12/12/12

Assalamualaikum...


Hey, babes HAHA now dah 3 a.m but aku still tak boleh tidur. Apa masalah mata aku? Itu jangan tanya aku sebab aku pun tak tahu apa dia jawapannya. Sekadar menghilangkan bosan. Ehh! Aku jumpa facebook dia! HAHA senget tak? First calon suami aku dari matchmaker mak dia sendiri. Memang lawak gila. Haritu main coin dengan Piqa. Godak godak segala syiling yang ada dalam mangkuk tu, pick one and tengok syiling tahun bila. Then Piqa tanya apa jadi masa zaman tu. Okies. Ini dia jawapan jawapan aku :D

1995- Aku lahir.

1996- Aku setahun dan tak ingat apa apa.

1997- Aku dua tahun tak ingat apa apa juga. Masa tu Wan lahir. Aku dapat adik baru :D

1998- Aku tiga tahun. Tak tahu apa apa juga.

1999- Aku empat tahun. Entah tak ingat apa apa.

2000- Lima tahun. Dapat adik baru apabila Aie lahir.

2001- Enam tahun, masuk tadika dan kenal Mirza Maisarah :D

2002- In standard one masuk sekolah semua perempuan dan kenal Tun Azshafarrah :D

2003- Darjah dua. Kedai ayah aku baru buka :D

2004- Arwah Tok Bah meninggal :') aku rapat dengan Tok Bah dan Ain. Aku darjah 3. Baru lepas main kat taman.

2005- Darjah 4 aku satu kelas kat sekolah agama sekali dengan Eka Eya Ijat and Zakwan. Pernah jadi kat korang tak sekali satu kelas dengan sepupu sendiri sampai 4 orang? HAHAHA tapi Zakwan tu kira kes berkecuali sebab dia dua pupu aku. Bukan sepupu :D dia one nine in 2012 ni. So atas dua tahun dari aku la ni. Dan aku dapat adik baru apabila Nana lahir :D

2006- Darjah 5 apabila ada orang jadi matchmaker [Mak Zakwan] kata aku nak dijadikan menantu -.- dan aku menangis malu masa tu. Sejak tu kalau nampak dia aku lari! Hehehe

2007- Darjah 6. Tok mak dan Atuk meninggal dalam tahun yang sama :') Dapat result UPSR dan pisah dengan kawan kawan.

2008- Form 1. Terkilan kat sekolah baru tu takde kawan dari sekolah lama langsung langsung dan aku jadi liar sekejap sebab takde orang yang nak kawan dengan aku yang tak reti bercakap ni. Aku bagi hadiah paling teruk kat ayah :( sampai sekarang I still feel like macam bodoh je aku punya tahap kemalasan dan ketakgunaan tu tinggi melangit masa tu. Pity my parents dapat anak tak guna macam aku masa tu. HAHA percaya atau tak, aku hampir dibuang sekolah :D cikgu kata nasib baik aku pandai kalau tak memang kena tendang je dari sekolah tu. Berguna ke Najwa ni? Tak kan? Itulah kenyataan. Aku takdelah baik mana. Campur lagi dengan budak lelaki. Main galah sama sama main ronderst sama sama. Fikir aku takde apa yang best je kat sekolah tu. Nothing. baik mana je Najwa ni? HAHA believe it or not aku memang tak guna masa ni dan 2008 adalah zaman gelap bagi Najwa Saharudin :) tahun kenalnya Mai dan Aime :) Kenal dan dengan bodohnya terima Acit masa dia propose :I that's it kan aku dah kata aku ni kategori bodoh lagi zaman ni. Form 1 dah gatal nak couple kann? HAHA tapi aku tak sempat nak suka dia pun and I'm glad it happened! -.-

2009- Form 2. Aku try ubah diri aku jadi lebih baik. Try to be a good girl kat sekolah tu walaupun malu nak jumpa batchmates yang tahu kes aku yang tak guna ni masa tu :) HAHA masa tu budak lagi dan baru aku perasan yang aku sangat lambat nak matang -.- HAHA tahun kenalnya Azeem dan Ifwat :) dalam waktu terdekat Acit buat hal dan kitaorang clash dengan senang hati sebab aku belum sempat pun nak betul betul suka diaa. Dan... takkan nak confess kat sini. Gila? HAHA aku mula suka orang tu tak tahu bila dan tak berani confess.

2010- Form 3. Tahun nak PMR dan masa tu tahu sesuatu dalam aku tak reti nak confess tu. HAHA best la. Nasib baik tak effect apa apa kat  result aku ke apa :)

2011- Form 4. Ehh? Kejapnya aku dah form 4? HAHA okay berlaku peristiwa kawan semulaaa dan aku confess kemudian peristiwa putus ituuuuu then terjadi juga tragedi budak bodoh [aku] cari pasal dengan orang tak pasal pasal HAHA

2012- Dan sekarang. A one seven girl yang entah bila lagi nak betul betul matang dalam buat keputusan untuk hidup dia :) hey dude. Jangan ingat senang nak tentukan hala tuju. So study hard and smart :) okayy :D

Lepas main game tu, aku capai whiteboard marker conteng nama Fariz atas meja. Dan aku tanya Piqa yang masih dengan muka innocent tu. "Kau tak cemburu ke aku quote nama Fariz banyak banyak macam ni? Kalau aku girlfriend dia, aku jealous tau orang quote nama orang yang aku suka banyak banyak macam ni even dia kawan aku sendiri. Even kau yang kakak aku ni pun." HAHA aku tahu Piqa mesti tak tahu yang aku pernah cemburu dengan kawan kawan aku :D

Piqa buat muka bodoh je. HAHA innocent betul muka dia ni. Nak lempang boleh tak? Boleh kena saman ke? Fariz nak saman aku tak kalau aku lempang bini dia ni? HAHA aku tahu dia cemburu even dia couple dengan Fariz pun boleh dikatakan dengan alasan tak sengaja. Dan dia tak nak pun mengaku yang dia suka kat Fariz even obvious aku nampak dia dah mula suka. Ingat aku tak ingat ke muka dia masa bagi aku phone yang Fariz call aku tengah nangis seru nama Fariz mintak tolong tu? HAHA muka cemburu. Tapi tak mengaku. Aku tahu dia sembunyikan feeling dia tak nak aku tahu yang dia dah suka Fariz. Tapi, nak buat macam mana kaaann. Aku dah perasan punn :b hahaha obvious tahuu? :D

Masa aku quote nama Fariz tu la Zakwan datang. Masa tu aku menjerit sebab puas hati dengan apa yang aku tulis. Nama Fariz dengan Afiqa. Terkejut muka Zakwan masa aku menjerit tu kah kahh sungguh la lawak muka dia HAHA dia tanya samada ayah atau ibu aku ada ke tak kat kedai dan memang masa tu both parents aku takde kat kedai HAHA so, okay. Masa nak blah dia kata Bye HAHA macam lawak tak aku tak pernah pun tegur dia walaupun kitaorang hampir dijodohkan. Dengan aku selalu lari kalau dia mahupun mak dia datang. Sejak mak dia jadi matchmaker aku masa darjah 5 tu aku terus tak nak jumpa family dia. HAHA impak yang sangat besar kan? Punya la aku tak nak nikah dengan dia HAHA walhal masa tu aku menangis sebab malu gila. Then sejak aku lari lari tu, memang tak nampak dia sampai la aku tak lari lari lagi dan kalau dia nampak aku mesti dia senyum angkat tangan kata Hai kat aku HAHA lawak tak? Ni hari tu dia datang kedai lepas dengar aku menjerit dan dia bagi riak muka terkejut sekali say Hai macam tu HAHA lawak. Masa nak blah dia say Bye Wa pulak. Ajaib tak? Aku tak pernah tegur dia kuttt -.- haha kes dia la ni yang aku kena sound masa darjah enam.

"Jangan ganggu Zakwan lagi." Crap! Aku tegur mamat ni pun tak pernah laa you girl! Please lah! *gaya pondan* Dia ni dua pupu aku. Dan aku tak pernah nak tegur dia, maka apakah kerelevenan kau nak sound aku macam tu? Kah kahh lawak siuutt. Dan walhal mamat tu masa tu ada girlfriend lain agaknya yangentahsiapasiapaentah masa tu boleh pulak kau suspect aku perempuan tu. Hello aku masih innocent masa darjah enam tu okayy! *sekali lagi gaya pondan* HAHA. Lawak je.

Dan harini aku jumpa facebook dia atas bantuan Jaja aka cousin terchenta. Dia memang kawan agak rapat dengan Zakwan. So dia tahu. Haa aku tak tahu punn -.- hahaha punya lah beria mintak fb Si Zakwan tu sekali dapat, tengok gambar dia memang aku terus meremang bulu roma. Fobia lama datang lagi HAHA dan akhirnya aku TAK ADD sebab aku takut lagi tak berani HAHAHA okayy sekian. Tu je cerita aku sebenarnya. Sekarang dan 4 pagi dan rasanya aku macam dah mengantuk :D I'm off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar
 
This blog is fully designed by Cik Wawariang.