Ijat Pervert!

Assalamualaikum...


Annyeong haseyo, minna! :) Selamat hari raya Aidiladha :D iye untunglah birthday orang tuu 10 Zulhijjah :) Sanah hilwah ukhti habibati :) tapi I takde hadiah laa sayang. Sorry ea *muka bersalah habis* -,-' haha. Okay, tengok tajuk. Haaa? *Muka terkezzzut habis*. Siapa pervert? -,- ni aku nak story. Grrr. Harini kan hari raya haji. Maka datanglah seorang makhluk bernama Muhammad Izzat Ameer Syafie. Nak tahu siapakah beliau Si Senget ni? Tengok post aku yang Familyhood ni. Nampak? Si Ijat Senget ni, pagi pagi dah datang rumah aku.

Kenapa aku kata dia pervert? Grr haha. Pagi pagi terjah bilik orang, lepas tu memekak macam orang gila jadi jam loceng tak berbayar. Sepak kau laju laju Jat! Haha. Geram betul aku dengan dia ni. Lapor kat awek kau, tak jadi kang dia terima pinangan kau. Hahah Sengetlah Ijat! Geramnya aku dengan kau nii! Nasib baik aku sempat cover rambut guna selimut! Dan nasib baik aku tidur pakai seluar panjang dengan tee even short sleeve -,- brr bahaya lah kau ni, pervert! Haaa senget! Hatake Kakashi! Sebastian Michaelis! Kiryuu Zero! Kaito Kuroba! Shinichi Kudo! Edison Cheng! Nicholas Tse! Daniel Wu! Haaa keluar semua nama pakwe pakwe tercinta aku *kekeke*.

Betul sengetlah mamat ni! Menceroboh bilik perempuan! Tengah tengah aku tidur pulak tuu. Err tapi masa dia masuk tu aku dah bangun dah. Sebab tu sempat cover segalanya. Kalau tak kantoi la gua tidur gaya Mafia Rusia. Ha'ah! Dah gua tidur gaya Mafia Rusia boleh dia masuk bilik gua gaya Sheriff buat grand entrance nak masuk Kasino. Sawan Ijat! Haha. Untung suara kau kuat masa kejut adik aku kat bilik depan. Kalau tidak mesti aku tak bangun. Haishh Jat Jat! Nanti aku datang rumah kau masa kau tengah tidur, aku golekkan kau dari atas katil sampai jatuh ke bawah! Grrr tu revenge namanya! Tahu? Haishh.

Okeylah. Tu je nak story. Hee :D I'm off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar
 
This blog is fully designed by Cik Wawariang.