Result

Assalamualaikum...


Ehem ehem semalam dah update blog ni. Lepas tu aku lupa pulak nak cakap pasal result final aku kan? Hehe *tutup muka dengan sengih bersalah* budak result tak seberapa biasa la kan *ptuihh ayat merendah diri la konon kahkah*. Takde rezeki aku nak dapat dekan. Dekan you know? Yang dapat pointer 3.50 and up. Haaa aku? Aku yang pemalas tahap agung ni mana la nak dapat anugerah gilang gemilang macam tu kehkeh. Hurmmmm, tak study kan? Padan muka aku kahkah *jom gelak berjemaah*. Erm, Encik Rafi kata yang dapat dekan nanti ada jemputan untuk AKJ [Anugerah Ketua Jabatan]. Jemputan makan kat hotel. Walawey wa nak jugak hahaha tak layak. Urm, sem dua nanti lah cuba *kelip kelip mata* <--- nampak noh tak ikhlas kay hahahaha seriously padan muka aku tak dapat wakaka

Sepanjang minggu final exam, aku biasa la kan. Maraton movie macam aku bakal menduduki final exam lagi setahun walhal dalam minggu tu jugak. Masa mintak Kak Farah movie, dia siap geleng kepala lagi muahaha! Senonoh punya perangai junior akak ni kan? Boleh buat movie maraton dalam minggu final *peace haha*. Kak Farah boleh la masa tu nak berpoya poya sebab Kak Farah dah habis paper. Sebab Kak Farah final dua paper je. Dah baik la tu boleh dok berangan ingat suami akak kat rumah je wakakaaa <--- sakat Kak farah dengan suami tak abes :p paper ET paling tak boleh blah. Malam tu aku takde mood gegila. Memang takde mood langsung. Rasa nak ngamuk je. So aku tido lepas isyak malam tu. Walhal esok nak exam tu haha perangai aku memang senonoh tahap agung, kau jangan tak tau hehehe memang tak study. Esoknya pukul 10 pagi baru aku start study SATU chapter. Kahkah pukul 2.30 petang dah nak exam pagi tu pukul 10 baru study satu chapter memang senonoh tahap agung perangai aku kehkeh ni la paper paling aku tak study. B- alhamdulillah haha tu la result aku paling teruk, B-. Tapi Math aku pun study pagi hari exam tu tapi takde la terasa bangang macam tu sekali walaupun dapat B+ je. Haish! haha urm, haaa ada dua kot paper aku B-, Electrical Technology dengan Workshop Technology. Tapi Workshop aku study sehari sebelum hari paper. Okay aku tahu tu kira last minute jugak tapi better than ET tadi kan? Huahuaa.

Pointer? Aku target area 2.00 something jugak la. Banyak main kan? tapi alhamdulillah 3.32. Boleh la walau tak dekan. Budak kelas aku girls semua 3.00 ke atas. Urm, few cingus yang rapat dengan aku ramai dekan okay? Haha okay aku jealous lalalalaa ~ Azeem one of them. 3.52. Glad to know this and congrates kat dia. Mungkin dia study memanjang sebab aku tak kacau menyemak dalam hidup dia sepanjang exam. Aida pun ye jugak. 3.50. Piqa, this kakak! 3.63 pointer dia. Haaa! Another kakak comel! Wany si roomate terchenta. Dia 3.85 wei! Dia ni memang aku tak heran langsung la pointer tinggi melangit. Rajin tahap agung kau tau? Aku balik bilik je lekat kat katil. Dia balik bilik je lekat kat meja study. Wey sumpah kontra aku dengan roomate aku ni muahaha! Kesian dia dapat roomate bawak pengaruh jahat macam aku ni kahkah nasib baik la dia tak terpengaruh hee~ :D siapa lagi ek dekan yang rapat dengan aku? Haa Chek Ku! Tapi pointer dia aku tak tau :) Budak kelas aku yang dekan ada 8 orang. Chek Ku, Ustaz, Ariff, Kumar Ane :D, Che Han the TK, Mini, Mala dan Geetha :D

Urm, ni yang aku dapat agak sejak awal lagi. Pointer Rafie lagi tinggi dari aku -..-" ouh saya sememangnya sakit hati dan malas nak mengaku tetapi... kenyataan. Haih... *heret teddy bear sorok tepi fridge dengan muka sugul* haha <--- over kay over. Adeh, budak ni doplohpatjam main game. Erk ni berdasarkan apa yang dia cakap la kan. Aku tak pernah lagi skodeng anak teruna orang muahaha! Sebab dia suka gila dengan Fizik yang aku tak suka gila tu so Sains dia memang confirm tinggi. Math pulak aku dah semakin sengal, study pun last minute memang tak la kan nak berangan markah lagi tinggi dari dia yang tak study math pun boleh A dalam tangan -..- ah benci dengan kepandaian dia. Jealous kay jealous. Tapi tak tau kenapa dalam banyak banyak manusia dalam kelas aku, dia je la yang mampu buat aku jealous bila markah dia lagi tinggi dari aku. Haa dengan Farina -..- adoi memang aku jealous bila budak berdua ni markah melebihi aku. Tapi untuk Sains dengan Math aku memang give up la dengan Si rafie ni. Da takleh nak ditolong haha melainkan takat kemalasan aku ni disuntik dengan vaksin kerajinan :D zaman bila, tu aku tak tau lalalala ~ apa? Pointer Rafie? Dia kata jangan kecoh kecoh haha sorry okay aku kena jaga rahsia dia ^_~ tapi kalau orang lain tau dari sumber lain tu aku tak bertanggungjawab la haha :) yang penting lagi tinggi dari pointer aku dan dah dekat dengan nilai dekan -.- okaybye assalamualaikum haha :D

kiryuuasrar
 
This blog is fully designed by Cik Wawariang.