya takut saya terhilangkan, saya pasang kat jam Diesel awak bagi tu :D Lawa :D Macam ganas je. Hee selalu benda macam tu ingat orang boleh buat loket je ke? Saya buat watch locket :D beauty ^_~ haha! I love you and I miss you so very much. Add Math tadi awak okay ke tak hek? -"- hee cuti nanti awak datang sini tau! Hee :I

p/s: thanks Piqa :'D

kiryuuasrar

Minggu Kedua Trial :)

Assalamualaikum...


Sepanjang trial untuk minggu ni pulak. Eh lamanya kau trial Najwa? Subjek kau sebelas je kan? JE KAN? SEBELAS JE. hee JE kau kata? Sebelas tu boleh bawak aku nak underground tahu tak? -,- sabar jelah. Let's explore to my second exam week :)

Isnin
10 September 2012
Subjek paling aku fobia. Lalala. Tapi cikgunya aku paling sayang. Hee :D Sejarah. Okay la jugak soalannya. compared to other science subjects memang Sejarah aku menanglah :) kot la. Haha. Dan soalan kali ni agak aku suka. Sebab banyak yang sejarah Islam. Senang sikit. tak baca pun tak apa. Hee tapi KBKK ada jugak. Cuma soalan pilihan patutnya pilih 3. Tapi aku confident dua je. Hijrah dengan Perang Dunia Pertama dan Kedua. Lagi satu tu aku jawab Nasionalisme. Goreng goreng je -,- hee :D tak tahulah apa cerita markah aku tu nanti :) Okay, esok Kimia! >"<,

Selasa
11 September 2012
Huh! Bromine boron chlorine otak aku! Hari paling menggerunkan! Dan paling aku menyampah. Haa wey, Kimia ni... aku nak koyak je kertas ni. Huh! Hee tak suka lah -,- tapi nak jadi doctor benda ni dengan Bio wajib -"- matilah -"- aku suka Bio tapi tak suka Kimia! Siapa boleh tolong aku jawab menatang ni? Teknik teknik ke, ways to menghafal ke -"- memang best la kalau ada. Kalau mendalami ilmu Kimia ni senang je hidup. Nak bunuh orang pun senang jugak. Hee :D ahh hari ni birthday siapa yek? Haha. Ayie, happy birthday lah ye untuk awak :) may Allah bless you and your family and your friends and your Ikram always :) nak nyanyikan suara saya tak sedap pulak. Kah kahh. Apa kata awak nyanyi sendiri. Suara awak yang nyaring tu lagi sedap kan? Hee tiba tiba teringin nak dengar suara awak :D kalau saya call awak angkat tak? Hahaa Okaylah. Ingat pesan saya semalam tau tauu ^^, pukul 11 semalam aku wish, dia tak reply. Esoknya aku bangun pukul 4 nak study tu aku nampak mesej dia reply pukul 2. Budak ni aku tak tahulah maybe malam dia bangun qiam kot. [Hee aku dah lama tak buat tau -"-] hee <-- sengih sengih kerang busuk hahaa erk? Oi! Besok Fizik! Erhh okay okay! Aku studylah ni! :D dadaa :)

Rabu
12 September 2012
Ahhaa! Boleh hilangkan ingatan guna gamma rays tak? Hee gila! Fizik ni! Kalau tak ada paper 3 dengan paper 1 aku tak tahu lah apa cerita result aku -,- paper 2 tu memang membunuh dan mintak dibunuh -"- tapi memang antara tiga science subject tu memang Physics paling senang la compared to Chemistry and Biology -,- tak percaya tanya siapa yang ambil tiga tiga subjek ni. Hahaa. Okaylah. Besok Add Math dan aku tak prepare apa apa pun lagi ni :)

Khamis
13 September 2012
Yeehaa! Add Math~ ="=, Ehh kau kenapa Najwa? Hailoh hailoh -,- satu kelas 5KAA pengsan selepas meletakkan pen masa habis paper tadi. Kah kahh. Aku paling hangin soalan trigo yang macam !@$%^& tu lepas tu dengan masa menjawab yang macam !@#$%^& tu yang menyebabkan aku tak sempat dan !@$%^& tuu :'O haihh! Dan sekali lagi telah mengundang migrain aku. Aku rasa aku macam nak demam ni. Wohoo tahniah Add Math kerana telah berjaya menyebabkan aku demam :'D esok tak tahu lah nak sekolah ke tak. Macam lama je sakit kepala aku hari ni -,- soalan tu masih terlayar kat kepala aku tak nak hilang. Huu D': silalah berhambus dari kepala saya sekejap yea :D terima kasih. Hari ni aku tak ada mood nak study, maka, nak tidurrr! :D I'm going to sleep now! Bye bye baby! :)

Pentel Sharplet.5 off :'D [menangis Add Math punya pasal] Assalamualaikum.

kiryuuasrar

Minggu Pertama Trial :)

Assalamualaikum...


Arakian tersebutlah kisah kehidupan Che Najwa ketika peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysianya. Adapun ketika itu barulah sudah berlalu seminggu hari peperiksaannya... Erk? Aku tak faham -,-' kah kahh.. abaikan~ okay,

Isnin
3 September 2012
First day trial. Hari ni BM paper 1 dan paper 2 -,- kesemuanya dua paper :) dan dengan bangganya aku memberitahu bahawa komsas aku hancusss -,- okay cukup sampai situ. Karangan tara hal but rumusan! Yea yeah! Aku lupa nak buat penutup! Jyeahh! Bukan main lagi aku happy perkataan tu tak sampai 120 rupa rupanya ada perenggan aku tak buat -"- punah harapan nak dapat A+ kah kahh *applause* ya ya. Silalah tepuk tangan :) Padan muka kau Najwa! Okaylabye! Nak baca English pulak :)

Selasa
4 September 2012
Second day trial. Hari ni exam Bahasa Inggeris. Yeah thanks to budak Dato' kerana telah berkongsi maklumat -,- semalam karangan aku buat peranan ibu bapa memupuk minat membaca dalam diri anak anak dan hari ni punya continuous writing pun aku buat pasal membaca jugak. Benefits of reading. Yea yea aku tahu -,- sangat bosan apabila kita buat karangan berbentuk fakta -,- nak buat macam mana? Dah aku menghabiskan masa sehari suntuk dengan membaca sesuatu yang berkenaan dengan bacaan. Err.. faham? Baru lepas buat karangan memang macam ni -,- kepala pun terikut nak bagi ayat bombastik <-- keh kehh credit to Shah sebab cikgu marah dia guna ayat bombastik sangat kah kahh so, English takde mess kut. Tapi pemahaman yang pindah maklumat tu aku tak yakin betol semua sebab bahasa dia tinggi tahap tak ingat -,- Okaylabye! Nak baca Syariah :)

Rabu
5 September 2012
Third day trial. Arakian tersebutlah kisah err.. arakian ke? Baru je beberapa jam tadi aku exam. Kah kahh. Okay, hari ni exam Syariah Islamiah :) bahasa dia tinggi siutt. Nak tergeliat otak aku. Hee~ okay aku tipu hee. Ada dua paper. Paper 2 dulu dan aku rasakan macam nak bagi koyak aje benda tu. Ada ke bagi soalan nasakh mansukh yang aku tak terer langsung tu? -,- paper 1 kira ampun la jugak. Tu pun hampir aku nak deal dengan pengerusi Persatuan Pengakap untuk derma bahan bakar nak buat unggun api masa camp diorang bila bila nanti -,- okay, esok QS pulak. Nak baca ni :)

Khamis
6 September 2012
Jyeahh! Forth day trial. Hint dapat hanya dua Imam sahaja, Imam Ahmad Hanbal [pengasas mazhab Hanbali] dengan Alkhuwarizmi je. Sekali kat soalan objektif keluar tanya Sheikh Tahir Jalaluddin maka aku pun tercungap nak jawab sebab tak recall balik -,- nasib baik time belajar dulu tu ingat sikit sikit lagi -"- kalau tak memang jadi bahan bakar je paper exam tu -,- Soalan ada enam, jawab empat sahaja. Soalan satu dan dua biasa la. Pengajian Quran dengan hadith. Serius soalan dua tu aku tak boleh nak pilih sebab aku tak faham sepatah haram hadith tu maksud apa -"- soalan satu tu ada faham la jugak. So, aku tak pilih nombor dua. Yang aku pilih, soalan satu, tiga, lima dan enam :) boleh tahan la. Sebab aku beratkan kat bab latar belakang Imam. So, dapat la jugak jawab nombor enam :) okay, esok Modern Math. Sekarang masa memantapkan working!! -"- Matrix~ *pengsan~pengsan~* haha!

Jumaat
7 September 2012
Fifth day. Matrix tak susah untuk kali ni. Paper 2 pun insya-Allah boleh. Macam senang je tadi. Hee~ Tapi dah confirm aku hilang 3 markah sebab kecuaian teknikal. Padan muka. Dengan konfidennya aku tak semak balik soalan angle tu, sekali silap bila kawan kawan aku bincang, jawapannya lain -"- jawapan diorang semua sama, aku je lain. Confirm la aku yang salah kan -"- sedih aku 3 markah yang bernilai telah terbang. Senang kot soalan tu. Boleh salah pulak. Tu la mata kero. Orang buat Math, kau dok ingat tutt hahaa abaikan~ huk tapi soalan lain insya-Allah betul hee~ tak tau la kalau ada yang aku cuai lagi -,- dan paper 1 dia memang membunuh la oii! Gila banyak aku pakai aci taram bulat jawapan yang agak agak munasabah. Hee~ HENTAM SAMA DIAAA! Ada la dalam 5 soalan gitu. Huu~ Cari maut siut. Takpe la. Tapi harapnya dapat A lah. A+ memang confirm aku kena kiss that gred goodbye awal awal. 8 Markah dah terbang~ -,- takpe. Cikgu kata cikgu nak kerjakan yang salah matrix dengan triangle je. Aku salah bab lain kihkihkihh. Logik la cikgu marah kalau matrix salah. Satu soalan matrix, 6 markah. Kan rugi kalau salah kan? hee~ Okay la. Tu je. Isnin depan, Sejarah pulak :)

kiryuuasrar

Familyhood :D

Assalamualaikum.

Eheyy! Sekarang nak share pasal familyhood kitaorang. Hee~ family aku belah ayah. Semua dah besar besar sekarang. Muka pun jauh berubah.

Dari yang dulu sememeh comot melokot sana sini baju compang camping tudung senget benget lagi terbalik tu sekarang semua dah comel lawa lawa bergaya lagi cantik. Dari yang dulu sememeh songkok senget sebelah serban nak tertanggal gigi depan takde pun sekarang dah kachak handsome handsome membunuh youu. Kah kahh. That's my cousins. Lawa, comel, kacak lagi handsome membunuh. Kah kahh.

Tak percaya? Meh tengok meh. Kami yang dulu, 2003 dan kami yang sekarang, 2012. Tapi tak semua cousins aku la. Sebab pic tu tak penuh. Masa tu raya. Ada yang balik kampung sebelah sana la sinun la kan. So, tak semua :D


hee. Nampak sangat gambar edit kan yang bawah tu. Pak cik aku yang buat. Beliau memang creative. Kah kahh. Tapi memang berbeza kann? Dari yang sememeh, jadi comel. Dari yang serabai, jadi cantik. Dari yang takde gigi jadi handsome. Kah kahh. Kan Rep kann? Kah kah.

Semalam rumah aku ada marhaban. Lepas tu, mak aku buat sekali la open house. Jemput sedara datang, member member parents aku pun ada. Tengah tengah mak aku layan kawan kawan, kitaorang dok posing ingat nostalgia lama. Kah kahh. Tempat je la sama. Tapi orangnya tak sama sebab tak semua datang rumah aku semalam -,- haha. Tempatnya sama ea. Berbeza warna cat je sebab, yela. 2003 ke 2012 kan. Takkan kuning selamanya. Kah kahh. Okay jom tengok.


Haa, yang lawa tu aku la. Eh silap. Kah kahh. Yang lawa tu sepupu aku la, Ain aka Khaireen Edlin. Haa, nama cantik secantik orangnya kan? Tapi kesian dia semalam demam. Duduk Matriks homesick sampai demam yea sayang? Kah kahh. Dan.. sobs sobs, semestinya yang tak lawa tu aku. Kah.

Okay, yang adik aku Si Tambi Serong tu aku tak tau la apa function dia posing macam tu -,- kah kahh. Wan.. Wan. Sawan la kau. Yang kat bawah tu, Dinamic Duo tu adik aku yang ketiga dan yang last. Aie dan Nana. Yang berbaju kuning tersenyum tampan memandang kamera tu semestinya Apip. Kah kahh. Afieff Rous aka abang kepada Ain.

Yang di antara aku dengan Apip tu... err.. itulah makhluk yang dipanggil Izzat Ameer aka Ijat Senget. Kah kahh. Dari semalam dia dok kenakan aku. Dengki memanjang. Kurang hasam kecutt expired punya Ijat! Aku nak sekeh je dia tapi tak sampai pulak -,- kah kahh mimpi siang aje la -,- takpe la Jat. Tak dapat sekeh kau pun takpe. Kaki kau tu senang kacang aje aku nak sepak sepak lambung lambung buat sepak takraw. Hee~ Dia ni tak habes habes dengki aku tau. Lepas tu tak habes habes suruh aku bawak kekasih aku datang rumah jumpa dia and family. Bajet abang abang la konon. Aku cakap "kau pergi lah ambek dia kat Bakri tu sendiri sana." Dia kata "kau ikot la. Nanti dia tanak ikot aku kalau kau takde." Hotak kau la Jat! Haha senget betol. Baik la kau bawak bakal kakak ipar aku jumpa kitaorang ni Jat. Aku belum sampai masa lagi. Kau tuu haa. Duit berlambak dalam account nak tunggu nanti awek kau tua baru nak pinang baik kau kasi aku duit tu. Kah kahh.

Budak ni memang laa. Cousin lelaki aku paling rapat dia ni la. Cousin lelaki lain, biasa je. Walaupun tahun 2012 ni aku 17 dan dia 19, rapat jugak. Apip tu dulu je la. Mandi kolam sama sama. Kah kahh. Ingat lagi. Aku, Ain, Apip dengan Ijat. Aku darjah 2 kot masa tu. Ain Darjah 3. Ijat darjah 4, Apip darjah 5. Haha. Aku dengan Ijat ikot family Ain dengan Apip balek kampung. Kat kampung diorang tu ada kolam buatan sendiri. Ayah diorang la yang buat. Sedara diorang tak ramai. So, kitorang selalu la ikot balek kampung diorang. Asek main air aje kat sana. Makan tidur main air. Makan tidur main air. Sakai ek? Kah kahh.

Memang kitorang berempat macam tu kecik kecik. huu rindunyaa saat saat tu hee :D okay lah. Tu je kot :D pentel sharplet.5 off :D assalamualaikum.

kiryuuasrar
 
This blog is fully designed by Cik Wawariang.