Kenangan :)

Assalamualaikum..


Hari ni baru terasa macam nak buat entry setiap hari. Nak rakamkan semua yang dah jadi kat sekolah. Semua. Semuanya. Entah. Lepas ni dah habes sekolah. Dah tak jumpa kawan kawan lagi dah. Mesti rindu. So, aku nak simpan semuanya dalam blog ni. kenangan kami kat sekolah. Precious moment kat sekolah pun apabila aku dapat kenal dengan budak budak 5KAA. Sejak 4KAA kitaorang kenal. Macam macam kitaorang buat.

Kalau kena homework bergunung tinggi kalah Gunung Tahan, sama sama la kitaorang tahan. Kalau kena jemur kat tengah panas, sama sama la kitaorang kepanasan. Kalau kena marah, sama sama la kitaorang menahan telinga. Kalau kena perli dengan cikgu cikgu yang kurang faham dengan jadual kelas kitaorang, sama sama la kitaorang menahan rasa. Kalau ada cikgu yang sampai sampaikan pasal kelas kitaorang kat budak kelas lain sampai budak kelas lain pandang rendah kelas kitorang, sama sama la kitaorang tahan sabar.

5KAA, ahli ahlinya unik. Dan kitorang memang tak sama dengan budak kelas lain. Kalau tahun lepas lepas, budak 4 & 5 KAA berbeza dengan budak kelas lain, sebab biasa la. Budak kelas Arab mesti sopan. Mesti baik. Kitaorang? Lain sebab lagi terjal. HAHA! Lawak kan? Hahh! I'll miss every moment with 5KAA members!

p/s awal: nama scientific itu adalah gurauan semata mata. jadi jangan marah ye?^^,

1.Adibah Ahmad- Diba ni kecik je. Tapi ganas yang amat. Comel sangat. Suka perasan dan kuat puji diri. HAHA! AJK Fizik paling berdedikasi di abad ini. HAHA! Full time milik Kazekage Gaara.
Nama scientific- Adiekaze Daniel. Erk? HAHA!

2.Siti Aisyah Mohamad- Sam pulak biasa je. Ehem, geng tudung labuh laa. Hohoo
Nama scientific- Sammy Digit. Kembar Sammy Value. Kah kah!

3.Nurlydia Marlia Mohamad Hafiz James- Yaya ni librarian yang comel. Kecik je budaknya. Pandai pulak tu. Muka memang ice-cold-heartless la. Orang tak boleh baca riak muka dia marah ke suka ke sakit ke apa. Bila dia cakap, baru orang tau apa dia rasa. HAHA! Muka memang cold habes. Bijak lepaskan diri dari sebarang kesalahan yang dilakukan sama ada sengaja ataupun tidak. hohoo One of FourCUBEz.
Nama scientific- Witch Yayaa Jamel. Haha

4.Rasyidah Jumaini- Ehem, Cied ni librarian senget! HAHA! Dia ni macam klon aku je. Tapi dia comel la. Aku tak -,- okay abaikan~ dia ganas gila. Memang kasar habes. HAHA! Lepas tu kalau bercakap pun macam bertih jagung. Macam aku. HAHA! Bahasa dia memang best la. Aku suka. Lepas tu, dia ni suka ikot kepala dia je. Tak suka diarah arah. HAHA. Aku pun tak :D Tapi dia ni suka dengki aku -,- One of FourCUBEz jugak.
Nama scientific- Cied Jumainji hekk ;D

5.Ainun Ainuna Zakaria- IU~ haha aku tak tau apa panggilan dia yang sebenar. Selalu aku panggil Ainun je. Tapi dia baru je dapat gelaran daripada USA, sebab USA salah sebut nama dia. Ayu. So, kitorang bagi dia nama IU, artis Korea yang cute tu. hohoo. Takpe, aku panggil dia 'Ahjuma' je. HAHA! Dia ni librarian yang comel~ haha! Dan... MINI ever! HAHA! Aku suka dengki dia dengan ayat ni. Ehem, certain orang je yang tau makna MINI tu. HAHA! Ye IU ye? Hee~ Dia ni pun suka dengki aku. One of FourCUBEz jugak.
Nama scientific- Mrs.Al-Amirio Flores. Kah kahh! [sebab laki dia kacuk Melayu-Rusia kah kahh]

6.Nor Adilah Mokhtar- Adel ni lawa. Putih melepak macam kapas dan tinggi lampai [yang penting kontra dengan USA. Kah kah] Pandai dan -,- suka dengki dengan aku. HAHA! Aku dah la tak suka diri sebelah orang tinggi ni -,-' dia suka dengki la kira. hohoo One of FourCUBEz jugak. Librarian jugak.
Nama scientific- Adel De Zhouuliann. Hee~ ;D [sebab laki dia jual barang kemas kah kahh]

7.Nur Fazlin Aziz- Lin ni kecik je orangnya. Paling kecik di dalam kelas. HAHA! Kecik gila! Serius. Tengok dia je pun orang boleh kata darjah 6. HAHA! Kecik woo. Dan pandai. Hee~
Nama scientific- Mrs.G Dragon. haha

8.Nurmiza Rasid- Miza ni Ketua Pengawas sekolah kitorang. Sekali la tu. Ketua mawas. HAHA! Dulu dia PKP, sekarang dah naik pangkat jadi KP la kan. PKP tu, Cied kata, Pocong Kaki Pendek. HAHA! Siut tak Cied? Hee~ Dia ni suka menyanyi. Paling merepek la dalam kelas. Nama je Ketua Pengawas. Tapi bab propa, fuhh! Hebat. Sebab semua orang akan percaya apa yang dia cakap. Taktau ilmu apa dia pakai. Semua orang akan percaya apa pun yang dia cakap.
Nama scientific- PKP, Pelik Kaki Pendek. Haha

9.Nor Syazni Mohd Azlan- Syaz The Monitress. Tegas dan garang. HAHA! Sikit la. Ganas woo ketua tingkatan kitorang ni. Mentang mentang black belt Taekwando, tangan semua orang dia nak pulas. HAHA! Bakal marine biologist ni. Hee~ Ameen!
Nama scientific- Miss Syazzzzzyyy. Hehekk

10.Nadiha Musley- Didi, librarian yang cute. HAHA. Kuat tidur. Hee~
Nama scientific- Miss Didi. Hee :D

11.Farhana Zawawi- Nana. Seorang mawas yang cantik dan tak berapa nak rajin tapi pandai. HAHA! Memang nampak dia macam malas je. Tapi sekali keluar result, perghh jatuh rahang cecah lantai semua orang. HAHA! Tapi memang dari dulu dia pandai. UPSR straight 5, PMR pun straight 9. Insya-Allah SPM ni pun straight 11A+ bersama sama 26 ahli 5KAA yang lain. AMEEN!! Gila Korea especially SuJu. One of Vitalatte.
Nama scientific- SiwoNana / Girang. Haha [sebab laki dia, dia letak nama Si Won haha]

12.Fatimah Afiqah Jumaat- Term, juga mawas berjaya. HAHA! Lawa dan comel. Sama jugak macam deskmate dia Si Nana tu. Diam diam ubi berisi. Sekali keluar result, perghh! Menganga! Huu~ tapi diorang ni tak la senyap. Kelas kitorang ni semua banyak cakap. All 5KAA members are talkative. Takde yang senyap. 27 27 banyak cakap. HAHA! Term ni one of Vitalatte jugak.
Nama scientific- Mrs.Gikwang.

13.Nor Alia Amdan- Alia ni mawas jugak. HAHA. Kecik je budaknya. Suka senyum dan..., boleh tahan pandai. Huu~
Nama scientific- Ali Amdan. Keh kehh

14.Nurul Zakira Shamsul- Kiera aka Miss K. Pemegang black belt Taekwando -,- ganas jugak walaupun nampak lembut dan pemalu. HAHA! Pemalu tau dia ni. Kau tanya je dia pape pasal Korea. Takde yang dia tak tau. Semua dia tau. Dan dia ada belajar Bahasa Korea jugak. Tulisan hangul. Nama aku yang bunyi Arab ni pun boleh pusing pusing jadi dalam tulisan hangul. Jangan kata nama Arab, kau kau bagi nama Samad bin Sameon pun boleh jadi dalam tulisan hangul Korea tu. HAHA!
Nama scientific- TegoshirosamuSungOriYoung2Min. Haha

15.Nur Fazira Fadzil- Ira ni pun one of the mawas. HAHA! Pandai gila! Selalu yang pulun tempat 123 memang takde orang lain, pusing pusing muka diorang berempat jugak. Ira, Yaya, Nana dengan Aina. Yang lain sedang cuba memotong. Hee~ Secret Admirer Ustaz Akhdiat. HAHA! Shushh! Kantoi lah! HAHA! Dia ni gila anime. Aku dapat Gosick, Vampire Knight dengan Uta No Prince Sama daripada dia ni la. hohoo. Tapi aku tak puas hati dengan dia. Sebab dia pun suka kat Hatake Kakashi! T_T dengan Shinichi Kudo.
Nama scientific- Detective Ira. Hohoo

16.Nur Fatimah Aina Mohamad Ali- Aina ni librarian. Kuat perasan. HAHA! Suka puji diri dia comel. Naseb baik comel betol. HAHA! Ni la dia sekutu Ira, Nana dengan Yaya yang selalu bertukar tukar tempat nombor 123.
Nama scientific- Mrs.DongHae kah kahh

17.Nor Sahadah Dor Baser- Adan ni mawas jugak. hoho. Tinggi dan putih. Lawa la. Hee~ Selalu nampak dia dengan Didi la.
Nama scientific- Kaki panjang -,-'.

18.Najihah Maskor- Jiha. Manis dan lawa. hoho. Muka macam Harry Potter dan minat Harry Potter. Anime pun boleh tahan jugak budak ni.
Nama scientific- Jiha Potter.

19.Nurul Fatihah Jailan- Te'a ni pun one of the mawas jugak. Tinggi -,-' dan kreatif. Aku suka tengok dia melukis atau berseni :D huu minat Korea.
Nama scientific- Aifa haha c(:

20.Nurul Afiqah Iwana Mohd Azam- Wana. Suka kacau aku -,- haha! <-- fitnah semata mata. Hee~ minat korea jugak. One of Vitalatte jugak :D
Nama scientific- Mrs.JunSu

21.Nuresya Fitrah Hanani Adnan- Nanee :D minat Korea jugak. Pun one of Vitalatte.
Nama scientific- Mrs.Sung Min. Hakz

22.Anisaida Munira Mohd Munawar- Moon :D seorang mawas yang gila Korea. Paling gila Super junior. Suka gila kat 'mamat lembut' dalam SuJu tu, Heechul. Errhh ="= I tak minat dia youu! HAHA! One of Vitalatte.
Nama Scientific- Mrs.Heechul of coursee -,- HAHA!

23.Nurul Ain Mokhtar- Ain The Assistant Monitress :D manis orangnya. Tahi lalat tepi bibir. Huu~ Lawa tauu. Budak HOT berzaman. Kah kah. Tak percaya? Tanya dia. HAHA!
Nama scientific- Nickhun / Monyet gemoks Kah kahh :D [kenapa gemoks, aku tak tau. Orangnya kering jer. HAHA!]

24.Nor Aqila Abu Bakar- Qila si librarian yang comel dan lampai serta AJK QS paling berdedikasi di abad ini. HAHA! Jiran belakang terchenta. Sopan dan lemah lembut orangnya. Erk? HAHA! Kalau dengar dia menjerit, Aww! Penuh kewanitaan YOU! HAHA!
Nama scientific- Lensque Aqila :D [Lensque tu apa? Tanya la Qila sendiri. HAHA]

25.Nor Adilah Mohd Nazlin- Dila ni one of the mawas jugak. HAHA! Comel. Kecik je orangnya. Ayah dia member ayah aku -,- HAHA! Jiran belakang terchenta jugak. HAHA!
Nama scientific- Adilah AILA :D [tanya dia kenapa Aila. Hee]

26.Nuraishah Hamsan- Aisha senget. HAHA! Deskmate terchenta aku. Suka pukul aku yang baik ni -,- HAHA! Suka dengki dengan aku. Pandai dan suka puji diri serta comel dan MENGADA NGADA! HAHA! Kalau tak kenal dia, mesti ingat dia sombong. Sebab mata dia macam menjeling. Tapi bukan menjeling. Mata dia memang tirus -,- so, kalau dia tengok orang ikut tepi je pun orang ingat dia menjeling. HAHA! Lemah lembut orangnya. Erk? Mana besen? Aku nak muntahh! Kah kahh. Lemh lembut kerr? Penuh tanda tanya larr c(: kau suka pukul aku kan Shah?? Grrrhh! HAHA
Nama scientific- Hilman Yong's HAHA! [Apa lagi? Tanya la dia siapa Hilman Yong. Hee. Kalau dia kata tak kenal, tanya dia siapa Damien Yong hee]

27.Nurul Najwa Saharudin- Najwa yang baik dan pandai lagi rajin serta comel. HAHA! *aplause. okay, sila tepuk tangan. Kah kah* tepuk tangan pulak? Baik aminkan. Lagi bagus. Untung untung aku jadi baik dan pandai lagi rajin serta comel betol betol -,- HAHA! Insya-Allah. Ameen! :)
Nama scientific- Wawariang :)

Okay, itu jepp :D Pentel Sharplet.5 off :D assalamualaikum.

kiryuuasrar

Apabila Kami Merempit Kah Kahh

Assalamualaikum..


Sepatutnya benda ni aku story semalam. Tapi lupa pulak nak citer hehe [^_^' ]\ semalam aku buat jahat. Tapi takde la jahat sangat pun. Bila USA [Ustaz Syed Ali] cakap, baru aku ingat. Semalam kitorang merempit kat tengah jalan -,- Kah kahh.

Sepatutnya aku balik naik ayah aku. Macam biasa la. Tapi semalam Sam [Siti Aisyah Mohammad] ajak balik sama. Lepas je keluar kelas Chemistry, terus balek sebab kelas Math takde. Maklumlah, kelas 5KAA ni kan kelas terpandai dan terbaik. So, Math tu takde kelas pun, alah~ small matter. Kacang goreng jelah. Kitorang kan budak budak pandai [Kah kah! AMIN AMIN AMIN!].

So, keluar je lab Chemist, aku nak balek kelas lah. Amek beg. Baru je pijak satu anak tangga [kelas aku atas lab Chemist] nak naik kelas, Sam panggil aku. "Yep? Ada apa, der?" "Jom balek dengan aku." Acehh. Sam nak hantar~ "Dey, kau ni biar benar? Suka sangat buat kejutan." "Iye la. Cepat la amek beg kau. Aku tunggu kat motor." Cantekk! Aku pun dalam keadaan 'sarat' sakit perut rasa macam nak tercabut pinggang tuu, pergi lari naik ke kelas, capai beg yang telas siap dikemas, dan... terus pergi kat bike park.

Sampai bike park, Miza dengan Nisa datang. Sam dah janji dengan Miza nak raya sama. Nisa pulak tiba tiba nak ikot. Kot la. Tak pasti. Lepas tu, decide punya decide Miza naik Sam, aku pulak naik Nisa. Tapi takde helmet!! Macam mana? Lalu dalam la. Ala takpe. Polis mana ada waktu waktu gini -,-' kata kata dari seorang yang berlesen. Huhh! Mentang mentang aku takde!

Dan, kami pun keluar sekolah. Lalu jalan besar. Tak pakai helmet. Cehh! Terserempak pulak dua mamat Vokasional BP naik motor. Macam kitorang jugak, yang ride pakai helmet, yang belakang tak pakai. Sama la dengan kitorang. Nisa la yang ride. Motor dia kan. Takkan aku suka suka nak bawak? Helmet pun satu je. Aku tak pakai la. Dah la hujan. Gerimis. So, kalau jadi pape semalam memang aku jalan dulu laa. Kah kahh -,-' LOL lawak!

Waktu jalan tu, USA pulak potong kitorang. Si Sam dengan Miza dah laju kat depan. Kitorang kat belakang gelak gelak je. Nisa tanya aku. Aisyah tu nak lumba dengan USA ke? HAHA! Senget! Lawak gila!

Sampai rumah aku, diorang terus nak balek. Sebab hujan tak lebat sangat. So, tak singgah. Jumaat ni baru diorang raya rumah aku saing dengan Diba. Lawak arh. Tak pernah aku buat jahat depan ustaz. Sekali ustaz nampak kitorang naik motor. Tadi pun ustaz perli perli. Tapi Miza la kena c(: aku tak kena sebab ustaz tak nampak aku. Aku sorok muka sebab aku tak pakai helmet. Kah kahh!

Sejarah lagi ni. Kenangan waktu sekolah. 'Empat orang budak tudung labuh merempit'. Sorang tak pakai helmet. Kah kah. Kelas kitorang tu nama je kelas KAA. Budak baik la konon. Budak Arab kan? Kelas agama. Cehh! Ingat semua macam tu ke? Tak la. Skema skema yang spesies litar skematik letronik tu semua tak kena la dengan jiwa kitorang. Tapi memang boleh dikira dengan jari je la yang pakai tudung labuh sampai siku. Sam, Miza, Kiera, Qila dengan aku. Yang lain biasa je tudung macam budak kelas biasa. Nisa kelas 5A. Rasanya kat 5A tu, Nisa sorang je kot pakai tudung labuh. Okay, stop sampai situ.

So, memang lawak la. Dah la empat empat tudung labuh. Merempit, lawan dengan ustaz yang naik Avanza tu. HAHA! Ishh tapi memang bahaya la. Dah la aku tak berhelmet. Hujan pulak tu. Kalau jadi pape memang aku jalan dulu. Huishh. Nauzubillah.

Hari ni takde story best pun kat sekolah. Just sedih sikit sebab Ustazah Ahlam nak pindah. Beliau ajar kitorang Quran Sunnah. Takpe kot. Lagipun syllabus kitorang dah tamat bulan lima yang lalu. Cepat tak? Cepat kan? Walaupun ada berapa puluh tajuk bab dalam buku tu untuk syllabus form 5, beliau tetap habeskan sebelum beliau cuti bersalin hari tu. Beliau kata sebab beliau tanak hutang kitorang. Bagus kan?

Kay, admit ada rasa jugak ketiadaan beliau nanti. Walaupun kitorang selalu merungut pasal beliau, pasal kerja kerja yang beliau bagi, semua pasal beliau banyak yang kitorang rungutkan, tetap jugak berasa bila beliau pindah nanti. Mana ada cikgu lain kat sekolah kitorang ni bagi assignment banyak macam beliau. Hee~ Mana ada lagi cikgu kat sekolah kitorang yang galakkan kitorang buat assignment luar tajuk buku teks untuk kitorang ready macam mana life kat U nanti. Mana ada lagi cikgu lain yang selalu tahan kitorang balek lewat. Selagi tak cecah pukul 5 memang takkan sampai rumah punya kitorang ni. HAHA. Mesti rindu beliau nanti. Besok ada jamuan dengan beliau. Okay, sampai situ je untuk hari ni. Kay.

Pentel Sharplet.5 off :D assalamualaikum

kiryuuasrar
 
This blog is fully designed by Cik Wawariang.