Ijat Pervert!

Assalamualaikum...


Annyeong haseyo, minna! :) Selamat hari raya Aidiladha :D iye untunglah birthday orang tuu 10 Zulhijjah :) Sanah hilwah ukhti habibati :) tapi I takde hadiah laa sayang. Sorry ea *muka bersalah habis* -,-' haha. Okay, tengok tajuk. Haaa? *Muka terkezzzut habis*. Siapa pervert? -,- ni aku nak story. Grrr. Harini kan hari raya haji. Maka datanglah seorang makhluk bernama Muhammad Izzat Ameer Syafie. Nak tahu siapakah beliau Si Senget ni? Tengok post aku yang Familyhood ni. Nampak? Si Ijat Senget ni, pagi pagi dah datang rumah aku.

Kenapa aku kata dia pervert? Grr haha. Pagi pagi terjah bilik orang, lepas tu memekak macam orang gila jadi jam loceng tak berbayar. Sepak kau laju laju Jat! Haha. Geram betul aku dengan dia ni. Lapor kat awek kau, tak jadi kang dia terima pinangan kau. Hahah Sengetlah Ijat! Geramnya aku dengan kau nii! Nasib baik aku sempat cover rambut guna selimut! Dan nasib baik aku tidur pakai seluar panjang dengan tee even short sleeve -,- brr bahaya lah kau ni, pervert! Haaa senget! Hatake Kakashi! Sebastian Michaelis! Kiryuu Zero! Kaito Kuroba! Shinichi Kudo! Edison Cheng! Nicholas Tse! Daniel Wu! Haaa keluar semua nama pakwe pakwe tercinta aku *kekeke*.

Betul sengetlah mamat ni! Menceroboh bilik perempuan! Tengah tengah aku tidur pulak tuu. Err tapi masa dia masuk tu aku dah bangun dah. Sebab tu sempat cover segalanya. Kalau tak kantoi la gua tidur gaya Mafia Rusia. Ha'ah! Dah gua tidur gaya Mafia Rusia boleh dia masuk bilik gua gaya Sheriff buat grand entrance nak masuk Kasino. Sawan Ijat! Haha. Untung suara kau kuat masa kejut adik aku kat bilik depan. Kalau tidak mesti aku tak bangun. Haishh Jat Jat! Nanti aku datang rumah kau masa kau tengah tidur, aku golekkan kau dari atas katil sampai jatuh ke bawah! Grrr tu revenge namanya! Tahu? Haishh.

Okeylah. Tu je nak story. Hee :D I'm off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar

Nag.. nag.. nag dan nag :)

Assalamualaikum...


Okay, harini dah 24 October, esok dah 25, lusa pulak 26 bersamaan dengan 10 zulhijjah. So, selamat hari raya aidil adha lah ya? :) Then lepas tu 27 lepas tu 28 29 30 31. Masuk November. Satu *tarik nafas* du.. du.. dua *sesak nafas* ti.. ti.. ti... tig.. tiga.. haaahh *tercungap* emp.... *tercekik* empp.. pppp... ppaatt *muka merah telinga berasap* S.. S...SP... P... P... SP... M!!! *~pengsan~*

Ha. Ha. Ha. Funny -_-' Jyeah! Nak SPM~! Dan aku masih tercegat kat sini kan? Aduh malasnya -"-, tahu tak aku tak suka study kat rumah? Hee :D takpe. Sekarang dah suka sikit sebab aku rasa macam dah suka kat Kimia dengan Add Math :) Mesti kau orang nak kata kan, dah tinggal few days lagi nak SPM baru nak suka? Err.. bukan better aku suka lambat than aku tak suka langsung ke? Hee :D ayat tak kompiden bakal doktor. Hak tuih! Tengok darah pun takut nak jadi doktor. Lupakan jelah Wa hasrat kau -,-' tengoklah nanti :) doktor kena rajin. Aku 50-50 je. Memang takde harapan. Mati anak orang, akulah salah. Haish nauzubillah.

Good luck 5 KAA 1 :)

5 KAA kan PANDAI. Dah lah kelas pertama. KAA pulak tu. Special kan? INSAN INSAN TERPILIH kan? TERROR NO ERROR kann? Kelas PALING TINGGI ANTARA YANG TERTINGGI kan? Kalau ada kelas RK kat sekolah kita pun, KAA lagi tinggi tarafnya kan. RK Science Stream je. Kita Science Agama. Hebat kan kita? Yang sekolah target 11A+ straight perfect score kan? Okay okay okay, ameen ameen AMEEN! :) Okay good luck 5 KAA :D

p/s: setelah tergeliat kepala hotak memikir cara nak baca table distributions Add Math tuu, aku pun mengupdate blog. Eh, lupa! Aku ada main Magic Cube sebelum update blog tadilah :D lama gila tak main. LAst aku main masa form 3 kut. Ni jumpa balik kekasih aku ni. Hee :D nasib baik aku tak lupa cara penyelesaian dia ^^ menunjukkan kekasih aku tu masih sayangkan aku. Kah kahh! Love my Magic Cube ♥



Hehe bila tengok Magic Cube je teringat kat insan bernama Nur Aime Alia Nasuha. Dia panggil aku sifu sebab ajar dia cara selesaikan warna Magic Cube ni :) Masa form 2 lah aku ajar dia :D daripada terkial kial susun satu warna untuk base, sampailah dia dapat buat base terakhir dan completelah Magic Cube aku tuu. Haha. Senang nak ajar dia sebab dia cepat pick up and dengar arahan aku sebijik sebijik. Yang susah dengar arahan tu memang mintak kaki lah. Hahaa. Aime ni dah pindah. Hurm rindunya kat dia~ :'D okaylah. I'm off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar

Nama Korea


Assalamualaikum..


Ada la budak tu bising bising suruh aku post pasal nama Korea. Hahaa. Ni ha! Ambik! Akak dah jumpa dah :) upah? hee :D gurau aje :3

I. Surename : Last number in your year of birth. Kalau 1995, 5 la. Kim. Kalau 1994, 4 la. Song. Faham? Okayh!

- 0: Park
- 1: Shin
- 2: Kang
- 3: Choi
- 4: Song
- 5: Kim
- 6: Yoon
- 7: Lee
- 8: Song
- 9: Jung

II. Middle name : your month of birth. Kalau lahir bulan April, 4 la kan? Hye.

- 1: Yong
- 2: Ji
- 3: Je
- 4: Hye
- 5: Soo
- 6: Sang
- 7: Yee
- 8: Hyo
- 9: Jung
- 10: Eun
- 11: Hyun
- 12: Rae

III. NAME : your date of birth. Kalau lahir 11 hari bulan, 11 la. Ra kan? Haa.

- 1: Ho                   - 16: Yeun
- 2: Woo                - 17: Ah
- 3: Hwa                - 18: Ae
- 4: Hee                 - 19: Neul
- 5: Kyo                 - 20: Mun
- 6: Kyung            - 21: In
- 7: Wook             - 22: Mi
- 8: Jin                   - 23: Ki
- 9: Jae                   - 24: Sung
- 10: Hoon            - 25: Joong
- 11: Ra                 - 26: Seok
- 12: Bin                - 27: Gun
- 13: Sun               - 28: Yoo
- 14: Ri                  - 29: Yee
- 15: Soo               - 30: Won
                              -31: Sub

Faham tak? Birthday aku 11/4/1995. So, nama aku Kim Hye Ra :D Okay, I'm off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar

Random speak

Assalamualaikum...


Dapat model lagi :D *suara agak agak excited* hari tu ada Safi 5B dan Wilda form 4D. Maisarah pun ada. Then Piqa nak tolong. Umm, Mai tak dapat :( takpelah. Takde rezeki kita nak jumpa :') next time kita jumpa ea? :') kau kalau tak dapat straight A's SPM nahas kau! Dahlah tak tolong aku! Tak dapat straight pulak tu. Hahaa. Ingat! Mesti straight tau! Aku doakan. Amin! :) then hari tu dapat seorang. Qila. 5KAA lah. Classmate aku. Tasya pun nak tolong. Adik dia, Ariana pun.


Keh, obviously finding people problem was settled nicely. Jangan nanti ada yang tiba tiba tarik diri sudah. Memang aku kasi benam kat paya Kampung Istana nanti. Yet, another problem. Mana aku nak rembat heels 3 inches untuk 10 orang? Okay wedges la kan. Terjamin sikit safety tu walau aku masih tak sampai 50% yakin -"-, okay others perhaps ada menatang tu. But yang takde? Takkan gua nak sponsor satu satu? Ranaplah gua der ="=, terpaksalah gua mintak tolong lagi. Haih! Benda ni memang berkait betul keperluan pertolongannya -..-' ahhaa. Nevermind sekurang kurangnya aku dah dapat cari orang. Kalau boleh nak cari lagi 5 orang ganti aku -,-' simpanan pun perlu kan? Kot ada yang tersungkur sujud syahid atas stage nu mana lagi awek yang nak disuruh jadi bidan terjun? And setiap model kena peraga dua baju.

And now. Siapa volunteer to help me finding wedges? -"- please~ anybody. Come directly meet me is better than commenting around -,- *pebender aku merepek neh?* memang aku prefer wedges ya untuk model model kesayangan nih. Kalau heels aku rasa setapak je dah automatik sampai kat hujung carpet stage nanti tak perlu catwalk. Lagi cepat kan guna kaedah tergolekwalk? Ha'ah. Lepas tu kalau jubah tu rosak siapa nak ganti rugi woo? Butik tu mahal segalanya kot! Aku bukannya berada sangat. Tapi taklah miskin. Ayah aku bayar zakat woo! So, the conclusion is wedges better. Help me finding them! >_<' aku dah rasa hujung hujung tanduk aje ="= aduh then nak inform diaorang lagi jumaat ada rehersal -..-' sabtu pagi pun sama. Then pukul 2 dah mula dan kitalah yang terlibat dalam acara pertama -"- tahniah... tahniah... *applause*

Okay I'm off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar

Dah nak gila!

Assalamualaikum..


Tadi dah update pasal kegeraman aku terhadap kekejian dua insan, Ifat dan Hairi aka Epat sengal dan Ayie senget! Grr.. hehee. Sekarang aku nak membebel. Haihh! Aku rasa dah nak gila! Mana aku nak cari lagi 10 orang model untuk Busana Muslimah tu wey! Dah lah aku pun kena. Bukannya lawa aku nih! Jadi model? Bhuurrr *vomit* semua orang pun vomit nanti.

Model pakai furdah boleh lah. Nanti aku test. Yang aku pening mana nak catwalk segala. Dah la aku tak berapa nak tinggi. Nak peragakan jubah yang untuk orang lampai? Means aku kena pakai high heels. Bhahah! Memang lawak yang tak lawak langsung! Kalau aku tergolek atas pentas jangan gelak la ea! Huk! Pening~ Mana nak cari lagi 10 orang model lagi. Mana nak pening segala hal lain lagi. Huaa! Kenapa aku yang terlibat dengan modelling tuuu??!! T_T sakit kepala aku fikir! T_T

Untung dah dapat beberapa orang. Safi dah okay. Wilda dah boleh. Piqa macam dah okay. Tunggu Mai. Qila pun okay. Classmates lain tak confirm lagi. Tapi selebihnya tu, cemana ek? Huaa! Siapa nak tolong aku?? ="=

kiryuuasrar

Menjelajah Entry Followers

Assalamualaikum...


Eheh. Annyeonghaseyo, cingu :) *juling mata* entah siapa siapalah cingu kau tu Najwa. Takde yang nak pun baca entry kau yang banyak merapu tu. Keh kehh. Takpe la. Ada privasi sikit :3 LOL -,-' takde apa yang menarik pasal entry ni. Just nak bagitahu tadi aku blogwalking. Then, aku bacalah sebiji sebiji apa yang ditulis dalam entry tu :D dulu pun selalu buat jugak tapi aku malas nak komen. Kali ni entah kenapa rajin pulak nak mengomen. Kah kah.

Hari ni aku menjelajah blog Mrs.Baekhyun. Kalau rajin, followlah dia :) Tadi aku bukak blog dia. Tapi hari ni sempat baca enam je entry beliau. Post lepas lepas tu belum sempat aku baca -,-' ni pun release tension kejap je. Lepas ni kena bukak note balik. Add Math aku tak sentuh lagi apa apa yang seminar bagi tu. Seminar tadi aku tak datang sebab not in well.

Aku dah rasa macam nak menangis sakit kepala tadi. Dari pagi kut dok sedut sedut hingus. Balik rumah, bhuurrr *vomit*. Ni bukan barking kay. Betul aku muntah. Sakit woo tekak gua! Macam nak tercabut tulang belakang. Erk? Apa kena mengena? Kah kahh.

So, pukul 1.30 lepas kelas Fizik tengah hari, aku pun cabut dengan Diba naik bas. Seminar pukul 3. Memang aku tak dapat pergi. Prihatin rupanya Cied terhadap aku :3 masa aku dah terduduk kat bilik mesyuarat tu, Cied tanya aku.

"Najwa, kau okay ke?" Dia tekup telinga aku dari luar tudung. Buat macam earcover kiri kanan. Aku biar je. Malas nak cakap apa apa. Hee :D sorry Cied :)

"Ya Allah! Panasnya! Dari luar tudung je pun panas macam ni, Najwa?" Cied dengan suara cemasnya yang laju macam bertih jagug. Kah kahh. Aku pun cakap nak balik. Diba dah bagitahu Puan K. Nak balik. Aku follow dia je. Sampai rumah, bum! Aku pun baring :) sekian. Hahaa.

Okaylah, bye! Jangan lupa follow Mrs.Baekhyun tadi :) I'm off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar

Alhamdulillah

Assalamualaikum...


Harini kelas SI petang batal. Ustaz suruh kitaorang balik senyap senyap. Dan memang kitaorang senyap senyap balik. Then, aku call ayah dua kali, tak berangkat. Call ibu, sekejap je. Ibu kata ayah on the way but lama jugak aku dengan Diba kena tunggu, ayah tak sampai sampai jugak. Aku suruh Diba tunggu lagi kat bus stop dalam sekolah tu then aku pergi call ayah sekejap. Kali ni ayah angkat kata kejap lagi sampai. Dah tu aku pergi balik kat bus stop depan tu. Ayah pun sampai naik Wira.

Naik je Wira, guest what? Terkejut gila tengok muka tangan kaki ayah semua luka luka. Nana kata ayah accident. Diba dah senyap takut tengok darah. Aku relax sikit je. Sikit je la. Sebab mabuk darah aku bukan kuat. Kalau banyak sangat baru aku muntah. Tapi ni cuma luka luka sikit je. So tak effect apa pun. Just aku takut tengok luka luka tu. Merah darah!

Aku tanya macam mana ayah boleh accident? Ayah tanya aku balik. Tak dengar ke bunyi pagi tadi masa sampai sekolah. Sebab ayah accident depan sekolah sebelah. Gate kecik tu betul betul depan jalan melintas sekolah sebelah. And aku tak dengar? Yes, aku tak dengar. Kalau aku dengar sure aku tak pergi sekolah. Time tu jugak aku lari ke tengah jalan. Patut tadi satu hari jantung aku berdegup kencang tak tahu on what reason.

Aku tanya lagi macam mana boleh accident? Ayah kata orang tu naik van. Baru lepas hantar anak dia kat sekolah sebelah. Ayah tengah jalan masa tu. Orang tu keluar tak tengok tengok. Aku tanya orang tu Melayu ke Chinese? Ayah kata tak perasan sebab lepas jatuh tu terus dah jadi mamai tak ingat apa. Habis ada orang hantar pergi hospital? Yes, ada. Orang yang langgar tu ke? Ayah tak perasan jugak.

Kalau orang yang langgar tu yang hantar, baguslah. Bertanggungjawab kan? Kalau tak, heh! Tuhan je balas since aku tak kenal kau siapa and aku tak tahu kau tu Melayu ke Chinese ke Indian ke what so ever. Hope kau survivelah! Sebab alhamdulillah ayah aku survive and just luka sikit sikit. Cuma jalan terdengkot dengkot sikit. Muka pun ada luka merah darah tu. Dah tak handsome dah ayah aku -,-' berani betul orang tu! Kalau aku dapat dia! Hish!

Apa apa pun alhamdulillah ayah luka sikit je. Tak teruk and paling penting masih boleh jaga kitaorang satu family :) bila fikir balik macam salah aku jugak pun ada. Sebab selalu Subuh aku doa panjang berjela untuk keselamatan family, cikgu cikgu and kawan kawan. Tapi pagi tadi entah la. Tak teringat doa tu. Yang lain aku baca macam biasa. Tapi yang untuk keselamatan tu aku rasa aku terlupa baca. Moral kan... jangan lupa sentiasa mendoakan our family, teachers and friends' safety.

Sebab Allah suka orang yang sentiasa meminta dan mengadu pada-Nya. Yang tak minta tu, sama dengan orang yang sombong and Allah tak suka orang macam tu. Kenalah berdoa selalu. Solat lima minit je kan? Doa tu dua minit pun cukup insya-Allah. Take time sikit je. Kita boleh habiskan masa lama lama dengan dunia. Lima ke sepuluh minit dating dengan Allah takkan tak boleh kan? Think about it :) together.

Alhamdulillah. I'm off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar

Permainan Cinta Gila

Assalamualaikum...


Hoi awak! Hee :D dahsyat orang sekarang ek? Pakai hoi aje. Hehe sila jangan tiru habit terbaik dan paling sopan ini :) haha merepek. Permainan Cinta Gila. Apakah? Siapa tahu? Macam pernah dengar kan? Kah kahh. Cerpen aku ni dah lama tergantung. Tiba tiba semalam aku jumpa balik buku tu. Aku pun sambung la. Nak baca? >>KLIK SINI<< Uwaa! Salah bagi link! Kah kahh. Nampak apa? Hee :D sorry la. Salah link. Yang ini betul betul. >>KLIK SINI<<

**Peringatan**
Jangan ikut ea. Baca sekadar suka suka je :) sebab budak perempuan dalam ni gila ekstream. Kah kahh. Selamba je dia bagitahu dia suka kat lelaki tu. Walaupun masa tu lelaki tu baru putus cinta. Macam tak timing ek time dia nak bagitahu tu? Kah kahh. Masa tu pun tak sengaja. Baca jelah. Bukan panjang sangat pun. Budak nak PMR pun sempat aje luangkan five to ten minutes habiskan cerpen aku tuu -,- buat hilang hilang tension :)

Okaylah. I'm off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar
 
This blog is fully designed by Cik Wawariang.