Entry kedua untuk hari ini :)

Assalamualaikum...


Jyeah! Mentang mentang exam dah habis asek nak buat entry aje kan? Lalala~ aku gila boring dan sedang mengelakkan kepala dari memikirkan pasal result trial aku yang bakal macam !@#$%^&. So, aku nak update blog je. Hee. Ni dah entry KEDUA tau! Kah kahh. Rajin tak aku? Rajin kan? Entry tadi biasalah pasal subject yang aku exam tu :D

Sekarang nak mumbling again. Lalala~ semalam kan tak sempat nak update panjang panjang. Aku just suruh dengar lagu blog aku ni je. Ni aku nak cerita yang semalam aku terkena dengan adik aku Si Aie tu. Kurang asam gelugur punya budak!

Ada ke patut dia kenakan aku? Balik sekolah penat penat tu, aku nampak dia tengah makan muruku dengan kawan dia, Ayul. Penat ni! Baru lepas curahkan segala idea kat essay Bio tu semalam *muka kerek*. Tiba tiba aku nampak ada air colour cantik kat sebelah dia. Kemain! Ni mesti buat Ribena ni. Sedapnya~ aku pun dengan muka simpati mintaklah dia air lawa tu sikit. Dia pun bagi. Aku tengok dia tahan tahan gelak dengan Ayul. Tapi tak tahu la apa sebab.

Maka aku yang naif lagi baik hati ni pun mula meneguk air lawa tu. Bhuurr *tersembur* kepala hangguk kau! Masin siuttt! Binawe punya adik! *sepak sepak dia dengan muka garang mata bersinar* Kau letak garam dalam Ribena?? Cuma sebab kau dah terkena dengan kawan kau, kau kenakan aku pulak? Aku sepak sepak kau kangg! ="=, grrrh geram aku! Hee~

So, moral of the story is:
Don't judge a drink by it's yummy colour

Tak faham? Alah sama angkatanlah dengan pepatah yang ini:
Don't judge a book by it's cover

Tak faham jugak? Pergi bunuh diri. Cikgu kat sekolah ajar kau buat apa? Main guli? Kah kahh. Eh jangan ikut pulak! Kalau tak tahu tanyalah. Apalah! :D Okaylah. Pentel sharplet.5 off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar

Minggu ketiga trial

Assalamualaikum..


Rabu
19 September 2012
Wallawey! Biology memang subject kesukaan gua. Cayalah! Soalan gila senang! Macam nak tercabut kepala gua buat tadi. Senang gila! Bhuurr *vomit* err... excuse me. Mabuk pulak buat essay banyak sangat hari ni. Kah kahh.

Boleh la. Essay yang macam mana anak boleh masuk dalam kumpulan darah O sedangkan ayah punya darah A, ibu punya darah B. Lalala benda ni aku suka so masa cikgu ajar tu aku terus ingat sampai sekarang. So aku tak baca pun boleh jawab. Tapi variation gua tak ingat -,- gua tak dapat buat. Lalala 8 markah hilang terbang begitu sahaja. Ye ye tahu. Babai~ hahaa dan lagi dua essay tu memang membunuh la. Baik gua pilih yang ada jugak yang gua tahu kan? Hahaa daripada tak tahu langsung.

So, finelah. Tengok je apa cerita benda tu nanti -,-

Khamis
20 September 2012
Jyeah! Soalan Bahasa Arab SENANG membunuh! -,- menganga aku tengok essay yang panjang 150 patah perkataan tu. Hek eleh. 150 patah je. Tu pun tak boleh buat. Ha'ah! 150 patah JE pulak kau kan? Sini aku nak tengok kau buat karangan Arab 30 patah. Ada kau dapat? Tak ada kan? Hurhh. Jangan ingat 150 patah tu ciput. Tegang sel otak aku fikir nak guna perkataan apa lagi tahu tak?

Lepas tu aku boleh lupa 'alaqah tasrihiyyah. Wallawey. Yang tasrihiyyah aku buat kat majaz mursal. Sengal tak? Paper 2 aku memang hancuslah. Tapi soalan ucapan 30 patah perkataan tu aku dapat buat :) ucap birthday. Okaylah. Gua chow dulu. Nak buat entry lain :) Pentel sharplet.5 off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar
 
This blog is fully designed by Cik Wawariang.