22/2


Assalamualaikum...


Congrates Wawa!

Haha pernah dengar ada orang say congrates kat diri sendiri? Haha pernah kut. Ni aku buat :D 22/2, Jumaat, means semalam, aku happy! Aku pass B2 test! Alhamdulillah :D

Aku sent mesej kat semua orang! Ayah angah [ibu tak sebab angah dah bagitau] Piqa Mai Diba Biha Nad Tiqa :D haha respond mereka,

Me : Ayah, lulus! Hehe
Ayah : Alhamdulillah

Me : Aku lulus! Hehe
Angah : Semua ke?
Me : Cis! Cakap lah kau jealous aku lulus semua bahagian! Haha
Angah : Ceh, bila kau dapat P?


Me : Aku lulus! Hehe
Piqa : Congrates :D dah lulus ni boleh la belanja aku makan
Me : Haha aku teringin nak makan sizzling :D
Piqa : Betul la. Aku pun teringin. Tengok promoter aku makan macam sedap je.
Me : Haha senget


Me : Aku lulus! Hehe
Mai : Congrates!!

Me : Aku lulus! Hehe
Biha : Ujian litar ea? Cakap apa dah lulus?
Me : *hehe, contoh kakak baik ni* Alhamdulillah hehe :D dah berapa ribu kali aku cakap hari ni Biha :D
Biha : Kereta bila?

Nad tak reply. Kerja kut. Karang phone dia masuk hidangan sushi siapa nak tanggungjawab? Haha Diba takde kredit kut. Tiqa, aku memang tahu dia takde kredit. Haha. Dia? Siapa tak kenal? Phone masuk bawah katil ke bawah tanah ke, kisah apa dia? Orang tanya mana phone, baru dia terfikir, "eh mana phone aku!?" haha. That's Atiqah Amira. The cute one the kiddo one :D

Facebook,

Kak Memey : Tahniah yerk.hehhe..
Abit : dah leh gerak tmn sri jaya lah nie ? haha


Okay, aku dah lulus. Tapi tak puas hati dengan JPJ tu! Dia tanda cross kat bahagian emergency break 'menggunakan kedua dua brek kaki dan tangan'. Dia cross you know? Cross. Bukan tick! Cis! Kemain sakit kaki tangan aku pijak tekan break kaki tangan tu dia boleh tanda cross kat aku punya kotak 'menggunakan kedua dua brek kaki dan tangan'? Cis! Mencemar kertas result aku je. Yang lain tick satu tu je cross! Okay tak masuk kertas lagi satu la.

Kertas satu lagi tu pun ada cross jugak. Tak guna gear yang sesuai. Hehe memang la. Kau bukan tak tahu kat rumah aku ada dua motor. Dua dua skuter. Mananya aku nak berlatih guna motor gear -_- memang takkan punya tick kat kotak yang satu tu -_- haha ahh! Tidak ku peduli dengan semua itu! Yang ku peduli, adalah aku telah lulus! Muahaha. Baik punya baku bahasa aku. Kah kah kah XD

Eh, budak yang satu kereta dengan aku tu pun lulus jugak :D Pak Khalid kata, kitaorang ni dengar kata. Sebab tu lulus. Budak yang lagi sorang, tiga kali tak lulus sebab tak dengar kata. Lepas tu balik rumah nak marah marah ngadu dengan ayah dia. Ayah dia marah Pak Khalid. Cehh! Dey kichi, tu bukan salah Pak Khalid daaa. Salah kau sendiri tak dengar kata -_- tengok kami pelajar contoh ni, aku and Shazwan :D baik tau :D bengang bengang angkat tangan toleh toleh belakang gaya syok sendiri pun kitaorang bantai buat. Dengar kata la katakan. Sebab tu lulus. Muehehe bangga pulak. Ceh haha insya-Allah boleh lulus la budak tu lepas ni. Good luck :) so lepas ni, aku dengan Shazwan dah free dari memikirkan pasal motor.

Ouh yeah. Shazwan tu nama budak yang satu kereta dengan aku tu la. Baru sekarang aku dapat ingat nama dia. Muka dia pun aku dah boleh imagine sebab sekarang ni dia quite often datang kedai beli gas -_- haha dia nice looking okay :D tak handsome tak hudus ehkeke :D nice looking la kira. Macam Si Azeem Senget :b eh Mai kata ada jodoh sebab nama Shazwan sama dengan nama angah. Haha mangkuk la kau Mai. Tak make sense langsung.



Tadi memang gerun gila la. Aku punya giliran 33A. Sampai nombor 20, budaknya bangun amek motor. Aku relax lagi. 21, ada. Bangun amek motor. Aku relax lagi. 22 relax lagi. 23, relax. 24, relax. 25, budaknya takde. 26, takde. 27, takde. Aih kemain laju nombor ni nak pergi kat giliran aku. Mana pergi calon calonnya? Shilakak. Dah la aku seram. Nombornya makin laju. 28, ada. Budak lelaki tu belakang aku. 29? Takde. Gulp! Dah 30? 30 budak perempuan yang hari tu belajar sama sama dengan aku. 31 budak lelaki. 32 budak perempuan. 33, that's me!

Dah la aku takde helmet yang takde penutup kan? Semua ada. Last last pinjam pak Khalid. Haih! Nasib baik wangi haha. Tapi rambut aku tebal sangat, helmet tu tak muat nak masuk. Wahkaka. Paksa jugak. Lepas tu, jalan la apa lagi. Titi selamat. aku paling takut kat situ la. Alhamdulillah lepas. Kon pun okay. Emergency break je aku tak puas hati apsal JPJ tu tanda cross kat situ. Aku guna dua dua break tau sampai tayar belakang dah tak bergerak. Motor tu pun terseret -_- sad life. Huh!

Tapi serious. Aku sendiri tak sangka aku lulus. Hihii. Alhamdulillah :D berbakul pujian aku dengan Shazwan telan. Dan terpaksa dengar bebelan Pak Khalid pasal mamat yang tak pass tiga kali tu. Gaya Pak Khalid bebel macam mamat tu ada je. Walhal takde pun. Cair telinga kitaorang yang tak bersalah ni. Huwahahaa. Itu je kut.

Apa yang penting, lepas ni aku dapat P motor! Yeahh! :D boleh jealouskan Azeem. Wahkaka. Niat tak baik~ niat tak baik~ haha. Eh, Mai pun jealous. Dia yang amek lesen dulu, aku test dulu. Wahaha :D Tapi dia dah belajar kereta dua kali. Aku kereta tak mula lagi -_- sad life. I mean, mula belajar betul betul. Aku just dah belajar pusing Kampung Istana, parking dengan tiga penjuru. Semalam ayah dah bising suruh aku tengok kalau ayah drive -_- ai ai Inche Sahar -_- hehe :D okay, tu je nak story.

P/s: Tak wajar ke aku bagi tempat duduk kat budak lelaki tu? Dia duduk exactly belakang aku kut. Ingat aku selesa ke? Sebelah kanan aku takde orang. Sebab aku paling hujung. Tapi sebelah kiri aku, kawan dia. Lelaki jugak pulak tu. Cuba kau fikir. Sebelah, budak lelaki. Belakang, budak lelaki. Tak wajar ke aku bangun bagi tempat duduk kat mamat belakang aku tu? So why nak tengok aku atas bawah? Salah apa aku buat? Kau ingat aku suka kat budak lelaki tu so that aku bagi tempat duduk yang redup kat dia and aku duduk kat tempat yang direct makan cahaya matahari? ="= tak make sense langsung mehh. I wonder kauorang akan lebih terangkat kening tengok aku diam je duduk sebelah dan depan budak lelaki kat tempat yang redup or lebih pandang aku atas bawah aku bangun dari tempat duduk yang redup tu dan bagi tempat duduk tu kat mamat belakang aku yang handsome tu dan duduk kat tempat panas terik kena cahaya matahari tapi sebelah budak perempuan -_- better kat tempat panas sebelah perempuan berbanding tempat redup sebelah lelaki laa -_- apa kau songsang? Haishh

I'm off. Assalamualaikum.

Kau, aku, kita :)

Assalamualaikum...


Hey hey! What's up? Boredom is in the air. Again. Then, layan jelah -_- haha funny. What so ever! Tadi bosan bosan aku tanya la dia "kat sana takde awek kacau ke?" kinda la soalannya. Bukan aku ingat pun apa ayat aku masa tanya tu. Semua messages yang berkenaan dengan dia kena usha kat sana tu aku dah delete -_- malas nak baca ulang ulang macam mesej selalu. Yang pasal tu je la. Yang lain macam biasa aku baca lagi hehe :D

Dia punya belit errrr aaaa mmm tu kemain banyak. Geram je. Memang dah agak la kalau dia jawab banyak errr aaa tu mesti ADA la tu ="=, heh memang ada pun. Biasa ah kan. Budak perempuan tu usha usha tengok tengok dari jauh. Nasib baik tak ikut ikut macam yang kat sekolah dulu. Huwakakaa :D jealous I taw! *gaya pondan mintak kaki*

Haha tu la kan Wawa. Sibuk sangat nak tahu what's goin on kat Kem PLKN Semarak, Pekan, Pahang nu. Lepas tu sendiri nak banjir haha serve you right, Wawa ="= ouhhh wateva! -..-' haha tapi tak sempat banjir la. Dia buat lawak. Lepas tu aku cerita kat dia yang pasal Khamis hari tu. Yang mana? Yang lepas je keluar panggung, Eya bagitahu aku Zafirah punya kawan nak kenal dengan aku. Fuahaha macam lawak aje. Aa Zafirah tu kawan Eya. Aku kenal dia pun sebab dulu pernah satu sekolah dengan dia. So tak kisah la campur dengan dia masa pergi mall tu. Lupa pulak yang masa kitaorang sampai tu, dia tengah main bowling dengan member member dia. So kitaorang lepak sekali. But sementara tunggu dia habiskan 2 game lagi dengan member member dia tu, aku dengan Abit pergi Popular dulu. So aku tak tahu cerita. Tu yang Eya cerita lepas balik dari tengok movie. Sambung balik tadi. Dengan terangkat kening aku bertanya kepada Eya [skema maut tak ayat?]

Me : Kau biar betul! *kening terangkat tinggi ngalahkan Gunung Tahan* [dalam hati, ada jugak dalam dunia ni mamat yang nak kenal dengan aku yang gemok pendek tak cantik ni. Sah rabun peringkat kebangsaan! Fuwahaha!]
Eya : Betul la. Zafirah kata ada kawan dia yang kat bowling tadi tu nak kenal dengan budak pakai spect tudung hitam. Masa kau keluar dengan Jabit pergi Popular tu. Dia tanya dah ada pakwe belum. Memula aku pun tak perasan. Siapa pulak la kawan aku yang pakai spect dengan tudung hitam. Aku memang tak ingat kau langsung, Wa. Serius.
Me : *→_→ sampai hati kau lupakan aku, Ya.* Kuangasam! Haha
Eya : *Gelak* Bila Zafirah cakap, yang dengan Jabit tu laa. Baru aku teringat kau, Wa.
Eya memang kuangasam tau. Boleh dia lupakan aku? Grrr
Me : Habis kau cakap apa?
Eya : Aku cakap la, oh Wawa. Dia tu memang takde yang punya. Tapi dah ada yang suka. Tak lama lagi la tu. Haha
Me : Hahahaa okay.
Eya : Aku bagitahu Zafirah, Zafirah bagitahu budak tu. Budak tu tanya aku pulak. Dah ada pakwe belum.
Me : Pehh! Memang tak ah kan. Asal boleh. Memang tak ah nak jadi pilihan kedua kan? Gahaha :D
Eya : Hahaha

Aku cerita pasal benda ni kat dia.

Me : Ayim, hari tu kan
Him : Apa?
Me : Nak cerita ke tak ek?
Him : Cerita laaa
Me : Takut
Him : Cakap jeee
Me : Masa kat mall hari tu kan
Him : Apa?
Me : Agak agak Ayim marah tak ek?
Him : Tak. Cepat la cakap!!!
Me : Hehe
Him : Tengok tu. Cakap je laaa
Haha selepas beberapa ketika merepek sambil membuli dan mendera perasaan dia tu :D
Me : Kawan Eya punya kawan nak kawan dengan orang
Him : Laki?
Me : Yup. Tapi dia spesies yang tak berapa nak baik laaa. Kinda
Him : Ea?
Me : Ye la. Dia nak kenal dengan orang. Tapi Eya bagitahu orang ni dah ada yang jaga, dia nak usha Eya pulak. Memang tak ah Eya nak kan. Pilihan kedua.
Him : Errr hehe. Boleh la.
Me : Boleh la apa? *→_→*
Him : Boleh tahan jugak perangai laki tu. Nak Wawa orang pulak. Mana boleh

And I was like... HAHAHA gila cute :3 kah kah lawak sehh XD lepas tu saje la aku buat perangai ngengadaaaa. Masa tu pukul 4 lebih.

Him : Tengah buat apa tu?
Me : Makan tengah hari hehe
Him : Errr okay. Dah tengah hari rupanya. Ingatkan pagi lagi.
Me : Eh dah malam dah sekarang.
Him : Cepatnya. Sekarang waktu Johor dah cepat ea? Hehe
Me : Eh tak. Lambat. Ni malam masih Sabtu.
Him : Sabtu lagi ea? Untung laaa
Me : Sana tak sama ke? Sama la ~ kan esok baru Ayim pulang phone. Kan kan kan?
Him : Eeee dia ni. Pulang phone hari ni laaaa
Me : Kan hari ni Sabtu!
Him : Kat sini dah Ahad la Wa
Me : Alaaa salah tarikh tu
Him : Tak salah tak. Eee dia ni
Me : Salah laaa
Him : Yelaa. Salah
Me : Kan? Pulang esok kan?
Him : Hari ni la. Pulang phone hari Sabtu
Tengok! Aku nak kenakan dia, aku terkena balik! Haha he's smart. Pandai putar belit idea aku.
Me : Kan selalu Ahad
Him : Dah tukar la Wa
Me : Tipu
Him : Betul la

And the rest is history. Haha he's annoying tahu tak? Yeah, he did. Geram aku. Padan muka kan aku manipulate hati dia bagi serba salah. Wakaka. Biar dia ingat kat aku sikit. Nanti budak perempuan tu usha dia, dia tak lupa aku. Wakaka tapi memang bijak la dia ni. Kalau time aku nak buli dia, nanti aku kena balik. Haha geram je! Hehee :D Itu je kut :D Okay assalamualaikum :*

kiryuuasrar

Segmen : Saya Sayang Blog Saya by Puteri Mama

Assalamualaikum...

Tetiba rasa nak join segmen -.- ni segmen pertama aku join :D adus hihi selalunya tak berani join segmen sebab blog aku memang buruk kakaka. Ni berani pun sebab bosan tahap bimasakti. So, terpaksa la kan :DD tak kisah la kan. Tapi, blog lain yang join ni semua lawa lawa -"- acane tu? -..-' haha uishh dah last minute kut. Dah lebih 20 orang join. Takpe la. Belum tamat tarikh lagi :D tamatnya 1 Mac nanti :)

Nak join? Jom la :D syaratnya tak berat pun :) Jom jom jommm :D sila klik banner untuk join ye ^^,


Okay, aku tahu aku banyak cakap dan suka merepek melalut. Sorry ea? ^^,v hehe *genggam tangan* follow mak cik dah... *keluar ibu jari* buat entry... tengah la ni *keluar jari telunjuk* tempek banner pun dah *jari tengah pulak keluar* letak link entry.... *keluar jari manis* ahh kejap lagi... Buat satu ayat, Saya Sayang Blog Saya Kerana... haaa, ini belum.

SAYA SAYANG BLOG SAYA KERANA blog tempat saya hilangkan bosan selain Facebook dengan Twitter :D tempat saya merepek bla bla segala tempat saya bercerita apa apa yang saya rasa nak story walaupun saya tahu takde orang nak baca pun apa saya merepek -.- haha tu je la kut. Okay, sila jangan kutuk blog saya yang tak bersalah ni, saya yang design dia jadi buruk cenggini :D kekeke :D okay that's all. Off, assalamualaikum.

kiryuuasrar

Happy birthday Am !

Assalamualaikum...


Hari tu 10 January birthday adik aku. Wan. Lepas tu 17/1 birthday Piqa :D my sister. Tengok kat sidebar tu. Dia la tuh :D Okay, tapi masa tu tak buat pun birthday wish kat blog ni :) but Am ni aku pernah wish birthday dia tahun lepas kat blog lama :D ni nak buat lagi. Am ni, adik angkat aku since.. err bila ek? Aku form 3 kalau tak silap. Hehe sorry Am, akak tak ingat. The rest of The_crazyTroublemaker pun kakak kakak dia jugak :D so, today is 9th February. It's his birthday :D Abaikan tarikh blog ni okay. Tarikh tak betul -_-



So, Am. Happy birthday! :D May Allah bless you always :) study rajin rajin. Am ni pandai. Aku pun kalah. PMR aku 6A je. Dia 7. Cis! Haha buat malu je. Tahun ni he's 17. Form 5 you know? Eeeee budak nak examm :D *dengki* dia suka subject Kimia -_- subject yang aku paling bangang sekali haha Add Math yang aku sengal tu pun kalah keke. Nauzubillah! Result dah nak keluar, Wa. Kau jangan doa macam macam -_- SPM nanti buat bebetul eaa budak kecik! :D jom nyanyi sama sama :D

Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to Ammar Zakwan,
Happy birthday to you :D

Okay. Ingat! SPM buat betul betul! :D


Okay, I'm off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar
 
This blog is fully designed by Cik Wawariang.