Minggu Pertama Trial :)

Assalamualaikum...


Arakian tersebutlah kisah kehidupan Che Najwa ketika peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysianya. Adapun ketika itu barulah sudah berlalu seminggu hari peperiksaannya... Erk? Aku tak faham -,-' kah kahh.. abaikan~ okay,

Isnin
3 September 2012
First day trial. Hari ni BM paper 1 dan paper 2 -,- kesemuanya dua paper :) dan dengan bangganya aku memberitahu bahawa komsas aku hancusss -,- okay cukup sampai situ. Karangan tara hal but rumusan! Yea yeah! Aku lupa nak buat penutup! Jyeahh! Bukan main lagi aku happy perkataan tu tak sampai 120 rupa rupanya ada perenggan aku tak buat -"- punah harapan nak dapat A+ kah kahh *applause* ya ya. Silalah tepuk tangan :) Padan muka kau Najwa! Okaylabye! Nak baca English pulak :)

Selasa
4 September 2012
Second day trial. Hari ni exam Bahasa Inggeris. Yeah thanks to budak Dato' kerana telah berkongsi maklumat -,- semalam karangan aku buat peranan ibu bapa memupuk minat membaca dalam diri anak anak dan hari ni punya continuous writing pun aku buat pasal membaca jugak. Benefits of reading. Yea yea aku tahu -,- sangat bosan apabila kita buat karangan berbentuk fakta -,- nak buat macam mana? Dah aku menghabiskan masa sehari suntuk dengan membaca sesuatu yang berkenaan dengan bacaan. Err.. faham? Baru lepas buat karangan memang macam ni -,- kepala pun terikut nak bagi ayat bombastik <-- keh kehh credit to Shah sebab cikgu marah dia guna ayat bombastik sangat kah kahh so, English takde mess kut. Tapi pemahaman yang pindah maklumat tu aku tak yakin betol semua sebab bahasa dia tinggi tahap tak ingat -,- Okaylabye! Nak baca Syariah :)

Rabu
5 September 2012
Third day trial. Arakian tersebutlah kisah err.. arakian ke? Baru je beberapa jam tadi aku exam. Kah kahh. Okay, hari ni exam Syariah Islamiah :) bahasa dia tinggi siutt. Nak tergeliat otak aku. Hee~ okay aku tipu hee. Ada dua paper. Paper 2 dulu dan aku rasakan macam nak bagi koyak aje benda tu. Ada ke bagi soalan nasakh mansukh yang aku tak terer langsung tu? -,- paper 1 kira ampun la jugak. Tu pun hampir aku nak deal dengan pengerusi Persatuan Pengakap untuk derma bahan bakar nak buat unggun api masa camp diorang bila bila nanti -,- okay, esok QS pulak. Nak baca ni :)

Khamis
6 September 2012
Jyeahh! Forth day trial. Hint dapat hanya dua Imam sahaja, Imam Ahmad Hanbal [pengasas mazhab Hanbali] dengan Alkhuwarizmi je. Sekali kat soalan objektif keluar tanya Sheikh Tahir Jalaluddin maka aku pun tercungap nak jawab sebab tak recall balik -,- nasib baik time belajar dulu tu ingat sikit sikit lagi -"- kalau tak memang jadi bahan bakar je paper exam tu -,- Soalan ada enam, jawab empat sahaja. Soalan satu dan dua biasa la. Pengajian Quran dengan hadith. Serius soalan dua tu aku tak boleh nak pilih sebab aku tak faham sepatah haram hadith tu maksud apa -"- soalan satu tu ada faham la jugak. So, aku tak pilih nombor dua. Yang aku pilih, soalan satu, tiga, lima dan enam :) boleh tahan la. Sebab aku beratkan kat bab latar belakang Imam. So, dapat la jugak jawab nombor enam :) okay, esok Modern Math. Sekarang masa memantapkan working!! -"- Matrix~ *pengsan~pengsan~* haha!

Jumaat
7 September 2012
Fifth day. Matrix tak susah untuk kali ni. Paper 2 pun insya-Allah boleh. Macam senang je tadi. Hee~ Tapi dah confirm aku hilang 3 markah sebab kecuaian teknikal. Padan muka. Dengan konfidennya aku tak semak balik soalan angle tu, sekali silap bila kawan kawan aku bincang, jawapannya lain -"- jawapan diorang semua sama, aku je lain. Confirm la aku yang salah kan -"- sedih aku 3 markah yang bernilai telah terbang. Senang kot soalan tu. Boleh salah pulak. Tu la mata kero. Orang buat Math, kau dok ingat tutt hahaa abaikan~ huk tapi soalan lain insya-Allah betul hee~ tak tau la kalau ada yang aku cuai lagi -,- dan paper 1 dia memang membunuh la oii! Gila banyak aku pakai aci taram bulat jawapan yang agak agak munasabah. Hee~ HENTAM SAMA DIAAA! Ada la dalam 5 soalan gitu. Huu~ Cari maut siut. Takpe la. Tapi harapnya dapat A lah. A+ memang confirm aku kena kiss that gred goodbye awal awal. 8 Markah dah terbang~ -,- takpe. Cikgu kata cikgu nak kerjakan yang salah matrix dengan triangle je. Aku salah bab lain kihkihkihh. Logik la cikgu marah kalau matrix salah. Satu soalan matrix, 6 markah. Kan rugi kalau salah kan? hee~ Okay la. Tu je. Isnin depan, Sejarah pulak :)

kiryuuasrar
 
This blog is fully designed by Cik Wawariang.