1st Place Untuk Segmen by Puteri Mama!

Assalamualaikum...


Ingat lagi entry pasal SEGMEN NI? Segmen pertama yang aku join. Aku menang! *kelip kelip mata* Nombor satu. Yeahh thanks to random.org :D dan terima kasih kepada Kak Usu sebab buat Segmen yang menarik perhatian saya ni. Cewahh haha seriously ni la segmen pertama yang aku join. Tiba tiba menang pulak. Dah la menang, dapat FIRST PLACE pulak tu. Haha macam tak percaya kan? Haha nak buat macam mana. Percaya je lah :D

Dengan muka tak malunya aku mengusha blog Kak Usu semata mata sebab nak tahu aku menang ke tak contest ni... hehe aku cari nama bawah bawah jee. Tempat ke-10, bukan link blog aku. 9th, bukan. 8th, bukan jugak. 7th pun bukan. 6th, bukan jugak? Memang takde harapan lah kau Wawa.

Lepas tu aku terus blah dari blog Kak Usu. Dah bosan bosan usha ask.fm, tiba tiba terfikir. "Eh nak tengok la siapa yang bertuah gila dapat 1st place. Topup RM10 tuuuu dengan bloglist tuuu dan blog review tuuuuu." Aku pun buka balik blog akak tadi. Srooott *scroll ke bawah sikit, klik gambar.* Nombor 1.... JENGGG!!! Ehh, macam kenal je link blog ni. *ketuk dagu dengan ibu jari* Siapa hekk? Ada la dalam lima saat setengah aku fikir... *bulat mata* Oii! Link blog hakuuu!!! Heehe. Alhamdulillah :D terus aku komen semakkan diri kat ruang komen post tu :D

Teruk kan aku ni? Dah ramai orang komen, aku baru terhegeh hegeh komen. Pemenang nombor satu pulak tuu -_- tak senonoh kan? Haaha :D nampak sangat PEMALAS nak blogwalking kan :D okay takpe la. Aku dah pun add facebook akak tu :) 25 hari bulan baru boleh tuntut hadiah :)

Senarai PEMENANG BERTUAH, tengok kat SINI :) huwaa. Tengok nombor satu. Link blog aku yang tak sedap tu kan? Shining gituuu. Lalalalaa :D okay sekarang dah maghrib. Kejap lagi, means apabila aku dapat pegang lappy lagi, aku nak usha blog pemenang lain *wink*. Senarai HADIAH pulak, tengok kat SINI :)

Happy kau ya Wawa? Mana tak happy wei! Dapat topup oi! RM10 tu dah kira kaya apaa :D blog review dengan bloglist tu takpayah pun takpe laa. Lagipun blog aku takde apa untuk direview :) semua post merepek yang takde kena mengena dengan hal isu semasa langsung langsung pun. Yang ada, cuma cerita tahapehape pasal hidup aku, apa yang aku rasa dan apa yang aku nak merepek. Tu je. Takde yang penting pun. So takpe kut kalau takde bloglist mahupun blog review :) NAK TOPUP JEE! Ngehehehhh :DD

Okay, I'm off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar
 
This blog is fully designed by Cik Wawariang.