Random Talk

Assalamualaikum...


Penat. Sangat penat. Banyak benda aku fikir sekarang ni. Haha test kereta tak lepas! Bagus kan jadi Wawa? Kerja menyusahkan orang je sepanjang masa. So rasanya aku kena mahirkan lagi bawak kereta power stering. Sebab kereta biasa aku boleh drive okay je tak ada masalah sampai kat kereta test JPJ tu boleh pulak aku hampir membunuh diri dan Encik JPJ tu. Sepanjang jalan balik tu aku kena bebel.

Macam mana awak bawak kereta ni? Awak belajar ke tak belajar ni?

Aku diam je.

Cuba bayangkan, awak bawak kereta macam nak bunuh diri. Macam mana saya nak bagi awak P.

Kalau saya tak break tadi awak rasa apa jadi kat kita? Saya, awak dua dua masuk hospital tau.

Aku nak aje cakap, Encik, kalau tengok macam mana panjangnya trailer kat simpang tadi macam bukan kat hospital lagi dah. Ke kubur terus, Encik. Haha tapi aku diam je. Macam nak menangis pun ada masa tu. Dia kata aku tak belajar T_T Encik tak tahu ke saya punya bersungguh sungguh belajar sampai cikgu saya kata saya bawak bagus macam mana boleh failed? Entah la.

Sebelum test tu macam dah boleh agak je aku takkan lulus. Masa drive pun aku fikir benda ni semua. Segala apa yang selama ni aku dah lama tak fikir, terfikir balik. Benci betul. Masa nak fokus la segala benda tu nak pop up kat kepala aku.

Hidup aku ni macam takde lain je aku buat selain bagi ibu ayah beban, bagi orang lain susah, bagi orang lain sakit hati, bagi orang lain tambah tak suka kat aku. Selalu susahkan orang. Kalau cakap main lepas je tak fikir apa orang rasa. Keji gila kan? Sorry tengah cuba ubah.

Sekarang tak tahu nak pergi mana. Semua orang dalam dilema. Yang dapat matriks ramai tapi tak nak pergi semata mata sebab tak nak study struggle. Haha aci sengal je weh budak 10A tu tak dapat matriks tapi dapat form 6 kat High School sama dengan aku. Ramai kut dapat matriks tak dapat form 6. Tapi ramai jugak dapat Form 6 tapi tak dapat matriks. Yes, contoh terdekat adalah aku, Adel Si Budak 10A muahahah, Qila, Aien, Nadz dan Bella. Tak boleh blah okay aku tercampur dengan budak budak golongan pandai ni. Perli aku ke apa PPD ni? Terhina betul. Confirm aku je nombor akhir kang nanti. Diorang semua dah la terer. Haishh. Kena struggle aku ni nanti.

Paling tak boleh blah diaorang campak kitaorang kat High School. Tak agak gila. Kau bayangkan la, tak ke magic baik baik kitaorang asalnya sekolah kat sekolah yang semua studentnya perempuan, tiba tiba kena campak masuk sekolah yang semua studentnya lelaki haha.

Untung la. Nanti boleh jumpa Abe Abe - Wana

Haha ingat aku miang rebung buluh macam dia ke? Haha. Dia heaven la jumpa abe abe HS. Aku jumpa mamat HS aku cabut haha teringat masa tu. Aci sengal je yang masa budak sekolah mana entah datang sekolah kitaorang. Nak lalu situ terus buat break emergency taubat dah tak lalu tepi dewan. Haha Wana pun ada masa tu. Dia miang miang pun kat belakang aje. Kalau jumpa mamat HS dia pun cabut hahaha lawak gila la Si Wana ni.

Jealous la Azeem - Piqa

Ni ayat paling tak boleh blah okay haha ada ke patut dia kata Azeem jealous aku sekolah kat HS? Aku lagi jealous dengan dia laa. Kalau dia amek form 6 sure kat STUDI punya. STUDI ada siapa eh? Haha merepek je. Tapi bukan kira fair and square ke kalau betul la dia nak form 6 kat STUDI, aku tak ada lah jealous sangat sebab High School BP ni rata rata pelajarnya handsome dan pandai muahahah! Semua lelaki pulak tu. Form 6 je ada perempuan. Lalalaa heaven bagi perempuan yang gedik gatal miang okay. Hell for an innocent girl like me. Puihh hahaha.

Tapi memang laa. Tak kira boleh stand by ke kalau kut kut tiba tiba ada orang nak kat dia dan dia pun nak kat orang tu, tak kan aku nak duduk kat tengah tengah macam orang bodoh lepas tu rampas kasih orang? Haha please I tak nak jadi perampas okay. Besides, budak STUDI cantik cantik comel comel dan pandai pandai. Aku ni bukannya cantik bukannya pandai sangat. Comel tu ada la sikit kan. Yelah, gemuk pendek kan comel kan kan kan? Haha ignore. Selagi dia tak pandang lain aku takkan pandang lain. Tapi sekali dia pandang orang lain, aku tak pandang dia dah. Shoot okay. Aku tak simpan and terus shoot. Tak puas hati? Datang sini kita settle one by one lepas tu kau shoot face to face dengan aku. Okay?

Aku tak ada niat nak kata sesiapa tapi penat la macam ni kan. Banyak benda aku fikir walhal benda kecik je pun. Aku yang besarkan. Terasa macam selama aku hidup ni tak pernahnya aku tak susahkan orang. Aku yang fikir terlebih walhal dia tak fikir benda tu langsung pun. Aku je yang ada imaginasi tinggi tahap agung kalau bab dia nak suka kat orang lain. Yela, mana mustahil. Semua orang suka orang cantik comel pandai. Aku apa ada? Comel je. Muahaha! Sempat je okay kalau nak puji diri comel. Back to topik, selalu memang aku simpan je benda ni sebab aku tahu memang aku je yang tinggi imaginasi fikir bukan bukan walhal dia tak buat malah tak terfikir nak buat pun. So kira buat malu je la kalau aku cakap kat dia pasal benda ni. Ye tak? Haha dan aku masih cuba meng-cool-kan diri. Lepas tu bila fikir balik pasal semua benda yang aku fikir ni, terasa macam... apa hal la aku boleh fikir pasal benda ni? Buat sakit otak aje. Aku memang berimaginasi tinggi ea? Dia tak apa aa pun. Haha banyak betul aku membebel okay. I'm off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar


Gwiyomi

Assalamualaikum...


Ouh setelah sekian lama aku tak mengupdate tiba tiba datang bawak lagu comel haha. First time aku dengar lagu ni masa semak kat blog Nurul Atiqah Jaidin. Biasa la kan skodeng tuto dia yang melambak dan best tu haha first time dengar aku terkejut.

Apasal comel tahap agung sehh lagu ni!??

Itu la first impression aku haha tapi tak tahu tajuknya. Takkan nak tanya pulak? Buat bengang je haha so aku biar je la. Aku pun tak tahu dah kurun ke berapa lagu tu keluar aku baru nak terhegeh hegeh guna lagu ni hahaha aku rasa tak susahkan kau pun kan? So please hahaha.


Lepas tu ada orang tuuu dengan sengetnya suruh aku buat benda dalam video tu untuk dipersembahkan depan dia -,- kalau aku buat, tak ke jatuh takat kehandsomean dan kekacakan serta kemachoan aku? Kan? Mesti lah jatuh beb. Haha dan kau tak rasa ke kalau aku buat tu sebiji macam raksasa yang lawan dengan otomen tu pakai skirt then buat gaya comel macam tu? Tak ke orang akan tanya "ni minah 'setengah' mana yang buat muka comel kat sini ni?". Tak ke? Haha sure ada kan. Aku tahu la aku ni comel takde tandingan kan? Haha Takyah la nak suruh buat macam tu. Pengsan kang orang tengok haha lalalaaa.

*Ni sikit translation dia. Nah ni, untuk awak :3 haha*


Over a chocolate muffin
Waiting for a cup of savory milk
Oppa and I sit facing each other
And scribble on each other’s hands

Don’t look at other girls
No matter what they say
You’re mine (You’re mine)
Don’t even talk to other girls
I’m yours (I’m yours)
Please pinky promise me
That you’ll never leave me alone

1 plus 1 equals Gwiyomi
2 plus 2 equals Gwiyomi
3 plus 3 equals Gwiyomi
4 plus 4 equals Gwiyomi too
5 plus 5 equals Gwiyomi too
6 plus 6 equals chu chu chu chu chu chu Gwiyomi
I’m Gwiyomi

Don’t look at other girls
No matter what they say
You’re mine (You’re mine)
Don’t even talk to other girls
I’m yours (I’m yours)
Please pinky promise me
That you’ll never leave me alone

One, two, three
Close your eyes and come to me
When you touch my cheeks with your two hands
I stop your lips from kissing and…


Haha comel lagu ni kan? ^_^ off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar

SEGMEN : KENANGAN TERINDAH...by Usu

Assalamualaikum...


Yeah! Nak join segmen lagi ^_^ suka segmen Kak Usu sebab syarat tak demand hehe. Okay, jom mulaa. Siapa nak join boleh klik banner di atas ^_^ Segmen: Kenangan Terindah. Haish I tak banyak gambar -,- tapi masa baca entry Kak Usu aku dah sedih dah. Mana nak dapat gambar dan cerita di sebaliknya -,- tutuplah. Lepas tu cari lagu kat folder yang ada dalam lappy. Tiba tiba jumpa gambar masa kat Cameron! Heee yeahh boleh join! :3 hehe okay mula ^_~

Aku? Yang paling tak lawa ahh haha :3
Gambar ni diambil di depan tempat penginapan.
Heritage Hotel Greenhill Resort :3

Yes, me yang kat hujung paling kiri gambar :3 ganas tak? I ni sebenarnya comel alls! Tak ganas pun. Gambar tu gimik je alls! Puihh haha dengan sandel nak tanggal -_- pffft hodoh kay Wawa kau hodoh. Sila sedar haha :3 okay dah.

Cerita di sebalik gambar? Kak Usu kata "tak takde idea nak buat cerita..??? Heheh..takpe..korang buat puisi, sajak, pantun or apa2 sahaja yang mudah bagi korang k.." Haa pantun? Sajak? Hancur bahasa jawabnya kalau dapat kat aku haha :3 so, cerita jelah ya? ^_^

Masa ni kitaorang ikut rombongan sekolah. Tahun 2010. October. Tiga hari dua malam ^_^ rombongan lepas PMR :) bermalam di Heritage Hotel Greenhill Resort. Best kay best! Memang the best tempat kitaorang stay ni. Ada semua kelengkapan. Ada fridge ada dapur ada katil dalam tiga tiga bilik ada Astro bilik tidur pun selesa. Tidur bersepah je kat ruang tamu. Cikgu sewakan tiga rumah untuk kitaorang. So, rumah kitaorang ada 15 orang. Best laa tidur bersepah. Lepas tu semua berebut charger haha. Memang best. So, macam macam kenangan ada. Masa jalan kat pasar, I jumpa pelangi alls! Cantik you know? Terang sangat warna pelangi tu :3 macam betul betul depan kita :3 best.

Bila malam, lepas masak sama sama kitaorang lepak depan tv haha yang dengan phone pun lain. Ehem text buah hati lah tu. Haha masa ni takde buah hati ^_^ so, Alif senget jelah yang selalu text aku. Haha malam tu pun dia text aku jugak. Mamat tu memang sengal haha sampai sekarang jugak aku kawan dengan dia kan haha tak sangka ^_^ banyak benda kitaorang buat kat Cameron tu. Tapi pening laa. Pusing sana strawberi pusing sini strawberi -_- penat je. Paling suka pergi Mardi! Jumpa bunga! Ros banyak! ^_^ suka sangat! Hehehe aku memang gila bunga sikit.

Kay sekarang kau abaikan muka buruk tuh -_- haha
I nampak gemuk sebab sweater biha tu besar gedabak okay! I tak gemok :3 haha tak terima kenyataan :D

Tapi tak sempat nak snap dengan bunga ros sebab bateri phone dah habis :( kat sini je huk :( Takpe lah asal ada bunga haha :3 macam macam la kitaorang buat :3 rindu kay masa ni ^_^

Tu je kut. Hope menang. Chow. Assalamualaikum :D

kiryuuasrar
 
This blog is fully designed by Cik Wawariang.