Cara dapat topup free :D

Assalamualaikum...


Cara nak topup free. Aku dapat daripada member yang kerja kat kedai phone kat area area sekitar sini. Duduk berborak dengan dia aku pun korek lah rahsia pasal handphone ni. Last last cair jugak dia *gelak keji*. Dia pun bagi tahu lah aku cara cara nak mereload prepaid ni secara percuma. Okay, cukup panjang intro kan? Sila baca keterangan dibawah ni untuk kegunaan sendiri.

Untuk semua talian 012, 013, 016, 017 dan 019, anda semua selepas ini tak payahlah pergi ke kedai handphone lagi untuk mereload prepaid anda. Di sini ada cara untuk mereload handphone dengan cara yang quite illegal. But this way to reload topup hanya boleh digunakan pada 20 hingga 30 haribulan pada setiap bulan. Sebab setiap talian ini upgraded pada masa masa macam ni.

Kay, kepada pengguna talian 012, 013,016, 017, 019, dail 1415007 and tunggu dalam 5 saat. Kauorang akan dengar seperti bunyi bising, tunggu sehingga bunyi tu hilang then dail 9151. Kauorang kena tunggu 3 saat dan tekan nombor telefon kauorang . Anda akan dengar dia cakap "please insert your pin number". So, masukkan nombor ni.

011785 45227 00734

Tunggu selepas dia kata nombor pin diterima, lepas tu kauorang dail 0405 untuk KL dan Selangor , 0406 untuk kawasan semenanjung lain dan 0409 untuk Sabah Sarawak. Nanti kauorang akan dengar "for airtime topup press 1723". Lepas dail nombor, kauorang kena tekan nombor telefon kauorang sekali lagi. Tunggu lepas bunyi bising tu habis, dail 4455147 diikuti 146 selepas 5 saat. Dah? Okay, lepas beberapa saat, kauorang akan dengar "your pin number is accepted". Kauorang terus dail 1007 and kauorang akan dengar "your key number is accept". Terus dail 4566 dan kauorang akan dengar "your password is accept". Lepas tu terus dail nombor phone kauorang dan kauorang akan dengar "kepala hotak kau berjambul! Kat dalam dunia ni mana ada benda yang free. Zaman sekarang ni masuk toilet pun kena bayar 20 sen tau. Dahlah pulak minyak dah naik 30 sen. Banyaklah kau punya FREE!!"

Lepas tu kauorang pun terus matikan handphone kauorang dan akan kata "jahanam punya orang yang post entry ni!". Kah kahh! Sudah lah pi balik buat kerja masing masing. Aku pun terkena jugak -,-' LOL *sengih geram*. Nasiblah ye? Kah kahh.

Bye! Assalamualaikum.

3 comments:

farizah said...

Mati2 kite nak percaye bende nih. Haha, khusyuk kite bace. Pastu sampai bawah, rase cam nak flip table!!

ღ Kertas Lipat-lipat ღ said...

kekeke. kenape tak flip je terus? dgn lappy2 skali. itulah tujuan sebenar entry ni dipost. kekeke gurau2. sorry yo. sy pun terkena. hikhikk

farizah said...

It's okay. Tapi mmg nak flip table...Haha.Tapi disebabkan akak pon dah terkena, kite okay je.Kehkeh..

 
This blog is fully designed by Wawariang.