Worst Wednesday -"-

Assalamualaikum...


Nak tahu taak? Tadi kan aku jatuh motor T-T malu gila! Bengang pun ada. Gila lah. Dah la ramai manusia kat bawah pondok tu tunggu turn nak pakai motor. Huwaaa! Macam nak sorok bawah tanah! T-T agaknya semalam aku tergelakkan sorang budak kut. Dia jatuh motor kat titi jugak. Tapi takde la aku gelakkan dia. Just kata dengan berlagaknya "Aik? Tempat senang pun boleh jatuh?" Tu kut balasan. Padan muka aku kan? HAHA jangan ikut ya anak anak? Pffft -.-

Kat atas titi tu kena 7 saat atau lebih. Procedure test memang macam tu. Pak Khalid kata JPJ tak bagi lulus kalau tak sampai 7 saat -.- selalu aku buat tak sampai 7 saat. Aku tak puas hati. Tadi aku test slowkan motor masa atas titi tu. Dah slow lepas tu nak tumbang, aku pergi tekan break lagi -.- patutnya pecut sikit motor tu kan? Aku tekan break. Bagus kan? Memang tumbang kat situ -"- and as soon as motor tu nak tumbang aku terus lompat ke tepi -,- pffft. Malu gila der gua! T-T

Tapi seriously aku rasa memang karma aku cakap macam tu la semalam. Budak tu jatuh aku rasa macam -"- aishh yang penting memang aku TERpandang rendah time tu. Karma agaknya. Tu la kan siapa suruh berlagak? Kan dah hari ni memang satu pun aku tak lepas titi. Selalu aku buat senang je. Hari ni memang satu pun tak lepas. Lepas tu siap tumbang lagi motor tu -"- kali terakhir baru lepas. Tu pun tak sampai 7 saat.

Seriously bengang ah. Masa angkat motor tu terus aku buat muka bodoh tutup penutup helmet tu. And fortunately cover helmet tu gelap luar. Tak nampak muka aku. Fuhh! Serious macam nak nangis! T-T aku tak sure budak lelaki yang satu kereta dengan aku tu nampak aku jatuh ke tak. Dia kat depan aku masa lalu titi tu. Tapi dah sampai tempat kon dah masa aku jatuh. Then dah sampai tempat kon aku buat bodoh sebab dia dah nak pergi ke tempat break emergency. Masa aku baru nak mula break mengejut tu dia dah habis. So dia berhenti. Selalu dia berhenti jap lepas tu terus jalan. Tapi tadi takde kereta pun dia berhenti -.- lepas tu dia tengok aku break mengejut. Elak aku tak langgar je belakang dia -.- agaknya dia nampak aku jatuh kut HAHA tu yang nak tengok kut kut masa break emergency aku jatuh gak ke apa ke -.- pffft perasan HAHA hari ni dia pakai baju hitam. Smart! *angkat kening dua kali* :b <--- kat Azeem HAHA :DD

Tadi belajar parking kereta. I dah okay you! Bhahaa :3 Pak Khalid tak duduk sebelah pun macam selalu hihi selalu ke? Baru dua kali belajar parking -.- haha tu je kut.

Nak tanya ni. Pernah dengar tak? Orang tak couple tapi macam rapat gitu -.- kira steady la kan. Macam cikgu aku la. Masa dia kawan dengan suami dia pun suami dia tak pernah tanya "would you be my girlfriend?" or yang seangkatan dengannya. Kawan dari form 4. Diaorang kawan macam biasa. Tapi cikgu tahu cikgu rapat dengan dia. Tak declare apa apa pun. Sampai satu tahap cikgu pasrah je kalau suami cikgu tu suka kat orang lain. Dan yang masa cikgu kawan dengan orang lain tu suami cikgu kata "Tak mau la kawan dengan dia. Nanti habis further study dan lepas dapat kerja saya pinang awak." Dan, kira jadi je. Diaorang tak pernah couple pun. Dari form 4. Cikgu akan kejut suami cikgu solat subuh tiap tiap hari. Tak pernah declare apa apa pun. Kawan macam biasa sampai suami cikgu kata "Lepas saya dapat kerja saya pinang awak." Jadi. Jadi dan sekarang cikgu dah ada dua anak dah pun. Kira couple ke tu? Tak couple tapi bercinta? Tak jugak kan? Habis tu dikira apa?

I'm off. Assalamualaikum.

4 comments:

nabila said...

em,nabila pun tak tau nak declare relay tu sebagai apa. Tak couple,tapi tolong kejutkan. tah. haha. *tak membantu langsung nabila ni. sory

Kiryuu Asrar said...

haha kaan? sokay laa. takpe :DD

Anonymous said...

you suka that boy ea? yg satu kereta dgn you tu :) haha gurau2 :)

opinion saya pasal tak couple tapi rapat tu, saya rasa takde masalah pown. sy respect jew relay camnie sbb memang rasanye better than couple. klau couple tu kira cam terkongkong sket. nak kawan dgn org lain yg oppose sex pown tak best sbb nnti cemburu la apa la kn. so klau relay camni, tak couple kan? so , okay la nak kawan dgn sesapew pown. ha! tp klau masing2 setia lgiw bagos :) means even tak couple pown, diaorang still jaga hati masing2. org yg dorang suka tu kan? :) saya tak taw la opinion saya ni bleh pkai tak :)

ღ Kiryuu Najwa ღ said...

@Anonymous haha thanks :D saya suka opinion awak :D we are on the same boat ^_~

 
This blog is fully designed by Cik Wawariang.